Kecantikan

Amyra Rosli Dedah Rahsia Langsing Lepas Bersalin Hanya Dengan Amal Minum Lemon Suam Untuk Detoks

Share

Memang menjadi lumrah seseorang wanita itu akan mengalami pertambahan  berat badan ketika mengandung. Dan menjadi cabaran bagaimana untuk mengembalikan bentuk badan kepada saiz asal. Bagi selebriti Amyra Rosli dia juga turut mengalami kenaikan berat badan sepanjang kehamilan walaupun tidak begitu ketara perubahannya. Memandangkan penampilan menarik penting bagi mengekalkan populariti sebagai pelakon, Amyra Rosli tekad untuk mendapatkan berat badan asal.

Nama Amyra yang menjadi sebutan gara-gara watak pelacur dibawakan dalam drama bersiri Nur Ramadan lalu. Drama Nur yang bersiaran di TV3 disifatkan penonton sebuah karya Islamik yanb penuh dengan isu kontroversi.

Turut berlakon dalam drama yang cukup trending ini adalah Kyle Syafiq, Fatima Abu Bakar, Noorkhiriah, Datuk Jalaludin Hassan dan juga Azhan Rani.

Menurut Amyra untuk mendapatkan berat ideal tidak ada petua tertentu yang diamalkannya, malah dia yang selamat melahirkan anak sulungnya itu Oktober tahun lalu tidak menghadkan apa jua pengambilan pemakanan.

PERTAMBAHAN BERAT BADAN

Sebaliknya pelakon cantik ini akan akan makan nasi seperti biasa memandangkan dia juga perlu memberi susu badan kepada anak lelakinya, Aqeef Anaqi yang baru berusia 4 bulan.

Memiliki berat 45 kg sebelum itu dan mengalami pertambahan kepada 58 kg sepanjang kehamilan hingga bersalin tempohari membuatkan dirinya sedikit risau.

Dan bagi mendapatkan berat badan asal, Amyra akui terpaksa bersungguh-sungguh dan memaksa diri untuk memastikan stamina kekal cergas dan kembali mendapat tubuh langsing.

“Kita tak boleh nak skip makan kerana Aqeef menyusu badan. Jadi apa yang Myra lakukan adalah cuba mengawal perkara lain, misalnya selepas makan tidak terus minum air. Myra tahu kena berdisiplin kerana berazam untuk membuat ‘comeback’ setelah hampir setahun berehat dalam dunia lakonan.

“Anak juga sebenarnya menjadi faktor utama Myra cepat alami susut berat badan. Maklumlah Aqeef makin lama makin berat dan menguruskan keperluan dirinya setiap hari membuatkan Myra penat tetapi seronok ,” ujar Amyra ketika ditemui memperagakan koleksi Anggun Aidilfitri Mek Kembang Cotton X Amyra Rosli di sebuah hotel di Putrajaya.

ELAK KULIT JADI KUSAM

Menurut Amyra juga sejak dulu dia adalah antara selebriti yang begitu menjaga kecantikannya.  Tidak mahu kulit jadi kusam dan tidak bermaya selepas melahirkan anak, Myra gunakan petua tertentu untuk kekal jelita.

Setelah mempunyai anak, perubahan paling ketara yang dia alami adalah masalah rambut gugur. Jadi untuk mengelak rambut terus gugur, Myra akan sentiasa melakukan ‘treatment’ bagi memastikan mahkotanya itu kekal sihat dan bersinar.

“Manakala untuk penjagaan badan pula, Myra gunakan cara detoks dengan minum air suam bercampur dengan lemon atau teh campur lemon setiap hari.

“Sama juga dengan masalah kulit, Myra jenis tak suka tidur dengan mekap

. Jadi Myra akan kerap mencuci muka dan tidur dalam keadaan muka sudah bersih. Maksud kerap cuci ini bukanlah cuci dengan sabun tetapi lebih kepada cucian biasa.

“Bagi Myra jika tanpa penggunaan bahan ‘chemical’, kulit wajah Myra akan terasa lebih mudah untuk diurus,” jelasnya lagi sebelum mengakhiri perbualan.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM MEK KEMBANG COTTON & AMYRA ROSLI

 

Published by
Siti Zurina