Hampir semua perempuan mendambakan untuk memiliki kulit yang glowing, sihat dan bercahaya. Justeru, untuk mendapatkan kulit yang glowing ini pastilah mendisiplinkan diri dengan menjaga pola pemakanan yang sihat, mendapatkan tidur yang cukup, bersenam, serta menggunakan produk kecantikan kulit yang tepat.
Bagaimanapun, selain melakukan perkara-perkara diatas hijabi juga boleh mendapatkan kulit glowing dalam satu malam sahaja! Tetapi dengan syarat rajin untuk melakukan empat rutin yang Hijabista senaraikan di bawah ini!
Betul Ke Boleh Dapat Kulit ‘Glowing’ Hanya Dalam Satu Malam Je?
Haa.. kalau nak tau, cuba amalkan dulu sis. Lepas dah amalkan empat rutin mudah ni secara konsisten, mesti sis dapat miliki kulit glowing seperti yang diimpikan selama ini.
1. Lulur Beras dan Bijan
Salah satu cara mudah untuk mendapatkan kulit glowing hanya satu malam adalah dengan menggunakan beras dan bijan sebagai masker. Ini kerana, kandungan yang terdapat dalam butiran beras amat efektif untuk membersihkan, menanggalkan sel kulit mati, dan menghaluskan kulit. Ditambah pula dengan bijan yang mampu memberi nutrisi pada kulit dan dalam masa yang sama mencegah penuaan.
Cara membuat masker ini amat mudah! Anda hanya perlu rendam beras dan bijan dalam jumlah yang sama semalaman.
Setelah di rendam, toskan butiran beras dan bijan berkenaan sebelum ditumbuk sehingga menjadi scrub halus.
Setelah itu, sapukan masker beras dan bijan itu ke seluruh tubuh dan wajah, biarkan selama satu hingga dua minit. Kemudian bilas wajah menggunakan air sehingga bersih.
2. Susu
Cara kedua, lebih mudah untuk dijadikan rutin. Hijabi hanya perlu menggunakan sebarang susu yang ada di rumah. Tak kisah la, susu segar, susu rendah lemak atau susu skim. Tapi jangan pula gunakan susu pekat atau susu lemak manis untuk di sapukan pada wajah ya.
Ramai yang cakna berhubung manfaat susu kepada tubuh badan, namun sedikit yang mengetahui bahawa susu merupakan salah satu cara alami dan mudah untuk membuatkan kulit menjadi glowing dan mulus.
Artikel Berkaitan: Tampil ‘Glowing’ Terima Oscar, Ini Rahsia Kejelitaan Tan Sri Michelle Yeoh Pada Usia 60 Tahun!
Cara nak amalkan rutin ini pun tersangatlah mudah, anda hanya perlu sapukan lapisan nipis susu pada wajah.
Kemudian dab-dap susu tersebut dengan urutan ke atas secara menegak hinggalah susu benar-benar terserap ke dalam lapisan kulit dan tidur. Setelah pagi, cuci wajah dengan pencuci muka dan keringkan. Pasti anda akan rasakan perbezaanya!
Sekadar info, susu tidak hanya membantu menghilangkan bintik hitam pada wajah, susu juga mampu memberi nutrisi ke dalam lapisan kulit ketika anda tidur. Tetapi, kadangkala jika rutin ini tidak sesuai dengan kulit anda, ia akan menjadi punca jerawat. Jadi sebagai alternatif mencegah jerawat, hijabi boleh mencampurkan susu tadi dengan jus lemon sebelum disapukan pada wajah.
3. Face Oil
Ketika negara mengalami musim tengkujuh, atau hujan sepanjang hari adalah amat bersesuaian untuk melakukan rutin ini. Hanya perlu sapukan face oil untuk membantu kulit mendapatkan nutrisi yang sewajarnya. Jika anda mempunyai jenis kulit kering, hijabi boleh prep muka dengan menggunakan face oil semalaman dan membersihkannya dengan scrub secara lembut di waktu pagi untuk mendapatkan kulit yang glowing pada keesokan harinya.
Bagaimanapun, untuk jenis kulit normal, cukup hanya membiarkan face oil pada wajah sekitar satu jam dan kemudian terus bersihkan dengan scrub secara lembut sebelum tidur.
Setelah bangun, anda hanya perlu membersihkan wajah dengan pencuci muka bebas paraben dan SLS, dan bilas wajah menggunakan air sejuk sehingga bersih. Untuk hasil kulit glowing yang lebih memuaskan boleh lah spray face mist setelah membersihkan wajah!
