Amalkan Zikir Asmaul Husna Ya Malikul Quddus Bagus Untuk Kesihatan Organ Tubuh Wanita

Share

Asmaul Husna memang banyak fadhilatnya. Amalkan berzikir dengan Asmaul husna tertentu dapat memberikan manfaat yang banyak kepada kita, samada untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

Salah satu amalan zikir menggunakan asmaul husna yang dapat merawat tubuh, terutamanya kepada kaum wanita. Setiap hari selepas solat subuh bacalah

“Ya Malikul Quddus” sebanyak (11kali). Ia akan melindungi wanita daripada penyakit yang berkaitan dengan organ wanita..

Mari kita lihat maksud asmaul husna yang disebutkan iaitu:

Al Malikul – Al Malik ini bermakna Maha Merajai. Sesiapa yang mengamalkan membaca Ya Malik pada bila-bila masa, maka dia akan mendapat penghormatan dan menerima layanan yang sewajarnya dari orang lain.

Quddus – Seterusnya ialah Al Quddus, yang membawa maksud, Maha Suci. Sesunggunhya Allah itu Maha Suci yang tiada cacat cela dan kekurangan.
Jadi, dengan mengetahui maksudnya, anda dapat amalkan zikir tersebut selepas solat Subuh dengan penuh pengharapan agar Allah melindungi kita daripada penyakit merbahaya.

As Salam

– Yang bemaksud Maha Menyelamatkan. Allah Yang Maha Esa itu, sesunggunhya pemberi keamanan dan ketenteraman kepada semua makhlukNya.
Jika anda membaca Ya Salam sebanyak 160 kali di hadapan orang yang berpenyakit, Insya Allah, penyakitnya akan sembuh selama belum sampai ajalnya, atau sekurang-kurangnya, Allah akan meringankan penyakit tersebut.

Kemudian, jika anda amalkan membaca “Salammun qaulan mirrabbirahim” sebanyak 28 kali setiap hari, di kala merebaknya sesuatu penyakit, Insya Allah, Allah akan menyelamatkan anda dari wabak tersebut.

Subahanallah… betapa mudahnya mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah dengan hanya berzikir dan mengamalkan nama-namaNya yang ternyata tekandung zat-zat dan fadhilat-fadhilat yang tersembunyi..

Ayuh semua, kita rebut peluang yang Allah berikan untuk makhluk-makhluknya yang beragama Islam. Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang Muslim, kerana sesungguhnya, kebaikan yang sebesar zarah pun akan dikira dan boleh menyelamatkan kita dari api neraka..

Published by
SH