Sekitar tahun 90-an, Azmil Mustapha merupakan pelakon lelaki yang cukup dikenali di zaman itu. Arwah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung kira-kira dua tahun yang lalu.
Ke mana tumpahnya jika tidak ke nasi. Bakat dalam dunia lakonan yang ada pada diri pelakon itu juga turut ‘diwarisi’ oleh anak perempuannya, Nur Alya Iman atau lebih dikenali dengan nama Alya Iman. Memulakan kerjaya sebagai model muslimah, gadis ini juga punya bakat dalam dunia lakonan.
Melalui posting yang dikongsi pernah dikongsikan di laman Instagramnya, nyata gadis ini rapat dengan arwah bapanya.
Ini antara posting Alya yang menggambarkan betapa gadis ini begitu menyayangi arwah bapanya.
Berkongsi foto bersama arwah bapanya ketika mengerjakan ibadah umrah tanpa ‘caption’ jelas menggambarkan perasaan kerinduan seorang anak terhadap bapanya. Biarpun reda namun Alya sebenarnya cukup bersedih dengan kehilangan arwah bapanya itu.
Alya juga pernah berkongsi foto dengan memberitahu bahawa ayahnya inilah yang juga merupakan ibu kepada dirinya. Sejak dia dilahirkan ke dunia, ayahnya yang memberi susu dan menukar lampin setiap hari. Perhatian dan tanggungjawab itu tidak dilepaskan begitu sahaja apabila Alya sudah besar sekalipun. Ayahnya yang akan bersama dalam susah senang berada di sebelahnya.
Alya mengakui memang dia tidak boleh berpisah dengan ayahnya itu dan tidak boleh hidup tanpanya. Dia begitu menyayangi ayahnya itu sepenuh hati.
Alya menyatakan kerinduan yang tidak berbelah bagi pada ayah kesayangannya itu. Alya turut berkongsi gambar ketika dia masih kecil menunjukkan betapa dia begitu merindui ayahnya itu.
Alya masih tidak percaya momen terakhir bersama arwah di mana selepas beberapa minit dia bercakap dengan ayahnya itu, arwah terus tidur dan tidak bangun-bangun lagi. Dia memang tidak menyangka situasi ini akan berlaku.
“Hari babah meninggal, babah kejut untuk solat Subuh. Dan dalam jam 12.30 tengah hri macam tu, Alya kejut babah nak ajak makan. Dia hanya jawab ‘Ok’ jap lagi babah pergi beli makanan’. Itulah kali terakhir saya melihat dan bercakap dengannya,” ujar Alya.
TIDAK LUPA KEJUT SOLAT SUBUH
Memang menjadi kebiasannya ayahnya itu akan mengejutkan dia bangun untuk solat subuh tetapi Alya atau dipanggil Iman itu tidak menyangka itu adakah kejutan terakhir ayahnya untuk bangun solat. Selepas ini dia tidak lagi berpeluang untuk merasai dikejutkan oleh babahnya itu setiap kali solat subuh Sebenarnya banyak lagi perkara yang sepatutnya mereka lakukan bersama-sama.
Kehilangan yang mengejutkan ini menyebabkan Alya masih merindui susuk tubuh lelaki ini yang menjaganya sejak dia lahir ke muka bumi ini. Tiada perkataan dapat menggambarkan perasaan yang dia rasa ketika ini.
Sukar untuk melepaskan kerinduan yang tidak tertahan ini, Alya meluahkan kata-kata terindah buat babah yang disayanginya itu. Posting itu menyatakan bahawa dia masih tidak dapat menerima hakikat babahnya tiada lagi di sisi. Hatinya cukup terusik setiap kali mengingatkan momen ketika mereka bersama.
Menurut Alyah lagi, ayahnya orang yang menjaga dirinya sebagai ‘single parent’. Dia bukan sahaja ayah, tetapi juga dianggap sebagai bestfriend, my hero, my mom, my dad dan segala-galanya.
BERPELUANG JAGA KETIKA TIDAK SIHAT
Kongsi Alya lagi, ayahnya adalah insan yang akan berjaga (semasa dia kecil) sepanjang malam ketika dia menangis, memberinya minum susu, insan yang akan memeluk dan menciumnya setiap malam dan yang paling risau jika dirinya sakit.
Bukan itu sahaja, arwah babahnya jugalah insan yang akan mendengar setiap drama yang berlaku di sekolah, mengajar dia makan sushi, menonton wayang atau bermain skating, menunggang kuda dan juga berkaraoke. Ayahnya itu juga sentiasa mengingatkan dirinya untuk makan dan berbohong padanya bahawa dirinya tidak gemuk.
Sebagai seorang ayah juga, selain tidak pernah terlupa mengejutkan dia untuk bangun solat subuh. Arwah juga tidak akan lupa mengungkap perkataan ‘I Love You Sayang’ yang sentiasa diucapkan setiap malam. Babahnya juga insan yang akan sentiasa menyokong dan cukup berbangga dengan apa jua yang dia lakukan.
TAK CUKUP BALAS JASA BABAH
Alya juga memberitahu dia gembira berpeluang untuk menjaga diri arwah yang dalam keadaan tidak sihat sebelum itu. Dia juga insan yang akan sentiasa ada di sisi bila babahnya memerlukannya waktu itu. Walaupun begitu Alya merasakan apa yang dilakukan belum cukup untuk membalas jasa berbanding pengorbanan yang babahnya lakukan.
