Anak kedua Datuk Rosyam Nor, Nur Anis, 26, telah selamat disatukan dengan pilihan hatinya di Kuala Lumpur.
“Anak saya, Nur Anis akan berkahwin hari ini di Kuala Lumpur. Insya-Allah majlis resepsi akan diadakan pada hari Sabtu diikuti dengan majlis di sebelah pihak lelaki pada minggu hadapan.
“Ini majlis perkahwinan anak saya yang kedua. Untuk kali ini majlis hanya dibuat secara sederhana memandangkan ekonomi sekarang tidak bagus,” kata Rosyam.
Elfira Loy yang juga merupakan rakan baik Nur Anis telah berkongsi momen indah hari bahagia anak kesayangan Datuk Rosyam Nor itu.
TIDAK CAMPUR URUSAN JODOH ANAK
Tambah Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin menyatakan dia tidak mencampuri urusan pemilihan pasangan hidup anaknya.
“Eh! Itu anak saya yang nak kahwin bukan saya. Saya percaya dengan jodoh. Kalau dia memilih individu tersebut jadi baik buruk haruslah ditanggung dan diterima.
“Saya menguruskan dia sehinggalah dewasa dan kini bakal memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.
“Alhamdulillah ada pihak yang inginkan anak saya, kalau tak ada lagi saya pening,” katanya lagi.
Sumber kredit: Gempak.com