Terpaksa menangguhkan acara ‘jejak tanah’, anak kepada pelakon Aman Graseka dalam keadaan yang kurang sihat. Baru sahaja berusia dua tahun dia dimasukkan ke hospital akibat demam sehinggakan sawan.
Anak lelakinya itu, Aishyraf Mikail Shah, mulai menunjukkan kurang sihat sejak lima hari yang lalu. Majlis yang sepatutnya di lakukan pada bulan ini terpaksa di tunda ke bulan Disember depan.
Menurut laporan dari Harian Metro, anak kepada Aman Graseka mula demam sehinggakan dia sawan. Kini matanya pula di jangkiti virus dan kelihatan bengkak.
“Sekarang matanya pula ada jangkitan virus, baru jadi sejak lima hari lepas. Kami terpaksa tangguhkan acara ‘jejak tanah’ ini dan mungkin dibuat pada awal Disember nanti,
“Anak saya perlu berpantang tidak boleh kena pasir selagi majlis ini tidak diadakan. Dalam acara itu, dia akan diletakkan di atas pasir dan berjalan atas bunga. Keadaan matanya sekarang masuk hari keenam, air pecah dan nampak darah,” katanya.
Dia kini yang menetap di kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah memaklumkan anaknya itu telah dibawa berjumpa bersama pakar bagi mengenal pasti virus di matanya itu.
“Saya perlukan bantuan nasihat pakar mata untuk anak saya. Malah, saya amat menghargainya jika ada. Sewaktu demam Aishyraf Mikail dimasukkan ke sebuah hospital dan menerima rawatan selama tujuh hari sebelum dibenarkan keluar,
“Saya cuma tak bawa jumpa pakar mata lagi. Lepas kami sambut ulang tahun kelahirannya, dia masuk hospital sebab demam. Selepas itu kena sakit mata pula dan kerap gosok mata,
“Saya sekarang baru lagi bekerja hantar parcel. Mana tahu kalau-kalau jangkitan kuman bermula dari situ pun boleh jadi juga,” ujarnya lagi.
Aman juga akui dia sukar untuk mendapat panggilan berlakon oleh kerana menetapkan syarat tidak mahu bersentuhan dengan muhrim dalam lakonannya. Katanya, kali terakhir dia berlakon adalah pada Julai lalu.
“Begitu juga dalam bab bekerja dengan jurusolek artis perempuan dan kru perempuan. Itu yang agak susah orang nak panggil berlakon,
“Kali terakhir saya berlakon pula pada Julai lalu filem Hantu Kum Kum untuk Astro First dan penggambaran di Perlis,
“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi saya dah tetapkan syarat ini. Saya tahu kesannya tapi saya percaya rezek datang dari Allah.
“Tawaran itu ada, tapi syarat saya buat produksi berat nak terima walaupun untuk beri watak bapa. Apapun jangan kita mengeluh dan salahkan sesiapa. Rezeki Tuhan dah tetapkan. Kita usaha sahaja,” katanya.
Namun, Aman pecaya syarat yang dia tetapkan ini akan memberikan sedikit kesan kepada kariernya. Tetapi dia tetap percaya bahawa rezeki akan datang selagi dia berusaha untuk mencarinya.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.