Umum mengetahui terdahulu pelawak dan pengacara, Jihan Muse, 41, pernah mengambil keputusan berehat sementara dari dunia seni tanahair, kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan putera keduanya yang dilahirkan pada 6 September 2022.
Usai melahirkan anak keduanya yang diberi nama Ungku Altamis Barr, Jihan mengambil keputusan untuk berehat sepenuhnya dan memberi tumpuan kepada keluarga serta anak-anak.
Sepanjang tempoh tersebut, Jihan terpaksa melupakan tugas untuk mengacarakan rancangan popular demi memastikan proses berpantang dan masa berkualiti bersama keluarga tersayang dapat dinikmati sepenuhnya.
Pengorbanan Seorang Ibu Tiada Galang Gantinya!
Benarlah kata bidalan, seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja untuk memastikan anak-anaknya membesar di depan mata. Sudah tentu perasaan yang sama dikongsi oleh Jihan yang ingin meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tersayang.
Malah, isteri kepada Ungku Hariz ini juga dilihat ada memuat naik posting di Instagram berkenaan keterujaannya untuk membawa anak keduanya, Ungku Altamis Barr melihat dunia kali pertama sebaik sahaja beliau dilahirkan.
Artikel berkaitan: Netizen Suka Lihat Jihan Muse Berhijab, Katanya Cantik & Nampak Muda. Mahu Berubah ‘Slowly’ Bukan Drastik!
Jihan menulis kapsyen ringkas tetapi penuh makna yang meluahkan rasa syukur buat anak keduanya. Pada masa yang sama, dia menitipkan doa semoga keluarganya itu dilimpahi rahmat. Secara tidak langsung, dapat digambarkan bahawa wanita ini meletakkan keluarga sebagai keutamaan utama buat dirinya kini.
Selain itu, sebagai isteri dan ibu, sudah pastinya keutamaan dirinya adalah untuk keluarga tersayang. Malah Jihan mengakui bahagia dikelilingi 3 “Ungku” dalam kehidupannya.
Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Ungku Hariz pada 20 Mac 2016. Mereka juga dikurniakan cahaya mata lelaki, Ungku Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun.
Sekadar info artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Artikel berkaitan: Sudah Timang Cahaya Mata Kedua, Tahniah Buat Jihan Muse dan Suami
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Jihan Muse
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dr Hamid Arshat Dedah Hijabi Muda Kini Senang Dapat Penyakit. KONGSI 12 Tip Kekal Sihat & Panjang UMUR
Isi Kandungan
ToggleUjian Tuhan datang tidak mengira usia muda ataupun tua dalam pelbagai cara termasuk soal kesihatan. Malah menurut Dr Hamid Arshat perkongsian di laman sosial facebooknya, tahap kesihatan rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas anat membimbangkan. Dikatakan dalam kalangan mereka menghidap sakit darah tinggi, kencing manis dan juga mempunyai tahap kolesterol tinggi. Semua ini boleh menyumbang kepada berlakunya serangan jantung, angin akhmar, rosak buah pinggang, alzheimer atau nyanyok, berkemungkinan dipotong kaki, rosak penglihatan dan juga komplikasi kesihatan.
Namun begitu menurut beliau, selain berdoa kepada Tuhan agar diberi kesihatan, turut disaran amalkan tabiat gaya hidup sihat untuk kekal bertenaga.
KUATKAN IMMUNITY ATAU KEKEBALAN ANDA UNTUK MENANGKIS SERANGAN PENYAKIT
Tahap Kesihatan orang2 dewasa malayasia, berumur 18 tahun keatas amat membimbangkan; 30% mengidap penyakit darah tinggi, 17.5% mengidap penyakit kencing manis Dan 50% mengalami tahap cholesterol tinggi. Lebih kurang 15% dalam kaedaan prediabetic dan berpotensi mengidap diabetes dalam tempoh beberapa tahun jika tiada kawalan.
Mereka ini terdedah kepada serangan jantung, angin akhmar, rosak buah pinggang, alzheimer atau nyanyok, kemunkinan dipotong kaki, rosak penglihatan dan lain2 komplikasi Kesihatan.
Bila umor meningkat 60 tahun satu dari 4 orang akan diancam penyakit kanser dan dalam umor 70 tahun keatas 10 – 15% akan dilanda nyanyok dan alzheimer.
