Anak Kesayangan Norman & Abby, Marissa Dania Ikon HIJABI Muda Yang CANTIK & Berwawasan Ini Sering Dapat Pujian NETIZEN

Share

Memang manis sekali anak gadis Norman Hakim dan dan Abby Abadi. Marissa Dania Hakim yang akan menjengah usia 13 tahun menjelang bulan 7 nanti. Melihat perkongsian gambar yang selalu dimuat turun ibunya Abby Abadi memperlihatkan sisi kematangan Marissa walaupu usianya baru 12 tahun. Dia adalah pelajar di sebuah sekolah tahfiz di Negeri Sembilan dan baru-baru ini mengikut Abby ke Turki untuk menghantar abang sulungnya, Mohamed Danish Hakim bagi menyambung pengajian di sana.

Ramai netizen memuji kecantikan anak gadis Abby ini yang tetap cantik walaupun mengenakan hijab labuh dan ada kalanya berjubah longgar. Senyuman yang terpancar pada wajahnya menyerlahkan sifat kelembutan sebagai seorang Muslimah sejati.

zelinadarlis Subhanallah cantiknya anak abby secantik akhlaknya juga.. semoga menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah.. aamiin

hajahzainah_94 Cantiknya ciptaan Allah

sarianasha Indahnye ciptaan Allah.. Suke sgt tngk senyuman Dania

sirajiah_ibrahim Comeynyer x puas mata memandang

Walaupun usianya masih muda, tetapi Marrisa dilihat begitu bersemangat dalam setiap perkara dilakukan. Malah dalam setiap posting di laman instagram juga turut diberi caption yang begitu memotivasikan diri.

marissadania_never give up because great things take time

marissadania sometimes something hard make you learn how to live 

marissadania_don’t promise what you can’t deliver

marissadania_it will never get better unless you stop comparing yourself to others

Untungnya hijabi muda ini yang begitu bersemangat dan bercita-cita mencapai apa yang diimpikan tanpa mengenepikan soal akhirat. Malah ajaran diberikan kedua ibu bapanya yang telah mendidik untuk melahirkan dirinya sebagai generasi berilmu

dan berwawasan.

Dalam hal ini Abby juga tidak membezakan kasih sayang antara ketiga-tiga anaknya yang dipanggil ‘kesayangan dunia akhirat’. Malah dia turut membawa sekali anak-anaknya bercuti ke Istanbul sambil mengambil kesempatan bermain salji.

Jom kita lihat beberapa lagi #OOTD Marrisa yang membuatkan hati tenang melihat gelagatnya bersama keluarga terutama abang dan adiknya.

1. Mesra

2. Penuh ukhwah

3. Sentiasa bersama

4. Air dicincang tak akan putus

5. ‘BFF’

SUMBER FOTO: INSTAGRAM ABBY ABADI & MARISSA DANIA

Published by
Siti Zurina