Anak bongsu dari lima beradik ini juga turut memohon maaf kerana tidak banyak luangkan masa bersama kerana terpaksa bekerja keras untuk menjadikan kehidupan mereka berdua bertambah baik.
Walaupun pahit, tetapi Alya perlu menerima hakikat tiada lagi ucapan sayang dari babahnya kerana ini masa untuk arwah berehat di tempat yang lebih baik. Selepas ini tiada lagi insan yang akan mengacaunya di laman instagram atau ketika dia bersiap ke tempat kerja.
Mengakui dia akan terus merindui dan menyayangi babahnya setiap hari dan saat, Alya juga berjanji akan menjadi insan yang kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa arwah di sisi. Dia juga berkata sudah sampai masa untuknya kembali bekerja dan meneruskan pelajaran serta membuktikan kepada diri dia mampu melakukannya.
Lumrah manusia, ada kalanya kita rasa gembira. Kadangkala sedih, marah, kecewa dan sebagainya. Namun, perasaan marah yang keterlaluan hingga menjadi baran boleh menyebabkan berlakunya situasi yang kita tidak ingini berlaku.
Jika berlaku sesuatu yang menguji kesabaran hingga membuatkan kita rasa hendak mengamuk, amalkanlah ayat yang dikongsi oleh PU Amin ini. InsyaAllah, perlahan-lahan perasaan marah itu akan padam dan menyejukkan hati.
Baca ayat ini berulang kali sambil urut dada.
Ayat 250 Surah Al-Baqarah
Cuba amalkan ya jika anda tidak dapat mengawal kemarahan anda. Yakinlah dengan kuasaNya, InsyaAllah.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa tak kenal dengan penyanyi lagu Ada Apa Dengan Cinta yang suaranya banyak melatari ost filem-filem di Indonesia, Melly Goeslow.
Baru-baru ini, Melly telah tampil lebih kurus dari sebelumnya dan mendedahkan kepada media bahawa dia telah berjaya kehilangan sebanyak 23 kilogram berat setah menjalani pembedahan Bariatrik.
Jelas Melly lagi, terdapat beberapa perubahan pola pemakanan dan gaya hidup yang berubah setelah dia menjalani pembedahan itu.
“Berat badan sata sekarang adalah sekitar 64 kilogram dari 87 kilogram. Sudah empat bulan sejak saya menjalani pembedahan itu pada 15 Julai lalu. Semua seluar jeans milik saya sudah bersedia untuk dikecilkan,” kata Melly Goeslaw lapor Kompas.com.
Penat Dan Susah Untuk Diet
Melly menjelaskan, ada beberapa sebab yang membuatkan dirinya nekad untuk menjalani pembedahan Bariatrik ini, antaranya adalah kelelahan untuk terus disiplin mengambil supplement untuk melangsingkan badan.
“Sebenarnya saya dah terlampau penat untuk mengambil supplement diet. Bayangkan selama 12 tahun, berapa juta ubat yang telah masuk ke dalam badan saya. Itu belum lagi termasuk suntikan dan sebagainya,” ujar Melly.
Pelantun lagu ‘Denting’ itu juga mengakui agak sulit bagi dirinya untuk menjalani program diet, kerana dia tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.
Kisah pergolakkan rumah tangga yang dibina bersama penyanyi lagu ‘Surat Cinta Untuk Starla’, Virgoun yang musnah akibat kehadiran gangguan orang ketiga tular dan mendapat perhatian hingga ke Malaysia.
Meskipun, Inara Rusli bukan figura yang dikenali di negara ini. Namun, kisah malang yang menimpa dia dan anak-anaknya apabila suami tercinta bertindak melakukan perbuatan khianat dibelakangnya, telah membuatkan ramai orang bersimpati terhadap kehidupan wanita cantik ini.
Wargamaya Tertanya Apakah Tip Kecantikan Yang Diamalkan Inara?
Justeru, selepas membuka purdah, kejelitaan semulajadi Inara berjaya membuatkan ramai wargamaya terpukau dengan kecantikan yang dimilikinya dan rata-rata bertanyakan apakah amalan atau rejim kecantikan yang dilakukan untuk memperoleh kecantikan yang dimiliki Inara.
“Apa tips Inara supaya tetap cantik? Cantiknya mempunyai aura tersendiri, malah, sebagai wanita saya juga merasakan Inara kelihatan sangat cantik.
“Jangan bilang air wudhu ya,” seloroh Marissya Icha ketika berkesempatan menemubual Inara menerusi saluran YouTube lapor Liputan 6.
Menurut Inara, untuk memperoleh kecantikan dia tidak mempunyai atau mengamalkan sebarang rejim yang keterlaluan atau berlebihan.
Bagaimanapun, jelasnya mungkin kecantikan semulajadi yang dimilikinya dipelihara oleh Allah kerana sering mendirikan solat pada waktu malam.
“Mungkin kerana saya sangat menitikberatkan melakukan solat malam sebagai rutin harian saya.
“Justeru, secara tidak langsung mungkin sedikit sebanyak air wuduk juga mempengaruhi dalam memelihara kecantikkan saya,” ujar Inara.
Terdahulu Hijabista ada melaporkan tentang Inara yang tidak mahu terus berduka, lemah dan dipijak.
Beliau akhirnya bangkit bersama luka yang ditinggalkan Virgoun dan mengambil keputusan untuk membuka purdah demi mencari rezeki dan meneruskan keberlangsungan hidup bersama anak-anaknya sebaik sahaja proses perceraian berlangsung di mahkamah.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...