Pada keseluruhan tahap kesihatan penduduk malaysia semakin meningkat; jangka hayat 75 tahun, 72 tahun untuk orang lelaki dan 77 tahun bagi wanita malaysia.
Sambil kita berdoa setiap hari untuk mohon sihat serta kuat tubuh badan dan akal fikiran, kita perlu mengawal diri dengan mengamalkan tabiat2 hidup sihat.
1. Berfikiran positive, tenang, ceria dan lapang dada.
Segala fungsi2 tubuh dikawal olih otak dan Allah kurniakan kita akal fikiran untuk mengawal segala2nya. Jangan terlalu ikuti nafsu , amalkan tabiat baik dari segi pemakanan dan exercise disamping menjauhkkan amalan merokok, dadah dan arak.
Kuatkan azam dan teguhkan disiplin diri demi untuk menikmati kesihatan.
Orang2 yang tenang dan dapat kawal stress, ceria dan lapang dada sering lebih sihat tubuh badan dan insha’Allah akan lanjut usia.
Stress merupakan satu penyebab utama bagi berbagai2 penyakit, ketidak suburan dan keguguran dikalangan wanita. Dikalangan lelaki, stress jadi faktor pencetus serangan jantung dan angin akhmar.
2. Kawal stress
Bila stress, hormone steroids meningkat dan saluran darah kuncup. Jika berterusan bolih merosakkan organ2 terpenting saperti jantung, otak dan buah pinggang.
Ada bermacam2 kaedah untuk mengawal stress, termasuk solat, puasa, baca quran, zikirullah, selawat, exercise, deep breathing exercises, yoga, Tai chi Dan lain2. Kita pileh yang mana sesuai untuk diri kita dan amalkan setiap hari.
Exercise yang paling mudah dilakukan ialah ‘deep breathing exercise’ , sambil duduk sedut nafas melalui hidung sedalam2 yang bolih dan lepaskan nafas perlahan2 melalui mulut. Ulang pernafasan selama 5 minit dan ulang exercise dimana2 tempat bila berasa keletihan dan mental tertekan.
Amalkan berzikir dan selawat bila memandu kereta dan bila2 masa lapang.
Walau pun menghadapi provokasi, cuba tahan marah, jangan simpan dendam.
Bila timbul perbalahan, pertengkaran, isteri berleter atau konflik tinggalkan tempat tersebut. Banyak beristighfar.
Bila ditimpa musibah, banyak bersabar, jangan terlalu sedih dan hampa menghadapi qada’ dan qadar Allah SWT.
3. Makan yang berkhasiat dan berzat.
Kenbanyakkan rakyat malaysia tidak mengamalkan makanan yang seimbang, bekhasiat dan berzat. Mereka terlebih makan gula dan manisan, karbohaidret dari makanan2 segera, junk foods, makanan2 diperoses , diawet dan dimaniskan. Kurangkan atau jauhi makanan2 tersebut.
Lebihkan makanan2 yang mentah dan segar; buahan2, sayuran2, ulam2 dan sumber2 perotin, daging, ayam, ikan2 dan makanan laut yang segar tanpa diperoses. Sepatutnya 70% daripada diet kita terdiri makanan2 mentah dan segar.
Ulam raja dikatakan berkesan sebagai anti kanser. Peria bolih kawal cholesterol dan gula dalam darah.
Kurangkan makanan2 digoreng dan berlemak santan, susu atau lain2. Makanan2 yang disteam atau diebus dan dicampur dengan lramuan2 halia, kunyit, bawang putih dan merah adalah kebih berkhasiat.
Amalkan juz buahan2 segar dari lemon, limau nipis, apel, carrot, jambu, tembikai, air kelapa dan lain2. Juz2 tersebut menjadi sumber vitamin, logam, antioxidant dan serat.
Makanan sampingan : Bila lapar sebelum waktu makan, amalkan makan kacang2 almond, walnut, peanuts, gajus; biji2 labu, sunflower, kismis, keroma, apricot dan cranberry kering. Semua bolih dibeli dari kedai arab.
4. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.
Exercise mudah dipercakapkan tapi sukar dilakukan. Jangan tangguh, terus lakukan setiap hari.
