“Ampunkan Kami Dari Hujung Rambut Sampai Hujung Kaki,”- Indahnya Doa Yang Diamalkan Cik Manggis.

Share

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan wanita De Fam yang lincah setiap kali berada di atas pentas. Dengan pilihan lagu-lagu yang cukup rancak pergerakan mereka sangat memukau sebagai satu kumpulan penyanyi professional.

Ketika nama mereka meniti dibibir pencinta muzik tanah air, salah seorang peserta kumpulan ini iaitu Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin telah mengambil keputusan untuk berhijab sejak empat bulan lalu.

Ramai berteka teki sama ada dia akan meneruskan karier bersama De Fam atau pun tidak dek penampilannya yang sudah berhijab. Dalam temubual bersama Hijabista, dia masih lagi bersama kumpulan itu hanya penampilan sahaja yang berubah, katanya berhijab bukan menjadi penghalang sebaliknya dia lebih berhati-hati dalam koreografi yang dipersembahkan supaya tidak keterlaluan dan sesuai mengikut penampilannya yang sudah berhiijab.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah Macam Superman Terbang Lah”- Netizen Kecut Perut Tengok Cik Manggis Lasak & Terjatuh Bermain Kasut Roda!

Berhijab bukan halangan untuk berfesyen, Cik Manggis selesa dalam stail busana longgar.

Dalam temubual itu, Hijabista ada bertanyakan apakah doa yang diamalkan oleh wanita berusia 31 tahun ini dan yang membuatkan kami kagum adalah bait-bait penyampaian yang cukup ringkas namun terkesan di hati.

“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Tuhan yang maha pengampun lagi maha mengasihani, ampunkanlah segala dosa kami, dosa suamiku, dosa kedua ibu bapaku, doa kedua mentuaku, adik-beradikku, saudaraku, sahabat-sahabatku, seluruh kaum muslimin dan muslimat, wal mukminin wal mukminat sekalian, roh-roh dan jasad. Ampunkan kami dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ya Allah Ya Rahman Ya Ghafur, masukkan kedua ibu bapaku dan kedua mentuaku di syurgamu tanpa hisab, termasuk diriku dan juga sahabat-sahabatku, adik beradiku dan sekeluargaku. Amin.”

ARTIKEL BERKAITAN: Gemar Baju Oversized, Cik Manggis Tak Kisah Kalau Dikata Nampak Pendek. Janji Selesa!

Sedap doa yang dilantunkan Cik Manggis, meminta setiap keampunan untuk orang yang kita sayang. Mungkin doa ini Hijabi semua boleh ikut dan jadikan amalan setiap kali usai solat. Menuru wanita yang bijak berfesyen ini bila ditanya soal berhijab, “Manggis sebenarnya dah lama berhajat nak pakai tudung, cabaran sebenar adalah to prepare the inner self supaya boleh istiqamah sampai bila-bila. InsyaAllah”

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Fiezreen