Haa.. Dah tahukan tiga cara mudah untuk membuat kulit glowing hanya dalam satu malam. Selamat mencuba!
Artikel Berkaitan: 7 Pilihan Warna Hijab Membuatkan Wajah Cerah Dan ‘Glowing!’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Islam Memang Tak Pernah Tegah Kita Bergurau Tapi Janganlah Sampai Mengaibkan
Isi Kandungan
ToggleHiburan dan jenaka itu adalah fitrah dan tabiat manusia. Tidak dapat dinafikan kehidupan tanpa gurau senda akan membosankan dan mendatar.
Walau bagaimananapun kita harus ingat bahawa bergurau itu hendaklah tidak melampaui batas dan tidak mempermainkan syiar agama.
Berikut pendapat yang dilontarkan oleh Pakar Psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria berkaitan ‘budaya tidak sihat’ yang semakin menular di kalangan masyarakat kita hari ini.
BENDA YANG TIDAK SEPATUTNYA PUN SUDAH SAMPAI DITAYANG DI PELAMIN
Viral pula di TikTok ragam kawan-kawan pengantin lelaki yang menghadiahkan pengantin lelaki dengan barang-barang yang tidak sepatutnya.
Bukan sekadar hiburan peribadi, ia dibuat secara terang-terangan depan pengantin perempuan, di atas pelamin, diambil gambar dan videonya kemudian dimuat naik dengan bangga.
Saya pernah kongsikan dalam buku saya Aku Nabi Isa tentang sifat ‘iffah – memelihara maruah sebagai antara benteng kesejahteraan jiwa dan emosi manusia.
Saya ungkapkan semula kisah interaksi Nabi Yusuf dalam menghadapi ujian yang menimpa baginda merupakan petunjuk terbaik
bagi manusia dalam memelihara maruah diri.
“dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya bersungguh memuijuk Yusuf berkehendakkan dirinya, dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata, “marilah kemari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab. “aku berlindung kepada Allah daripada perbuatan keji itu, sesungguhnya tuhanku telah memeliharaku dengans sebaik-baiknya, sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya.” (Yusuf: 23).
Begitulah keindahan Islam, mengaitkan urusan maruah dan harga diri dekat dan tidak langsung terpisah dengan soal keimanan. Maka agama datang membawa bersamanya aturan dan batasan yang membantu manusian memeliharanya, seterusnya mengelakkan apa juga kesan buruk yang akan datang.
Dari sekecil-kecil perkara seperti memelihara pandangan, sehinggalah hukuman yang ditetapkan keatas mereka yang berzina dan sebagainya terkandung dalam syariat sebagai pemelihara kesucian setiap individu dalam agama ini.
“katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki yang beriman supaya mereka menyekat padnangan meerka (dari memandang benda yang haram), dan memelihara kemaluan mereka.” (An Nur: 30).
Mungkin ada yang kata – ala relakslah, gurau-gurau member. Bukan gurau namanya kalau dah bangga dengan kelucahan. Sudahlah yang menonton dari sekecil manusia sampai yang tua.
Ingatlah, jahiliyyah itu berevolusi, dari hilang malu sampai akhirnya jadi maksiat yang terang-terang. Manusia jahiliyyah dahulu tidak tawaf bogel pada hari pertama kaabah dibina.
Banyak cara lain nak bergurau.
BERIKUT PETIKAN ULASAN DARIPADA Laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan BERKAITAN GURAUAN
Hakikatnya, Islam sebagai panduan hidup manusia tidak pernah melarang manusia untuk berhibur dan berjenaka. Hiburan dan jenaka itu adalah fitrah tabiat manusia dan tanpanya kehidupan akan menjadi hambar, sedih dan kurang bermotivasi untuk hidup menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Kami nukilkan hakikat ini lewat kenyataan Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku al-Halal wa al-Haram (ms.543) yang telah kami terjemahkan:
“Justeru, Islam tidak mewajibkan manusia agar semua perkataan yang diucapkan sehari-hari sebagai zikir, semua renungannya sebagai berfikir, semua pendengarannya hanyalah al-Quran al-Karim dan semua masa lapangnya mesti berada di dalam masjid. Bahkan Islam mengiktiraf kewujudan manusia itu dengan fitrah dan tabiatnya yang tersendiri sebagaimana yang diciptakan Allah SWT buat mereka. Allah SWT menciptakan manusia supaya mereka senang, ketawa dan berman-main sebagaimana diciptakan bagi manusia itu keinginan untuk makan dan minum…”
Kemudia beliau menyebutkan tentang sikap sebahagian para sahabat Nabi SAW yang terlalu takut untuk berhibur dan bergembira bersama keluarga kerana berhati-hati terhadap sifat munafik. Suatu hari, Hanzalah RA datang berjumpa Nabi SAW bersama Abu Bakar RA lalu berkata: “Hanzalah telah berlaku munafik wahai Rasulullah!” Baginda SAW menjawab: “Mengapa sebegitu?” Jawab Hanzalah: “Wahai Rasulullah! Apabila kami berada di sisimu, kamu sering mengingatkan kami tentang neraka dan syurga, sehingga kami seolah-olah dapat melihatnya di hadapan mata kami. Tetapi apabila kami meninggalkan majlismu, kami telah dilalaikan dengan anak dan isteri serta harta benda kami sehingga kami terlupa kepada peringatanmu itu.”
Maka jawab Rasulullah SAW:
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنْ لَوْ تَدُومُونَ عَلَى مَا تَكُونُونَ عِنْدِي، وَفِي الذِّكْرِ، لَصَافَحَتْكُمُ الْمَلَائِكَةُ عَلَى فُرُشِكُمْ وَفِي طُرُقِكُمْ، وَلَكِنْ يَا حَنْظَلَةُ سَاعَةً وَسَاعَةً – ثَلَاثَ مَرَّاتٍ
Maksudnya: “Demi (Zat) yang jiwaku di Tangan-Nya! Sesungguhnya jika kamu menepati keadaan seperti yang kamu biasanya berada di sisiku dan ketika dalam berzikir, nescaya kamu akan berjabat tangan (yakni disamakan) dengan malaikat di tempat-tempat perbaringan kalian dan di jalan-jalan kalian. Tetapi, wahai Hanzalah! Sesaat begini dan sesaat begitu! – Rasulullah menyebut tiga kali Riwayat Muslim (2750)
Ertinya, hanya para Malaikat yang memiliki tahap keimanan sedemikian rupanya yang dibayangkan Hanzalah. Mereka sentiasa bertasbih memuji Allah dalam setiap keadaan dan waktu. Sedangkan manusia ada masanya untuk belajar, beribadah dan mendengar peringatan. Ada juga masa untuk rehat dan tidur, dan masa untuk bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga, sedangkan malaikat tidak dijadikan sebegitu.
Rasulullah SAW berjenaka
Kenyataan sebelum ini disokong dengan perbuatan dan perkataan Rasulullah SAW sendiri. Ini boleh dilihat dalam kitab al-Syama`il al-Muhammadiyyah yang dihimpunkan oleh Imam al-Tirmidhi (w.297) Rahimahullah, antaranya kisah Rasulullah SAW dilaporkan pernah berjenaka dengan seorang wanita tua.
Daripada al-Hasan RA berkata: “Seorang wanita tuan bertemu dengan Nabi SAW lalu berkata:” Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar memasukkan aku ke dalam syurga.” Maka jawab Rasulullah: “Wahai Umm Fulan, Sesungguhnya syurga itu tidak masuk ke dalamnya orang tua.” Perawi menyatakan: Wanita itu lantas berpaling dan menangis lalu Baginda SAW meminta kepada para sahabat: “
أَخْبِرُوهَا أَنَّهَا لَا تَدْخُلُهَا وَهِيَ عَجُوزٌ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَقُولُ: {إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا عُرُبًا أَتْرَابًا}
Maksudnya: “Kalian beritahulah wanita itu bahawa dia tidak akan masuk ke dalam dalam keadaan tua kerana Allah Taala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.” (Surah al-Waqi`ah: 35-37)”
Riwayat al-Tirmidhi (241) dalam al-Syama’il al-Muhammadiyyah
Ertinya, Allah SWT akan menjadikan orang tua pun muda kembali apabila di dalam syurga.
Rasulullah SAW juga bergurau dengan kanak-kanak untuk menggembirakan mereka. Daripada Mahmud bin al-Rabi` RAnhuma:
عَقَلْتُ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَجَّةً مَجَّهَا فِي وَجْهِي وَأَنَا ابْنُ خَمْسِ سِنِينَ مِنْ دَلْوٍ
Maksudnya: “Aku ingat lagi sewaktu umurku lima tahun Nabi SAW pernah menghirup air daripada gayung menggunakan mulutnya lalu menghembuskannya ke mukaku.” Riwayat al-Bukhari (77)
Berkata Imam Syihabuddin al-Qastalani (w.923) dalam Irsyad al-Sari Li Syarh Sahih al-Bukhari (1/177): “Perbuatan Nabi SAW itu adalah bertujuan untuk bergurau atau tabrik (mendatangkan keberkatan) kepadanya (Mahmud) sepertimana Baginda SAW selalu melakukannya dengan anak-anak sahabat.”
Begitu juga hadis daripada Anas bin Malik RA tentang Rasulullah SAW memujuk anak saudaranya Anas yang kematian burung peliharaan:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ خُلُقًا، وَكَانَ لِي أَخٌ يُقَالُ لَهُ أَبُو عُمَيْرٍ – قَالَ: أَحْسِبُهُ – فَطِيمًا، وَكَانَ إِذَا جَاءَ قَالَ: يَا أَبَا عُمَيْرٍ، مَا فَعَلَ النُّغَيْر؟ نُغَرٌ كَانَ يَلْعَبُ بِهِ
Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW ialah manusia yang paling baik akhlaknya. Aku (yakni Anas) memiliki seorang adik lelaki, yang Nabi memanggilnya “Abu `Umair”. Umurnya kira-kira baru tamat menyusu. Jika Rasulullah datang, maka Baginda akan bertanya kepadanya: “Wahai Abu `Umair, apa yang Si Nughair buat?” (al-Nughair itu adalah) sejenis burung nughar (yang sedap dan bagus suaranya) yang Abu Umair biasa bermain dengannya.” Hadis riwayat al-Bukhari (6203)
Namun begitu, sekalipun Rasulullah SAW selalu bergurau dan berjenaka dengan para sahabatnya, beliau tidak menipu dalam bergurau.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa para sahabat pernah berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah! Kamu sering bergurau (atau mengusik kami).” Jawab Baginda:
إِنِّي لَا أَقُولُ إِلَا حَقًّا
Maksudnya: “Sesungguhnya aku tidak berkata (dalam gurau) melainkan hanya perkara yang benar.”
Riwayat al-Tirmidhi (1990) dalam Sunannya, dan beliau mengatakan hadisnya hasan.
Begitu juga kita lihat bahawa lawak dan jenaka Rasulullah SAW itu tidak bersifat sia-sia sebaliknya memiliki nilai dan pengajaran supaya lebih terkesan kepada hati dan kefahaman, sesuai dengan keperibadian Nabi SAW yang terpelihara daripada keburukan dan kebodohan. Itulah keperibadiaan yang paling layak dicontohi!
Etika Dalam Melawak
Justeru, terdapat beberapa kriteria yang perlu dijadikan pedoman ketika berlawak:
Tidak melampau batas sehingga meninggalkan tanggungjawab dan kewajipan
Al-Qaradhawi menyebut: “Maka tidak salah bagi seorang Muslim untuk bergurau senda dengan sesuatu yang dapat menenangkan hatinya, tidak salah baginya menghiburkan dirinya dan rakan-rakannya dengan sesuatu hiburan yang ringan. Akan tetapi janganlah sampai menjadi kebiasaan pada setiap masa ingin bergurau sahaja kerana akhirnya ianya akan menghalangnya daripada melakukan perkara-perkara yang wajib sehingga dia bergurau pada waktu yang sepatutnya dia bersungguh-sungguh. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan:
اعطِ الكَلَامَ مِنَ المَزْحِ بِقَدْرِ مَا يُعْطَي الطَّعَامُ مِنَ المِلْحِ
Maksudnya: “Berikanlah bicaramu itu dengan sedikit gurauan, sekadar diberikan pada makanan itu garamnya yang cukup.”
Tidak menjadikan maruah seseorang itu sebagai gurau senda.
Ini berdasarkan firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat: 11)
Tidak Menipu Dalam Lawak
Daripada Bahz bin Hakim (bin Muawiyah bin Haidah al-Qusyairi) berkata: Ayahku menceritakan kepadaku, daripada datukku, yang berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda:
وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ بِالحَدِيثِ لِيُضْحِكَ بِهِ القَوْمَ فَيَكْذِبُ، وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ
Maksudnya: “Celakalah bagi orang yang bercakap suatu percakapan agar orang ramai tertawa dengan pembohongan. Celakalah baginya! Celakalah baginya!” Riwayat al-Tirmidhi (2315)
Syeikh Abu al-Ala al-Mubarakfuri (w.1353H) dalam Tuhfah al-Ahwazi (6/497-498) mensyarahkan hadis ini: “Wail bererti kecelakaan yang besar atau lembah yang dalam; li yudhika… yang daripada kata terbitan idhak (membuat orang tertawa); bihi yakni tertawa dengan perkataannya atau pembohongannya…. Mafhum daripada hadis itu bahawa jika seseorang bercakap dengan perkataan yang benar untuk berlawak dengan satu kaum maka tidak mengapa hal itu seperti mana yang berasal daripada kisah Umar RA bersama Nabi SAW tatkala baginda marah terhadap beberapa orang Ummahat al-Mu’minin (isteri-isteri Nabi). Berkata al-Ghazzali: “Justeru, perlu diketahui bahawa sisi jenaka Rasulullah SAW tidak berlaku melainkan dalam bentuk kebenaran, tidak menyakitkan hati, dan tidak juga melampaui batas.”
Tidak mempermainkan syiar agama
Ini dapat dilihat daripada firman Allah SWT seperti berikut :
وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا
Maksudnya: Dan jauhkanlah diri dari orang-orang Yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia. (Surah Al-An’am: 70)
Firman-Nya lagi:
الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْياَ
Maksudnya: (Tuhan berfirman: orang-orang kafir itu ialah) orang-orang Yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan Yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang Yang telah terpedaya Dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). (Surah Al-A’raf : 51)
Tafsiran ayat-ayat di atas jelas menunjukkan kepada larangan untuk mempermainkan agama dan membuat sesuatu lawak yang mempunyai kaitan dengan ajaran Islam. Hal ini bertujuan untuk menjaga kehormatan agama Islam itu sendiri sepertimana yang telah digariskan dalam maqosid Islam yang dhoruriyyat iaitu menjaga agama.
Hal ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT seperti berikut :
ذَٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّـهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ
Maknanya: Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa Yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (Dia lah orang Yang bertaqwa) kerana Sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin. (Surah al-Hajj : 32)
KESIMPULAN
Sikap berlawak jenaka adalah fitrah kehidupan manusia yang diciptakan sebagai masyarakat sosial.
Islam tidak melarang aktiviti ini selama mana tujuannya adalah kebaikan yang diiktiraf Syarak dan tidak melanggar etika-etika yang telah ditetapkan.
Masalah yang berlaku pada hari ini adalah apabila wujudnya lawak jenaka yang tidak berkualiti, yakni yang memiliki pengajaran dan nilai-nilai baik.
Begitu juga lawak yang mengenakan orang lain sehingga mengaibkannya, menfitnah, menipu, dilakukan tanpa keizinan dan mencemarkan maruah dirinya dan kenalannya, sehingga menyebabkan masalah tekanan dan kemurungan, sekalipun pelakunya menyebutnya sebagai gurauan.
Inilah yang ditegah oleh Islam kerana Islam meletakkan maqasid syariah itu untuk menjaga diri dan kehormatan seseorang manusia.
Kesannya, membiaklah fenomena seni yang tidak berkualiti dan memalukan, budaya buli sama ada secara fizikal ataupun siber, dan lain-lain lagi.
Sebaliknya, daripada lawak jenaka yang bermanfaat, selain menghiburkan, audien akan dirangsang untuk berfikir dan mengambil pengajaran di sebalik lawak jenaka yang dibuat menyentuh dan mengkritik sikap dalam pelbagai lapangan hidup dan dengan pengajaran itu menerbitkan motivasi untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Ini jenis lawak yang berlaku dipromosikan mengganti lawak-lawak yang rendah kualiti.
Justeru, kami mengatakan bahawa hukum berlawak jenaka adalah diharuskan dalam syarak selagi mana menepati kriteria-kriteria yang kami sebutkan di atas. Wallahua’lam.
Sumber kredit: Dr Rozanizam Zakaria dan Laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mengabungkan AHA Dan BHA Dalam Rutin Kecantikan. Ini Hasilnya!
Isi Kandungan
ToggleSekiranya anda mahukan kulit yang kelihatan sihat dan berseri, pengelupasan mesti ada di dalam rutin penjagaan kulit anda. Tetapi menyingkirkan sel-sel kulit mati tidak hanya merujuk kepada formula yang kasar yang biasa kita gunakan.
Sebenarnya, ada dua bentuk asid pengelupasan yang dapat membuat penyaringan melalui banyak pilihan terasa seperti tugas yang menakutkan daripada perjalanan yang menyenangkan ke dalam penjagaan kulit.
Terdapat AHA dan BHA, dan walaupun asid tidak lebih baik daripada yang lain, mereka menyasarkan keperluan dan jenis kulit yang berbeza. Selain itu, banyak pengelupasan menggabungkan kedua-dua bahan tersebut, yang membolehkan anda mengatasi pelbagai masalah kulit sekaligus.
Benar, kulit kita melalui proses pengelupasan semula jadi setiap hari, jadi sedikit bantuan dari beberapa produk pengelupasan sering diperlukan untuk kulit yang berseri dan bersinar. Mengetahui dengan tepat apa asid pengelupasan ini, bagaimana ia berbeza, dan apakah faedahnya yang bermanfaat untuk hasil yang wow, artikel ini dapat membantu anda mencapai kulit impian anda.
Apa itu AHA dan BHA?
AHA dan BHA adalah jenis asid hidroksi. Anda boleh menemui kedua-dua asid dalam pelbagai:
- Pembersih
- Toner
- Pelembap
- Gosok
- Pengelupasan
- Masker
Namun, tidak ada jenis asid hidroksi yang “lebih baik” daripada yang lain. Kedua-duanya adalah kaedah pengelupasan mendalam yang sangat berkesan. Perbezaannya terletak pada penggunaannya.
Adakah kedua-duanya mempunyai faedah yang sama?
AHA dan BHA adalah pengelupasan kulit.
Kedua-dua berfungsi untuk:
- Mengurangkan keradangan, kesan utama jerawat, rosacea, dan masalah kulit yang lain.
- Mengurangkan penampilan liang besar dan kedutan permukaan.
- Sekatakan warna kulit.
- Memperbaiki keseluruhan tekstur kulit.
- Membuang sel kulit mati.
- Membuka liang pori untuk mengelakkan jerawat.
Asid mana yang harus anda pilih?
AHA digunakan terutamanya untuk:
- Hiperpigmentasi ringan seperti bintik usia, melasma, dan parut.
- Liang-liang pori yang besar.
- Garis halus dan kedutan permukaan.
- Tona kulit tidak sekata.
Walaupun AHA sering dikatakan selamat untuk semua jenis kulit, anda pasti perlu berjaga-jaga jika kulit anda sangat kering dan sensitif. Gunakan secara beransur-ansur untuk mengelakkan kulit anda merengsa.
BHA, sebaliknya, digunakan terutamanya untuk kerosakan jerawat dan sinar matahari. Produk-produk ini masuk ke dalam folikel rambut anda untuk mengeringkan lebihan minyak dan sel-sel kulit keluar dari liang-liang pori anda. Kerana kesan ini, BHA sangat sesuai untuk kulit kombinasi dan berminyak. Kepekatan yang lebih rendah boleh digunakan untuk menenangkan kulit sensitif. Anda juga mungkin lebih berjaya dengan BHA jika anda ingin mengurangkan kemerahan yang berkaitan dengan rosacea.
Cara menggunakan AHA
Semua AHA menghasilkan pengelupasan yang ketara. Namun, kesan dan penggunaannya sedikit berbeza antara jenis asid. AHA yang anda pilih harus mempunyai kepekatan maksimum antara 10 dan 15 peratus. Sapukan produk baru setiap hari sehingga kulit anda terbiasa dengannya. Ini juga akan mengurangkan risiko kesan sampingan, seperti kerengsaan.
Tidak kira AHA mana yang anda pilih, kesan pengelupasan yang kuat menjadikan kulit anda lebih sensitif terhadap cahaya matahari. Pakai pelindung matahari setiap pagi untuk mengelakkan luka bakar, bintik usia, dan peningkatan risiko barah kulit.
Glikolik
Asid glikolik adalah jenis AHA yang paling biasa. Ia juga banyak terdapat dibuat dari tanaman seperti tebu.
Asid glikolat memberikan pengelupasan yang ketara. Ini menjadikannya rawatan menyeluruh untuk kebanyakkan masalah kulit. Dan kerana sifat antimikroba, ia dapat membantu mencegah jerawat berjerawat.
Asid glikolat terdapat dalam sebilangan kulit, serta produk penjagaan kulit setiap hari. Pilihan yang popular termasuk:
- The Ordinary Glycolic Acid 7% Toning Solution
- The INKEY List Glycolic Acid Toner
- Toner Asid Glycolic Mario Badescu
- PIXI Glow Tonic
Laktik
Asid laktik adalah AHA lain yang biasa. Tidak seperti AHA lain yang terbuat dari buah-buahan, asid laktik dibuat dari laktosa dalam susu. Ia juga terkenal dengan kesan pengelupasan dan anti penuaan yang ketara.
Seperti asid glikolik, asid laktik terdapat dalam pelbagai produk, seperti:
- FIRST AID BEAUTY Facial Radiance AHA Intensive Peel
- Dermalogica Gentle Cream Exfoliant
- SEPHORA COLLECTION Bright Skin Exfoliating Scrub
Tartaric
Walaupun tidak begitu dikenali, tartaric adalah jenis AHA yang lain. Ia dibuat dari ekstrak anggur, dan dapat membantu mengurangkan tanda-tanda kerosakan akibat sinar matahari dan jerawat.
Lihat beberapa produk berikut yang mengandungi asid tartarik:
- Some By Mi AHA BHA PHA 30 Days Miracle Serum
- Kate Somerville Liquid Exfolikate Triple Acid Refuracing Treatment
Citrik
Seperti namanya, asid sitrik dibuat dari ekstrak buah sitrus. Tujuan utamanya adalah untuk meneutralkan tahap pH kulit dan meratakan tompok kulit yang kasar. Asid sitrik menjadikan serum atau toner yang baik digunakan sebelum menggunakan pelembap. Malah dapat membantu bekerja dengan pelindung matahari untuk memberikan perlindungan UV maksimum.
Pertimbangkan penambahan berikut untuk rutin harian anda:
- Philosophy Ultimate Miracle Worker SPF 30
- Cetaphil Gentle exfoliating cleanser
- Dermalogica Daily Microfoliant
Malic
Asid malic adalah sejenis crossover AHA-BHA. Ia dibuat dari asid epal. Berbanding dengan AHA lain, asid malik tidak begitu berkesan sebagai sumber dipercayai sebagai bahan solo. Walau bagaimanapun, anda mungkin mendapati ia menjadikan asid lain lebih berkesan.
Inilah sebabnya mengapa asid malic biasa terdapat dalam gabungan produk AHA, seperti:
- HADA LABO AHA + BHA Face Wash
Mandelik
Asid Mandelic mengandungi molekul yang lebih besar yang berasal dari ekstrak badam. Ia boleh digabungkan dengan AHA lain untuk meningkatkan pengelupasan. Digunakan sendiri, asid boleh meningkatkan tekstur dan saiz liang.
Cara menggunakan BHA
BHA juga dirancang untuk penggunaan seharian, tetapi anda mungkin perlu menggunakan beberapa kali seminggu pada awalnya sehingga kulit anda terbiasa dengannya. Walaupun BHA tidak menjadikan kulit anda sensitif terhadap sinar matahari berbanding dengan AHA, anda tetap harus memakai pelindung matahari setiap hari. Ini akan membantu mencegah kerosakan akibat sinar matahari.
Asid salisilik
Asid salisilik adalah BHA yang paling biasa. Kepekatan boleh berkisar antara 0,5 dan 5 peratus, bergantung pada produk yang ada. Ia terkenal sebagai rawatan jerawat, tetapi juga dapat menenangkan kemerahan dan keradangan umum.
Pertimbangkan beberapa produk asid salisilat berikut ke dalam rutin anda:
- Uplifting Miracle Worker Cool-Lift dan Firm Moisturizer
- Philosophy Clear Days Depan Bebas Minyak Salicylic Acid Acne Treatment Cleanser
- Skyn Iceland Blemish Dots dengan Asid Salisilik
- Proactiv + Gel Larut Blackhead
Asid sitrik
Walaupun terutamanya diklasifikasikan sebagai AHA, beberapa formulasi asid sitrik adalah BHA juga. Daripada meratakan tahap pH kulit anda, jenis asid sitrik ini terutama digunakan untuk mengeringkan sebum berlebihan dan membersihkan sel-sel kulit mati jauh di dalam liang pori anda. Salah satu produk tersebut ialah Philosophy’s Purity Made Simple Pore Extractor.
Cara menggabungkan produk AHA dan BHA
Menurut tinjauan, AHA dan BHA menghasilkan kulit yang lebih baik ketika digunakan bersama. Ini mungkin disebabkan oleh peningkatan pengeluaran kolagen, yang dapat menyebabkan kedua-dua dermis dan epidermis kelihatan merosot.
Oleh kerana itu, banyak produk penggunaan sekali-sekala, seperti Proactiv + Mark Correcting Pads, mengandungi kedua-dua asid.
Namun, jika anda tidak mahu mengabungkan AHA dan BHA di atas satu sama lain. Ini kerana kedua-dua pengelupasan, jadi penggunaan kedua-duanya boleh menyebabkan kekeringan dan kerengsaan.
Tip Pakar: Anda boleh menukar produk dengan menggunakan satu jenis pada waktu pagi dan yang lain semasa rutin malam.
Anda juga boleh menggunakan AHA dan BHA pada hari bergantian. Kaedah ini berfungsi dengan baik jika anda menggunakan di rumah yang mengandungi AHA.
Strategi lain adalah dengan menggunakan asid ini pada bahagian tertentu wajah anda sahaja. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan AHA ke kawasan kering dan BHA ke kawasan berminyak jika anda mempunyai kulit kombinasi.
POIN PENTING:
AHA dan BHA berkongsi faedah yang serupa. Anda boleh mendapatkan tahap pengelupasan dari kedua-duanya. Walau bagaimanapun, setiap ramuan dapat digunakan untuk mencapai tujuan penjagaan kulit yang berbeza. Sekiranya anda mencari rawatan anti-penuaan semua dalam satu, maka AHA mungkin paling sesuai. BHA mungkin lebih sesuai jika anda ingin menenangkan keradangan dan menghilangkan jerawat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Blend’ Pemerah Pipi Dengan Concealer, Trik TikToker Ini Macam Tak percaya Hasilnya….
Isi Kandungan
ToggleTrend pemerah pipi berubah lebih cepat dan mempunyai 1001 cara penggodam kecantikan. Pada tahun 80-an, trend pemerah pipi persis merah epal di pipi anda, mnakala tahun 90-an, hijabi hanya menggunakan sejumlah kecil pemerah pipi jika ada.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan pemerah pipi banyak digunakan pada muka, secara literal sehingga ke dahi dan adakalanya ke seluruh pipi seperti terbakar matahari. Kini, trend pemerah pipi terbaharu di TikTok melibatkan meletakkan produk terus ke dalam concealer anda. Menarik bukan?
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Mencerahkan bawah mata
@amelia0livia Blush as concealer??? Video ib @ALISSIA #blushtrend #concealerhack #pinkconcealer ♬ original sound – Amelia Olivia
Apabila anda meleret melalui TikTok, rasanya semua orang mencampurkan pemerah pipi cair dan concealer mereka bersama-sama untuk mendapatkan hasil yang sangat cantik. Ia mencerahkan bahagian bawah mata dan warna secara automatic membetulkan sebarang lingkaran hitam. TikToker Amelia Olivia menggunakan Rare Beauty Soft Pinch Liquid Blush in Happy dan NYX Professional Makeup Bare With Me Hydrating Face & Body Concealer Serum. Hasilnya pembetulan warna tetapi mendapati campuran rona tidak seterang seperti biasanya di bawah matanya.
@noor_maatouk I gave the pink concealer another try! I love it!! 💓 #foryou #fyp #pinkconcealer #makeuptrend #makeup #blushtrend #blush #beauty #narsliquidblush ♬ IG switchdisco – switchdisco
TikToker Noor Maatouk menggunakan Nars Liquid Blush in Orgasm dicampur dengan Too Faced Born This Way Super Coverage Multi-Guna Sculpting Concealer untuk mencuba trend ini. “Wah, saya taksub dengan rupanya,” katanya.
Pembetulan warna wajah yang tepat
Masuk akal mengapa ini berfungsi dan kelihatan sangat bagus pada semua orang. Merah jambu adalah gabungan warna merah, oren dan kuning. Warna-warna ini bertentangan dengan biru, hijau dan ungu pada roda warna, jadi merah jambu adalah yang terbaik untuk menyembunyikan lingkaran mata gelap pada ton kulit yang lebih cerah. Mereka yang mempunyai ton kulit yang lebih gelap harus mencari lebih banyak pembetulan warna oren dan merah. Anda benar-benar boleh menggunakan pemerah pipi merah atau oren untuk ini atau anda boleh melangkau adunan dan menggunakan penyembunyi pembetulan warna.
Contohnya, Merah-Oren mengimbangi bintik-bintik gelap pada ton kulit yang gelap, manakala Merah Jambu meneutralkan bintik-bintik gelap pada ton kulit yang terang hingga sangat terang. Terdapat juga dua warna untuk mengimbangi kemerahan. Dengan cara ini, anda tidak akan menggunakan terlalu banyak pemerah pipi dan anda tidak perlu membazir produk untuk mencari warna yang sempurna.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI