Wany Hasrita atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah yang popular dengan lagu berjudul Canggung ini turut teruja untuk menyambut kedatangan Syawal pada tahun ini kerana mahu menyediakan baju raya buat mereka sekeluarga.
Rona sedondon pastinya menjadi pilihan Wany dan ianya membuatkan Wany rasa sangat teruja.
Apatah lagi, Aishah kini sudah pandai berjalan dan aktif melompat.
Wany turut berkongsi rasa terujanya itu Bersama para pengikut dan peminatnya di Instagram peribadi.
Momen hari raya sentiasa sinonim dengan kebersamaan dan penampilan terbaik. Pastinya ramai memilih pakaian yang bukan sahaja selesa bahkan stylish Ketika menyambut lebaran bersama keluarga.
Selebriti Indonesia, Lesti Kejora merupakan salah seorang figura yang sering menarik perhatian dengan gaya fesyennya.
Sebagai penyanyi berbakat dan ibu muda, Lesti sering tampil dengan pilihan pakaian yang anggun namun tetap berlandaskan syariat.
Lesti membuktikan hijabi masih boleh tampil bergaya dengan busana Muslimah dengan memilih warna, motif dan aksesori yang sesuai.
Daripada nuansa klasik sehingga ke moden, gaya lebaran Lesti boleh dijadikan inspirasi.
Berikut beberapa pilihan gaya Lesti Kejora yang boleh dijadikan rujukan untuk tampil menawan di hari lebaran nanti.
Dalam foto ini, Lesti tampil anggun dengan gaun bercorak batik biru gelap yang memberikan kesan elegan dan klasik.
Tudung biru laut menyempurnakan penampilan, ditambah dengan aksesori kerongsang sebagai penyeri.
Untuk mengimbangi warna, Lesti memilih seluar putih dan beg putih yang memberikan kesan bersih serta berkelas.
Tampil sedondon dengan suami dan anak, Lesti memilih pakaian berwarna merah dengan sentuhan labuci ang memberi kesan glamor.
Pilihan warna ini memberikan kesan berani. Selain itu, Lesti melengkapkan gayanya itu dengan memakai sandal Dior.
Bagi yang ingin kelihatan lebih berani dan eksklusif, gaya serba hitam Lesti ini boleh dijadikan inspirasi. Lesti memakai gaun Muslimah hitam labuh yang memberikan kesan elegan.
Warna monokrom seperti ini juga sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan ringkas tetapi tetap bergaya di hari raya.
Pemilihan pakaian berwarna turquoise dengan kesan shimmer adalah salah satu gaya yang mencuri perhatian. Dalam foto ini, Lesti sekali lagi tampil sedondon sekeluarga.
Warna ini memberikan kesan segar dan moden. Perincian fabrik yang berkilauan menjadikan penampilan lebih anggun dan menawan.
Bagi yang menggemari penampilan kemas dan feminin, gaya Lesti dengan baju labuci ini boleh menjadi pilihan.
Gabungkan dengan tali pinggang yang menyerlahkan susuk badan, dan selendang yang ringkas. Solekan beraninya menyempurnakan lagi penampilan mencetuskan kesan keanggunan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hari Raya bakal tiba tidak lama lagi! Pastimya wajah antara yang menjadi tumpuan semasa berkumpul dengan sanak saudara. Bagaimana untuk memastikan solekan kekal segar dan tahan lama sepanjang hari?
Tip solekan agar tahan lama ini sangat bermanfaat untuk anda yang ingin tampil yakin di hari raya. Dengan mengikut langkah mudah ini, anda boleh menikmati percutian dengan solekan yang sempurna, walaupun ketika cuaca panas mahupun sibuk.
Berikut senarai produk solekan yang ‘wajib’ digunakan untuk solekan wajah hari raya agar ia kekal segar dan tahan lama. Trend solekan terkini iaitu natural dan fresh look sama seperti ‘no-makeup makeup look’ yang kini sedang trending di media social.
Kunci utama agar solekan tahan lama ialah kulit yang sihat dan terhidrat. Bersihkan wajah dengan pembersih yang lembut, kemudian gunakan pelembap yang sesuai dengan jenis kulit. Jangan lupa gunakan pelindung matahari bagi melindungi kulit daripada sinaran matahari.
Pilih pelembap yang ringan dan cepat meresap pada kulit. Sesuaikan dengan jenis dan keperluan kulit anda.
Selepas kulit terhidrat dengan baik, barulah boleh mulakan solekan. Elak menggunakan produk solekan yang terlalu tebal dan berat.
Skin Tint/BB Cream/Foundation Ringan: Pilih produk dengan tekstur ringan dan kemasan semula jadi atau berembun.
Concealer: Gunakan concealer hanya di kawasan yang diperlukan, seperti lingkaran hitam di bawah mata. Pilih concealer dengan tekstur yang ringan dan boleh dicampur.
Pemerah pipi: Pilih warna semula jadi seperti peach atau merah jambu lembut untuk memberikan kesan segar dan sihat pada pipi.
Highlighter: Gunakan penyerlah dengan sedikit kilauan untuk memberikan kesan bercahaya pada tulang pipi dan bahagian wajah yang lain.
Maskara: Pilih maskara yang menambahkan lentik dan memanjangkan bulu mata. Maskara kalis air sangat disyorkan supaya solekan tahan sepanjang hari.
Brow Gel: Gunakan gel kening untuk menggayakan kening secara semula jadi dan kemas.
Pelembap bibir: Memberi kelembapan dan warna semula jadi pada bibir. Pilih warna semula jadi seperti nude atau merah jambu.
Pembayang mata (pilihan): Jika ingin menggunakan pembayang mata, pilih warna semula jadi seperti coklat muda atau peach. Sapu secara nipis.
Pelakon dan pengacara, Elfira Loy mendedahkan permulaan kariernya sebagai pelakon bukan kerana minat sebaliknya disebabkan ingin membantu ibunya, Filzah Yusoff menambah pendapatan bagi menampung keperluan adik-beradik.
Memetik perkongsiannya dalam rancangan podcast ‘Wardah Heart to Heart’ bersama hos, Dayah Bakar, Elfira berkata dia tidak suka berlakon kerana perwatakannya yang ‘introvert’ namun berubah selepas melihat bidang lakonan boleh menjadi mata pencarian.
“Sebenarnya kenapa saya mula berlakon sebab nak tolong ibu saya saja. Orang ingat saya suka berlakon tetapi sebenarnya tidak.
“Masa pertama kali saya dapat bayaran, saya ingat lagi ketika itu saya buat teater. Selepas saya dapat bayaran, saya macam ‘eh dapat duit.. oh kerja ini boleh tolong ibu saya.
“Walaupun saya memang tak suka berlakon dan merupakan orang yang introvert tetapi disebabkan kerja ini boleh membantu ibu, saya buat. Ibu saya pun tak tahu yang saya tak suka berlakon. Saya buat-buat suka saja.
“Saya dari dulu suka pendam perasaan sebab ibu hanya ada saya. Kalau saya sedih, semestinya dia dua kali ganda sedih. Jadi, disebabkan itu, hati saya keras dan dibawa sampai sekarang.”
Kata Elfira yang kini berusia 31 tahun, dia seorang yang suka memendam dan lebih memilih untuk berkomunikasi dengan Allah SWT.
“Saya memang dari kecil kebergantungan kepada Allah SWT. Memang saya banyak cerita dekat Allah. Itu sahaja cara yang ada.
“Kalau ada perkara kecil terjadi, saya akan kongsi dengan adik-beradik. Dengan ibu saya, kalau saya tak cerita pun dia akan tahu,” ujarnya.
Mengakui fasa ibu bapa berpisah memberi kesan kepada diri, Elfira yang juga merupakan pengguna produk Wardah bagaimanapun bangkit dan enggan terlalu lama larut dalam emosi sedih kerana sebagai anak sulung dia perlu menjadi kuat untuk adik-beradiknya.
Ujarnya lagi, pengalaman putus tunang pada tahun 2018 juga menjadi episod hitam dalam kehidupan.
“Saya tak pernah cerita dekat orang. Saya seorang yang kuat kerana melalui fasa ibu bapa yang berpisah, dalam masa sama kena besarkan adik beradik. Saya rasa itu bebanan yang kuat.
“Yang lagi berat ketika saya putus tunang. Saya tak sangka orang boleh buat macam itu (dekat diri). Saya tak pernah cerita apa yang saya rasa pada masa itu. Ketika wartawan bertanya, saya diam, tak pernah cakap apa-apa. Itu perkara terbesar yang berlaku dalam kehidupan saya.
“Selama saya jadi pelakon, tak pernah ada gosip seperti itu. Tetapi disebabkan kontroversi itu, orang hilang hormat dekat saya. Apa yang saya pertaruhkan untuk menjaga nama baik sebelum ini, terus bertukar menjadi sia-sia.
“Tetapi hikmah yang dapat adalah saya tidak ada tempat lain yang ingin dituju. Jadi, saya banyak menghabiskan masa di masjid.
“Itu menjadi titik perubahan dalam kehidupan saya. Alhamdulillah, perjalanan selepas itu saya nampak Allah bagi semua yang saya nak cuma satu saja tidak dapat,” katanya lagi.
Bercerita mengenai penghijrahan diri, pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri bersyukur kerana mendapat respon positif daripada keluarga, rakan-rakan dan juga peminat.
Katanya lagi, dia sentiasa berpegang dengan kata-kata ustazah yang dikenalinya.
“Saya terfikir juga apa yang orang lain fikirkan mengenai saya. Tetapi saya patut risau dengan perubahan yang dibuat kerana menjadi tunjang perjalanan saya. Dua jalur yang kita kena lalui iaitu satu untuk Allah dan satu untuk manusia. Kalau saya fikir untuk manusia saja, kesudahannya akan lupa untuk Allah.
“Saya cuba untuk seimbangkan. Alhamdulillah semua pengikut di media sosial saya tidak berasa janggal dengan perubahan dibuat. Saya tahu ramai orang yang takut untuk berbuat baik kerana khuatir makan diri. Tetapi buat saja, boleh jadi kebaikan itu yang akan membantu di akhirat nanti.
“Saya tahu ramai juga yang ingin berhijrah tetapi takut.
“Apa yang ustazah saya selalu cakap, selama mana saya buat kebaikan, saya dapat pahala. Selama mana saya tinggalkan perkara haram, saya dapat pahala,” katanya.
Dalam pada itu, isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar, memberitahu mengapa dia sanggup menggunakan wang dari poket sendiri bagi menganjurkan program usrah.
“Saya tak nak ada perasaan saya yang miliki semua ini. Bila saya ada duit, saya nak memberi. Itu yang saya buat kelas usrah. Memang itu adalah satu perasaan yang berat. Yela.. saya penat bekerja, kenapa perlu diberikan kepada orang lain?
“It’s always miracle. Apabila saya buat, saya nampak rezeki dari Allah dengan jelas.
“Mungkin saya tidak dapat kasih sayang sebab dari kecil memang tak rasa dari keluarga. Disebabkan itu, apabila ada anak-anak, saya rasa sangat penting dan sanggup gadaikan segalanya termasuk karier dan masa muda. Saya nak anak-anak rasa kasih sayang sepenuhnya,” kongsi Elfira sambil tersenyum manis.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.