Hanya 30% penduduk malaysia pernah buat exercise dan hanya 14% yang betul2 buat exercise secara berkesan.
Paling mudah ialah berjalan kaki selama 30 minit khususnya lepas makan atau lepas solat subuh.
Exercise dengan treadmill , angkat berat atau basikal spin lebih intensif dan berkesan.
Faedah exercise ialah , membakar lemak, mengawal gula dalam darah serta menguatkan otot2 dan organ2,
Ia juga mengawal hormon steroids; mengeluarkan endorphins dalam otak yang memberi rasa tenang dan ceria.
Diperingkat dalaman sel2 , exercise menjadikan telomere dalam DNA menjadi lebih panjang dan seterusnya meningkatkan kesihatan.
Saya berkebun disekitar kawasan rumah untuk menggantikan exercise harian dan untuk tanam herba, ulam2 dan sayur2.
5. Vitamins, logam dan supplements.
Vitamin2 dan logam2 adalah sangat penting bagi pembinaan dan pertumbuhan sel2, dan tisyu. Percambahan sel2 sangat penting untuk peroses baik pulih tisyu2 dan organ2 yang sentiasa terancam olih trauma, serangan kuman2 dan pelbagai racun.
Seringkali pemakanan harian kita tidak mengandungi zat2 dan vitamins yang cukup dan seimbang. Ada kala pula usus kita tidak dapat menyerap sepenuhnya vitamin2 dan logam2. Kekurangan vitamin dan logam mengakibatkan berbagai penyakit dan kerosakkan tisyu dan organ2 terpenting.
Saya dan isteri mengamalkan makan multivitamins jenama obimin, calcium, fish oil dan vitamin C setiap hari sejak berpuluh tahun.
Bila kita keluar negara ssperti pergi umrah kita makan lebih vitamin C sampai satu gram sehari. Alhamdulillah jarang diserang kuman virus.
Saya juga mengambil supplement2 yang mengandungi resveraterol dan antioxidant2 lain dari biji anggur. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kerosakkan sel2 dan tisyu2 jantung dan otak.
6. Kawal gemok.
Malaysia punyai jumlah teringgi penduduk yang terlalu gemok (obesity) , 13.3 % dan yang sederhana gemok (overweight) 38.5%.
Kegemokkan menimbulkan macam2 penyakit termasuk diabetes, darah tinggi, sakit jantung, serta ketidak suburan dan gangguan haid dikalangan wanita.
Menang mudah naik berat badan khususnya selepas kahwin, tapi berbagai usaha menurunkan berat badan sering gagal.
Tiada punca lain bagi kegemokkan melainkan makan berlebihan khususnya makanan2 karbohaidret dan manisan. Tapi orang2 gemok menafikan hakikat ini (denial).
Kawal dan kurangkan amoun makan, gantikan karbohaidret dengan sayur2 dan lauk2 perotin.
Lakukan exercise untuk bakar lemak dan kuruskan badan.
Ada supplement2 pengkurus saperti zenercal, adipex, duramin dll. Tetapi tidak bolih bergantung terlalu lama pada ubat2 tersebut.
7. Cukup tidur dan rehat.
Sebaikknya seseorang tidur selama 5 – 7 jam dalam sehari semalam. Badan perlu rehat untuk peroses baik pulih sel2 dan tisyu2 dan organ2.
Saya amalkan tidur awal jam10 malam dan bangun jam 5 pagi untuk solat tahajud diikuti solat subuh berjemaah dimasjid.
Alhamdulillah dalam umor 73 tahun Allah kurniakan saya kesihatan dan kekuatan untuk terus memberi khidmat perubatan kepada yang memerlukan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Lapisan Bergaya’ Hijabi Perlu Bijak Memilih Helaian, Agar Sesuai Dengan Gaya Dan Cuaca!
Isi Kandungan
ToggleLapisan adalah satu keperluan pada musim sejuk, tetapi ramai hijabi yang menetap di Malaysia mengemarinya. Walaupun logik tapi ini adalah kebenarannya, jika anda tahu cara melapis seperti profesional, perasan takut kelihatan lebih besar daripada yang sebenarnya akan merosot. ‘Lapisan Bergaya’, hijabi perlu bijak memilih helaian, agar sesuai dengan gaya dan cuaca.
