Terpaksa menangguhkan acara ‘jejak tanah’, anak kepada pelakon Aman Graseka dalam keadaan yang kurang sihat. Baru sahaja berusia dua tahun dia dimasukkan ke hospital akibat demam sehinggakan sawan.
Anak lelakinya itu, Aishyraf Mikail Shah, mulai menunjukkan kurang sihat sejak lima hari yang lalu. Majlis yang sepatutnya di lakukan pada bulan ini terpaksa di tunda ke bulan Disember depan.
Semoga dipermudahkan segala urusan…
Menurut laporan dari Harian Metro, anak kepada Aman Graseka mula demam sehinggakan dia sawan. Kini matanya pula di jangkiti virus dan kelihatan bengkak.
“Sekarang matanya pula ada jangkitan virus, baru jadi sejak lima hari lepas. Kami terpaksa tangguhkan acara ‘jejak tanah’ ini dan mungkin dibuat pada awal Disember nanti,
“Anak saya perlu berpantang tidak boleh kena pasir selagi majlis ini tidak diadakan. Dalam acara itu, dia akan diletakkan di atas pasir dan berjalan atas bunga. Keadaan matanya sekarang masuk hari keenam, air pecah dan nampak darah,” katanya.
Ads
Dia kini yang menetap di kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah memaklumkan anaknya itu telah dibawa berjumpa bersama pakar bagi mengenal pasti virus di matanya itu.
“Saya perlukan bantuan nasihat pakar mata untuk anak saya. Malah, saya amat menghargainya jika ada. Sewaktu demam Aishyraf Mikail dimasukkan ke sebuah hospital dan menerima rawatan selama tujuh hari sebelum dibenarkan keluar,
“Saya cuma tak bawa jumpa pakar mata lagi. Lepas kami sambut ulang tahun kelahirannya, dia masuk hospital sebab demam. Selepas itu kena sakit mata pula dan kerap gosok mata,
“Saya sekarang baru lagi bekerja hantar parcel. Mana tahu kalau-kalau jangkitan kuman bermula dari situ pun boleh jadi juga,” ujarnya lagi.
Ads
Aman juga akui dia sukar untuk mendapat panggilan berlakon oleh kerana menetapkan syarat tidak mahu bersentuhan dengan muhrim dalam lakonannya. Katanya, kali terakhir dia berlakon adalah pada Julai lalu.
“Begitu juga dalam bab bekerja dengan jurusolek artis perempuan dan kru perempuan. Itu yang agak susah orang nak panggil berlakon,
“Kali terakhir saya berlakon pula pada Julai lalu filem Hantu Kum Kum untuk Astro First dan penggambaran di Perlis,
“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi saya dah tetapkan syarat ini. Saya tahu kesannya tapi saya percaya rezek datang dari Allah.
Ads
“Tawaran itu ada, tapi syarat saya buat produksi berat nak terima walaupun untuk beri watak bapa. Apapun jangan kita mengeluh dan salahkan sesiapa. Rezeki Tuhan dah tetapkan. Kita usaha sahaja,” katanya.
Namun, Aman pecaya syarat yang dia tetapkan ini akan memberikan sedikit kesan kepada kariernya. Tetapi dia tetap percaya bahawa rezeki akan datang selagi dia berusaha untuk mencarinya.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mungkin ada yang sempat ‘merasa’ pengalaman menggunakan papan hitam dan kapur ketika melalui alam persekolahan. Namun sejajar dengan kemajuan dan teknologi, penggunaan papan hitam digantikan dengan ‘papan putih’ manakala kapur digantikan dengan permanent marker pen.
Namun tahukah anda bahawa ada beberapa buah negara yang masih mengekalkan penggunaan papan hitam dan juga kapur. Salah satu negara yang masih menggunakan papan hitam dan kapur ialah Jepun.
Berikut perkongsian Zunita Ramli yang tinggal di Jepun.
TEKNIK PENGAJARAN YANG DIUJI KEBERKESANANNYA
BUNYI KAPUR DAPAT TAMBAH DAYA FOKUS PELAJAR
KURANG TITIK BUTA
BERHATI-HATI PERKENALKAN PERUBAHAN SISTEM PENGAJARAN
HIJABISTA: Kagum dengan cara negara Jepun yang masih mengekalkan cara lama. Sikap berhati-hati mereka sebelum membuat perubahan dalam sistem pendidikan juga harus dipuji.
Tular baru-baru ini apabila seorang tiktoker membuat satu hantaran menunjukkan satu jenama rempah yang ‘mengandungi’ bahan haram iaitu khinzir. Dia juga menunjukkan senarai bahan-bahan itu sebagai bukti.
Namun, apa yang lebih mengejutkan lagi ‘pork’ yang tertulis di produk itu tersenarai dalam ‘USE ON: Beef, Chicken, Lamb, Pork, Fish, Seafood, Potatoes’ yang bermakna ‘Digunakan untuk; Daging lembu, ayam, kambing, khinzir, ikan, makanan laut’. Salah faham ini telah membuatkan warganet memberikan komen keatas video perkongsian itu.
Wanita itu juga terlalu berseloroh untuk membuat kenyataan tanpa melakukan pemeriksaan yang betul. Komen yang diberikan juga banyak menasihati untuk lebih berjaga-jaga dalam setiap perkongsian dan fahami apa yang tertulis di setiap produk.
Ada juga yang membuat rentetan dan nasihat isu ini menjadi pengajaran untuk lebih peka dan membuat usul periksa sebelum membuat satu perkongsian. Ia boleh membuatkan orang ramai keliru oleh kerana kecuaian seorang individu.
Bagaimana nak periksa produk itu mengandungi bahan haram?
Sudah pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana hendak pastikan makanan, minuman, atau produk yang dibeli itu halal bukan? Sudah tentu anda perlu kenali logo halal rasmi JAKIM.
Menurut Portal myHealth, ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan label pembungkusan atau bahan ramuan itu diiktiraf halal. Salah satunya adalah menggunakan aplikasi yang mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memeriksa status halal sesuatu produk.
Verify Halal merupakan satu peranti pintar yang boleh dimuat turun pada android dan applestore untuk memudahkan anda periksa dengan segera produk yang mahu anda beli. Jadi tiada alasan untuk anda terus keliru untuk membezakan halal produk yang hendak di beli.
Tiada siapa yang dapat membayangkan keadaan sebenar di akhirat kelak. Pastinya yang kita harapkan adalah amalan timbangan kita melayakkan kita ke syurga Firdaus. Keadaan pada hari itu sangat dahsyat kerana semuanya hanya akan mementingkan diri sendiri dan tidak akan peduli mengenai orang lain.
Pada hari itu, kita hanya akan sibuk memikirkan timbangan amalan kita sahaja. Menulis di twitter, @sofi_zai telah berkongsikan intipati yang diterimanya daripada Ustaz Tengku Hannan Attaki mengenai lelaki yang paling sibuk di akhirat kelak.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...