Diam-tak diam kita sudahpun masuk pertengahan tahun. Bagaimana dengan azam hijabi semua, sudah tercapai atau sebaliknya.
Seperti perkongsian wanita ini Syamimi N Khalil yang membuat azam untuk turunkan berat badan bermula awal tahun ini. Dia yang nekad untuk kurus dan sihat ini akhirnya berjaya sempurnakan misinya.
Wanita ini juga turut menolak tanggapan mereka yang sudah berusia 30 ke atas sukar untuk kurus. Dia yang mempunyai empat anak berjaya melenyapkan 20 kg hanya dalam masa 3 bulan sahaja.
Menurutnya lagi dia mahu turunkan berat badan bukan untuk dirinya sendiri, tetapi menjaga kesihatan agar kekal sihat dan cergas setiap masa.
2 0 1 8 vs 2 0 1 9
Azam Sya mulai kuat dan nekad nak kurus dan sihat masa bulan 12, 2018. Niat Sya, bermula 1 Jan 2019,
Sya menyahut cabaran dr kata² kebanyakan org,
1. Dah berangka ‘3’ usia yg sukar nak turun berat badan,
2. Anak 4 orang boleh lupakan nak kurus
Dan mula jd geram dan rs tercabar bila pergi ke mana2 kedai pakaian, br je belek² staff terus bgtau
‘kak.. yg tu semua saiz kecik, takde saiz besar’
Dengan bertukar dan mengamalkan ‘Gaya hidup sihat, kurus kita dapat’
Hasil 3 Bulan, hilang 20kg (70kg-50kg)
Percayalah.. buat lah.. kita semua pasti boleh.. ?Jangan biarkan Niat kita berlalu dr hari ke hari dan terus menangguh dr bulan ke bulan sbb kita tak sedar dh tahun ke tahun kita hanya berniat tp masih belum mula.
Nak turunkan berat badan atau kurus bukan sekadar utk penampilan sahaja, tp utk menjaga tahap kesihatan kita ♥️
Semoga setiap tips dan perkogsian drpd Sya dpt membantu semua memulakan #misiperanglemak
#slanehq #buatsampaijadi #fattofit #kurus
Meh nak share siapa yg tengah diet tu.. Ni antara menu lunch n snack sy.. Udang/daging sy ambik sgt jarang.. Dlm sebulan or 2bulan sekali je.. Lunch ayam/ikan+sayur.. Dinner ikan/telur+sayur…
Tak menarik pun.. Tp boleh la nak share menu seminit ni.. Sbb sy ada ank kecik yg nak berperang selalu kt dapur.. Then nak masak asing2 utk suami n anak pulak lain.. Ngee.. Buah Nanas boleh kata paling kerap sy ambik..
Rutin n waktu makan saya 5 ke 6 kali sehari..
*sambal belacan boleh kata wajib ada, tekak melayu uolss.. Hehehhe.. Tp sambal belacan versi diet.. Ngee.. Masin dr ikan bilis, manis dr stevia.