Anda menyedari bahawa apabila ia berkaitan dengan keperluan almari pakaian, hanya sedikit yang dapat menandingi ketepatan tanpa helaian UNIQLO, sentiasa menjadi pilihan untuk hijabi. Sama ada seluar yang disesuaikan, kemeja-T putih atau rajutan kasmir, ia sentiasa boleh dipercayai untuk staples bebas keributan yang akan lebih rata dan muat.
Uniqlo U, khususnya, dianggap sebagai koleksi yang perlu diberi perhatian dalam kepentingan asas, memandangkan koleksi terbaharu jenama itu setiap helaian menjadi kegemaran.
ARTIKEL BERKAITAN: Ekspresi Keperibadian Yang Anggun, Mira Filzah Perlukan Keselesaan Setiap Helaian Yang Digayakan
Langkah mudah memilih
Sebelum anda bermula, terdapat enam perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membantu anda memperoleh perspektif yang baik untuk melapisi gaya dan tampak moden.
Kenali badan anda
Tetapi, yang paling penting, anda memerlukan keyakinan. Jika anda berasa selesa dengan apa yang anda pakai. Pakaian, tidak kira bagaimana mengikut aliran, tidak akan sesuai jika ia tidak selesa dan tidak berasa seperti anda.
Memahami perkadaran
Oleh itu, jika anda berasa selesa dengan apa yang anda pakai, maka anda akan menunjukkan keyakinan. Dan akhirnya, itulah yang kita semua mahukan. Jadi tidak ada sebab anda tidak boleh menjadi ratu gaya!
Yakin dengan warna
Apa yang diperlukan hanyalah sedikit imaginasi, beberapa percubaan dan semangat untuk menyatukan semuanya. Jadi berani, berani dan yakin. Ilmu adalah kuasa, bukan?
Memahami cetakan dan corak
Gaya ialah perasaan semula jadi tentang apa yang berfungsi bersama, naluri, malangnya, yang tidak datang secara semula jadi kepada semua wanita. Ia adalah keupayaan untuk mencampur dan memadankan cetakan, corak, tekstur dan aksesori yang berbeza untuk mencapai pakaian yang kelihatan bergaya.
Ketahui tekstur yang sesuai
Yves Saint Laurent pernah berkata bahawa “berpakaian adalah cara hidup”. Tetapi memilih apa yang hendak dipakai boleh mengelirukan dan kesilapan boleh menjadi mahal. Walau bagaimanapun, secara umumnya diharapkan bahawa seorang wanita harus mempunyai rasa gaya dan tahu cara berpakaian.
Bersikap strategik dengan aksesori
Walau bagaimanapun, ia bukan rahsia yang hanya tersedia untuk segelintir orang. Ini soal akal dan pakaian yang bijak. Ia adalah seni lapisan halus, konsep yang banyak wanita bergelut dengannya.
Nah, bercakap tentang fesyen, lapisan gayaa ini sesuai untuk hijabi bagi menjaga aurat. Tetapi jangan tersalah gaya yang akan membuat anda kelihatan tidak selesa.
Helaian selesa untuk pelbagai jantina
Perkara pertama yang perlu diingat semasa meneroka reka bentuk Uniqlo U ialah anda tidak seharusnya mengehadkan diri anda kepada satu kategori jantina. Koleksi ini direka secara amnya untuk uniseks, jadi anda patut mencuba helaian dalam beberapa saiz berbeza, bergantung pada kesesuaian yang anda inginkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Suai Padankan Item Lelaki, Lengkapkan Gaya Serba Ringkas Dan Menarik Bersama Koleksi Terbaharu Uniqlo
Lapisan moden pilhan hijabi
UNIQLO mengumumkan pelancaran majalah LifeWear keluaran Musim Gugur/Musim Sejuk 2023 (Isu 09) 25 Ogos lalu. Majalah LifeWear ialah penerbitan percuma yang menyatakan falsafah UNIQLO LifeWear untuk menjadikan kehidupan seharian lebih baik dan lebih selesa.
Tema Isu 09 untuk Musim Gugur/Musim Sejuk ialah “Lapisan Moden,” dan isu ini memfokuskan pada peranan melapis pakaian, meneroka potensi fesyen tanpa had yang datang daripada penggabungan item asas dengan mahir.
“Setiap item pakaian UNIQLO mempunyai reka bentuk yang sangat ringkas yang boleh dipakai oleh sesiapa sahaja. Tetapi bergantung pada bagaimana item digabungkan, saya fikir ia adalah pakaian dengan kemungkinan yang tidak terhingga.”
“Pakaian tidak mempunyai watak sendiri, tetapi pakaian menonjolkan keperibadian si pemakai. Itulah sebabnya cara anda memakai pakaian adalah sangat penting,” ulas Takahiro Kinoshita, Naib Presiden Eksekutif Kumpulan Peruncitan Cepat, dan Pengarah Kreatif.
Dalam isu majalah LifeWear ini, tumpuan kepada pelapisan. UNIQLO memperkenalkan lapisan warna bergaya yang tertumpu pada kelabu dan biru laut yang menjadi trend pada musim luruh, bersama-sama dengan gaya berlapis berfungsi menggunakan HEATTECH, yang tahun ini menandakan 20 tahun sejak dikeluarkan, serta Ultra-Light Down. Sesuai juga untuk cuaca di Asia!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Kaya Untuk Jadi ‘Pemurah’, Lelaki Ini Tawar Ais Krim Percuma Khas Buat Golongan OKU!
Isi Kandungan
ToggleKonsep dan tujuan bersedekah adalah bertujuan membantu golongan yang lebih memerlukan dari diri kita. Malah, rezeki lebih midah datang sekiranya kita sering berkongsi rezeki bersama orang lain. Tidak kisah samada pemberian itu banyak atau sedikit, apa yang penting adalah keihklasan diri kita.
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”
Selain itu, dengan bersedekah juga dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Begitu jugalah dengan perkara yang dilakukan oleh lelaki dermawan ini.
Cari Pendapatan Sampingan Jual Ais Krim, Tak Halang Lelaki Ini Bersedekah!
@ruimeilo Nampak abang jual aiskrim, terharu dengan semangat bang 💪 #longervideos #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #penang #malaysia #belanja ♬ Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) – Ghea Indrawari
Tindakan murah hati, lelaki ini yang memberikan ais krim percuma kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) telah tular di laman sosial.
Hantaran video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok menerusi akaun @ruimeilo, memaparkan lelaki berkenaan meletakkan tanda “Ais krim percuma kepada OKU” di motorsikal miliknya menjadi tular.
Hijabista difahamkan bahawa lelaki ini merupakan seorang penjual ais krim yang mencari pendapatan lebih untuk menyara isteri dan anaknya dengan meniaga aiskrim di kawasan tepi pantai.
Artikel berkaitan: Sedekah Atas Niat Yang Betul Bukan Bermegah, Ikuti Adab Yang Patut Di Contohi
Ketika disoal mengapa dia memutuskan untuk melakukan tindakan sedemikian, lelaki itu menjelaskan bahawa dia mendapat inspirasi berkenaan kerana dia juga turut mempunyai seorang anak OKU yang pernah terlantar sakit sebelum meninggal dunia.
“Saya ada anak seorang OKU, OKU terlantar dia sakit dan meninggal dunia. Saya seorang sahaja kerja, isteri tak kerja. Kerja kereta api gaji sikit, jadi kena cari duit lebih,” katanya.
Netizen Kagumi Kemuliaan Hati Lelaki Ini, Tetap Mahu Bersedekah Meski Hidup Serba Kekurangan
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mrndapati rata-rata wargamaya menzahirkan rasa sebak dan mengagumi semangat serta kemuliaan lelaki berkenaan yang sanggup berkongsi rezeki meskipun serba kekurangan.
Sekadar info, lelaki tersebut menjual aiskrim berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, Pulau Pinang.
Di sini dapat kita simpulkan bahawa, untuk menjadi seorang yang pemurah serta rajin bersedekah tidaklah perlu menjadi kaya dahulu, bahkan orang-orang biasa juga mampu melakukannya.
Apa yang penting, sumbangan yang ikhlas tidak dinilai daripada jumlah yang diberi, sebaliknya dilihat daripada keihklasan hati si pemberi.
Sumber: TikTok @ruimeilo
Artikel berkaitan: Rezeki Kekal Mencurah-curah Jika Amal 7 Konsep Sedekah Ini. Paling Mudah Baca Al-Fatihah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI