Amalkan Tabung Sedekah Subuh, Amar Baharin Didik Anak Bersedekah Sejak Kecil Lagi

Share

Tahukah anda waktu subuh adalah di antara waktu yang kita digalakkan bersedekah? Tidak susah pun untuk melakukannya. Sediakan sahaja sebuah tabung dan masukkan saja jumlah wang yang ingin anda dermakan.

Mengajar anak-anak bersedekah sejak dari kecil, pelakon Amar Baharin keterujaan anak-anaknya iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa sewaktu ‘memecahkan’ tabung sedekah Subuh yang telah diamalkan oleh keluarga mereka.

Tabung Sedekah Subuh

Anak-anak paling excited bila hari pembukaan tabung sedekah subuh ni. Bila ada rezeki lebih boh besar… bila “lockdown” tak kerja, boh seringgit. Nilai tu belakang kira.

Siapa tak nak malaikat mendoakan dia???Semoga bermanfaat Insyaallah

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ bersabda:

“Tidak ada satu Subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerosakkan bagi orang yang menahan (hartanya)”

(HR Bukhary 5/270)

Di ruangan komen, ramai yang turut tumpang gembira dengan aktiviti yang dilakukan oleh keluarga ini di samping mendoakan agar mereka terus istiqomah dalam meneruskan amal jariah ini.

Jika anda mahu rezeki dimurahkan dan didoakan oleh para malaikat, cubalah amalkan sedekah subuh ini setiap hari. Tak kiralah berapa nilainya, yang penting ikhlas. InsyaAllah, urusan hidup kita akan sentiasa dipermudahkan olehNya.

Published by
QIST