Hampir semua perempuan mendambakan untuk memiliki kulit yang glowing, sihat dan bercahaya. Justeru, untuk mendapatkan kulit yang glowing ini pastilah mendisiplinkan diri dengan menjaga pola pemakanan yang sihat, mendapatkan tidur yang cukup, bersenam, serta menggunakan produk kecantikan kulit yang tepat.
Bagaimanapun, selain melakukan perkara-perkara diatas hijabi juga boleh mendapatkan kulit glowing dalam satu malam sahaja! Tetapi dengan syarat rajin untuk melakukan empat rutin yang Hijabista senaraikan di bawah ini!
Haa.. kalau nak tau, cuba amalkan dulu sis. Lepas dah amalkan empat rutin mudah ni secara konsisten, mesti sis dapat miliki kulit glowing seperti yang diimpikan selama ini.
1. Lulur Beras dan Bijan
Salah satu cara mudah untuk mendapatkan kulit glowing hanya satu malam adalah dengan menggunakan beras dan bijan sebagai masker. Ini kerana, kandungan yang terdapat dalam butiran beras amat efektif untuk membersihkan, menanggalkan sel kulit mati, dan menghaluskan kulit. Ditambah pula dengan bijan yang mampu memberi nutrisi pada kulit dan dalam masa yang sama mencegah penuaan.
Cara membuat masker ini amat mudah! Anda hanya perlu rendam beras dan bijan dalam jumlah yang sama semalaman.
Setelah di rendam, toskan butiran beras dan bijan berkenaan sebelum ditumbuk sehingga menjadi scrub halus.
Setelah itu, sapukan masker beras dan bijan itu ke seluruh tubuh dan wajah, biarkan selama satu hingga dua minit. Kemudian bilas wajah menggunakan air sehingga bersih.
2. Susu
Cara kedua, lebih mudah untuk dijadikan rutin. Hijabi hanya perlu menggunakan sebarang susu yang ada di rumah. Tak kisah la, susu segar, susu rendah lemak atau susu skim. Tapi jangan pula gunakan susu pekat atau susu lemak manis untuk di sapukan pada wajah ya.
Ramai yang cakna berhubung manfaat susu kepada tubuh badan, namun sedikit yang mengetahui bahawa susu merupakan salah satu cara alami dan mudah untuk membuatkan kulit menjadi glowing dan mulus.
Artikel Berkaitan: Tampil ‘Glowing’ Terima Oscar, Ini Rahsia Kejelitaan Tan Sri Michelle Yeoh Pada Usia 60 Tahun!
Cara nak amalkan rutin ini pun tersangatlah mudah, anda hanya perlu sapukan lapisan nipis susu pada wajah.
Kemudian dab-dap susu tersebut dengan urutan ke atas secara menegak hinggalah susu benar-benar terserap ke dalam lapisan kulit dan tidur. Setelah pagi, cuci wajah dengan pencuci muka dan keringkan. Pasti anda akan rasakan perbezaanya!
Sekadar info, susu tidak hanya membantu menghilangkan bintik hitam pada wajah, susu juga mampu memberi nutrisi ke dalam lapisan kulit ketika anda tidur. Tetapi, kadangkala jika rutin ini tidak sesuai dengan kulit anda, ia akan menjadi punca jerawat. Jadi sebagai alternatif mencegah jerawat, hijabi boleh mencampurkan susu tadi dengan jus lemon sebelum disapukan pada wajah.
3. Face Oil
Ketika negara mengalami musim tengkujuh, atau hujan sepanjang hari adalah amat bersesuaian untuk melakukan rutin ini. Hanya perlu sapukan face oil untuk membantu kulit mendapatkan nutrisi yang sewajarnya. Jika anda mempunyai jenis kulit kering, hijabi boleh prep muka dengan menggunakan face oil semalaman dan membersihkannya dengan scrub secara lembut di waktu pagi untuk mendapatkan kulit yang glowing pada keesokan harinya.
Bagaimanapun, untuk jenis kulit normal, cukup hanya membiarkan face oil pada wajah sekitar satu jam dan kemudian terus bersihkan dengan scrub secara lembut sebelum tidur.
Setelah bangun, anda hanya perlu membersihkan wajah dengan pencuci muka bebas paraben dan SLS, dan bilas wajah menggunakan air sejuk sehingga bersih. Untuk hasil kulit glowing yang lebih memuaskan boleh lah spray face mist setelah membersihkan wajah!
Haa.. Dah tahukan tiga cara mudah untuk membuat kulit glowing hanya dalam satu malam. Selamat mencuba!
Artikel Berkaitan: 7 Pilihan Warna Hijab Membuatkan Wajah Cerah Dan ‘Glowing!’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini