Baru-baru ini nama penyanyi no.1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti kembali menjadi bualan ramai, apabila seorang pengguna TikTok mendedahkan tentang kemuliaan hati milik suri hati kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu.
Menurut pemuda berkenaan, dia pernah menerima bantuan yang tidak disangka-sangka daripada Tok Ti ketika arwah anaknya sedang bertarung nyawa, susulan menghidap penyakit jantung berlubang hingga perlu menjalani pembedahan.
Buntu Fikir ‘Kos’ Pembedahan Anak
@sitism_era♬ Menjaga Cintamu – Original Soundtrack From Anwar, The Untold Story – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Menurutnya lagi, ketika itu dia dan isterinya sedang menemui jalan buntu tentang cara membayar kos rawatan pembedahan jantung yang perlu dijalani anak mereka di Institut Jantung Negara yang ketika itu amat menelan belanja yang mahal.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh pemuda itu sendiri, menerusi sebuah hantaran komen pada akaun SITISM ERA
“Kisah di IJN pada 20 Jun 2012. Anak saya nak kena operation jantung berlubang. Saya dalam bilik tafsiran dengan isteri. Tiada pilihan, nak keluar EPF sebab kos.
Artikel berkaitan: Teruja dan ‘Speechless’ Jumpa Gordon Ramsay, Telatah ‘Comel’ Siti Nurhaliza Jadi Bualan
“Terkenanglah kejap. Tiba-tiba wakil SimplySiti datang terus menawarkan bantuan kewangan, kos pembedahan. Berderai air mata jantan saya.
“Demi Allah perkara ini benar. Terima kasih Siti. Saya kenang sepanjang hayat saya. Hanya Allah mampu membalasnya.
“Kalau ada manfaat pada orang lain, share je lah. Lagipun anak saya pun dah tiada. Sempatlah dia berlari dan beraya. Tiga bulan dia ada bersama kami,” katanya.
Tindakan Tok Ti Amat Bermakna Buat Keluarga Lelaki Ini!
Jelas pemuda itu, tindakan yang Tok Ti lakukan kepada anaknya amat bermakna buat dirinya dan keluarga dan akan sentiasa di kenang selagi hayat dikandung badan. Bak kata pepatah ‘hutang emas boleh di bayar, hutang budi di bawa ke mati’.
Individu berkenaan turut mendoakan agar Tok Ti sekeluarga sentiasa diberkati oleh Allah SWT.
“Kami sekeluarga pernah terhutang nyawa dan budi dari Siti. Sehabis hayat saya akan kenang dan bersyukur. Saya doakan Siti Nurhaliza dan keluarga terus diberkati Allah,” katanya.
Sekadar info, Siti melancarkan kempen SimplySiti Di Hati yang menampilkan kolaborasi bersama IJN bagi membantu anak-anak yang kurang bernasib baik mendapatkan rawatan sewajarnya di institusi berkenaan.
Sumber: TikTok Sitism Era
Artikel berkaitan: Pernah Alami Stress, Ini ‘Confession’ Siti Nurhaliza Bagaimana Dia Tanganinya
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI