Doa sebelum tidur diajar sejak kita masih kecil lagi. Sebagai umat Islam, doa sebelum tidur adalah salah satu sunnah Rasulullah yang seharusnya kita ikuti supaya mendapat rahmat dari Allah S.W.T. Pun begitu, pasti ramai yang tidak mengamalkan bacaan doa sebelum tidur ini.
Umum tahu, doa sebelum tidur antara doa pendek yang mudah diingati dan ringkas untuk dibaca. Kita disarankan untuk membacanya sebelum tidur untuk mendapat tidur yang lena dan semoga dapat mengelakkan kita dari gangguan syaitan.
“Bismika allahumma amuutu wa ahyaa”.
Ads
Maksudnya:
Dengan namaMu, ya Allah! Aku mati dan hidup.
Dari Hudzaifah, ia berkata: “Apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam hendak tidur, beliau mengucapkan: ‘Bismika allahumma amuutu wa ahya (Dengan nama-Mu, Ya Allah aku mati dan aku hidup).’ Dan apabila bangun tidur, beliau mengucapkan: “Alhamdulillahilladzii ahyaana ba’da maa amatana wailaihi nusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya lah tempat kembali).” (HR. Bukhari no. 6324)
Sudah terang lagi bersuluh, Rasulullah mengamalkan doa ini tanpa tertinggal sekalipun. Ia bukan sahaja menjadikan tidur kita lebih aman, malah ia mendekatkan kita dengan Allah S.W.T.
Dalam Alquran, Allah SWT sudah menjelaskan bahwa Dia memegang jiwa-jiwa yang belum mati pada waktu tidurnya. Hal ini dijelaskan dalam Surat Az-Zumar: 42 yang artinya:
Ads
“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”(AzZumar 42)
Sesungguhnya, amalan ini amat mudah untuk diamalkan. Sekiranya kita ditemukan ajal, (Allah sahaja mengetahuinya), maka InsyAllah ruh kita ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga kita semua ditemukan ajal dalam keadaan yang baik. Semoga artikel ini memberikan kamu semua manfaat ya! Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Putaran haid yang normal dalam 7 hari sebulan, manakala yang tidak normal pula ada yang lebih dari 10 hari. Kedatangan haid boleh meletihkan dan juga boleh menggangu urusan kerja seseorang.
Mungkin ada yang terfikir untuk ambil ubat penahan haid bagi mendapatkan menghentikan putaran haid yang tidak menentu.
Persoalannya apakah hukumnya mengambil ubat menahan haid. Ulama berbeza pendapat tentang hukum memakan ubat untuk menahan haid dari keluar sama ada ubat itu berbentuk pil atau cecair.
Di antara Ulama silam yang berpandangan harus mengambil ubat penahan haid adalah Imam Ahmad Bin Hanbal. Imam Ibnu Qudamah meriwayat di dalam almughni:-
“Tidak mengapa seorang wanita minum ubat untuk memberhentikan haidnya sekiranya ubat tersebut dikenali (tidak membawa kesan negatif).”
Antara Ulama semasa yang berfatwa harus mengambil ubat penahan haid adalah imam Yusuf al Qaradhawi dan Syeikh Wahbah az zuhaili.
Imam al Qaradhawi menyebutkan fatwanya berkaitan keharusan mengambil ubat penahan haid di dalam bukunya Feqhu siyam. Imam Qaradhawi juga menyebutkan bahawa ulama semasa yang lain juga membenarkan pengambilan ubat penahan haid.
Kata Dr Syeikh Wahbah az zuhaili:
“Perempuan ini dan seumpamanya boleh melakukan perkara (ambil pil penahan haid) ini pada Ramadan dan pada haji tetapi tidak dipaksa dan tidak mesti”
Ayat Doa Bagi Menangguh Dan Menghentikan Sementara Haid Wanita
Ayat dan doa di bawah ini bertujuan untuk menangguh dan menghentikan sementara pusingan haid kaum wanita. Ia boleh digunakan sebagai suatu ikhtiar untuk mengatasi penyakit reproduktif wanita dan bagi kelancaran mengerjakan ibadah Ramadan mahupun ibadah haji dan umrah.
Sekiranya memang waktu sepatutnya ‘keuzuran’ atau didatangi haid dan ingin melakukan sesuatu ibadah atau berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti perubahan jadual perjalanan dan flight semasa hendak menunaikan ibadah Haji dan umrah maka bolehlah diikhtiarkan membaca dan mengamalkan doa berikut:
DOA
Doa dan ikhtiar bagi menangguh dan menghentikan sementara haid wanita.
Bacaan Ayat dan Surah
Baca ayat-ayat berikut setiap satunya sekali:
1. Ayat pertama, surah Al-Masad (Al-Lahab) :
2. Baca dari ayat 38, Surah Yaasin :
3. Baca sebahagian dari ayat 44, Surah Hud :
4. Baca sekali Surah Al-Ikhlas : Ayat 1 – 4
5) Baca Selawat Nabi :
Doa penahan dan ayat-ayat di atas boleh juga digunakan untuk menahan darah akibat luka/ kemalangan, tumpah darah yang tiada henti, cirit-birit, muntah-muntah dan sebagainya.
1. Apabila selesai membaca ayat 1, 2 dan 3, tekankan lidah ke lelangit, tarik nafas dan tahan selama 5 saat sambil berdoa (mohon dihentikan sementara haid sehingga selesai ibadah haji / umrah) lalu dihembuskan ke dalam air.
2. Diteruskan membaca surah Al-Ikhlas dan ketika berhenti pada setiap hujung ayat hendaklah disebutkan niatnya dalam hati di situ; contohnya, “Ya Allah! Berhentikanlah darah ini.”Lalu ditiupkan ke dalam air.
3. Diakhiri dengan membaca Selawat Nabi lalu dihembuskan ke dalam air kemudian dibuat minum. Insya’Allah mujarab.
4. Boleh juga ditiupkan dan sapu sebanyak tiga kali pada bahagian ari-ari atau peranakan iaitu di bahagian atas dan bawah perut.
5. Bermohonlah dengan sepenuh keikhlasan hati dan bersungguh-sungguh kerana segala yang berlaku adalah dengan izin Allah سبحانه وتعالى. Sekiranya Allah سبحانه وتعالى mengizinkan, maka kitaran haidnya akan tertangguh sehingga ke suatu masa yang dikehendaki.
Doa Penamat
Apabila telah selesai sesuatu ibadah dan tempohnya. Bagi membuka dan untuk mengembalikannya kepada kitaran haidyang normal semula, maka bacalah doa Rasulullah s.a.w sepertimana terdapat dalam Surah Al-Isra’ berikut:
Allahus Somad! Bermohonlah dengan sepenuh keyakinan dan keikhlasan hati kepada Allah سبحانه وتعالى. Kita hanya berusaha sedaya upaya dan bertawakal, sekiranya diamalkan dengan keyakinan yang tinggi, Insya’Allah, ianya akan mujarab.
Wallahu A’lam Bish Shawab, Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar.
SUMBER: DR ZUBAIDI AHMED/SHAFIQOLBU
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Perkembangan dunia digital kini memberi peluang kepada sesiapa untuk memiliki apa sahaja yang disukai dengan cara yang paling mudah. Salah satunya adalah dengan membeli belah secara online dan jangan terperanjat jika nanti akan mendapat semula pulangan wang anda. Bukan sedikit tetapi menawarkan hampir RM10 juta sempena ShopFest yang akan berlangsung mulai September ini. ShopFest ini pastinya akan menarik ramai hijabi di luar sana yang cukup gemar membeli belah atas talian.
ShopFest ini akan dianjurkan oleh ShopBack, peneraju platform Cashback (pulangan tunai) dalam talian. ShopFest, satu gerakan dagangan serantau yang direka untuk membantu pengguna Asia Pasifik melayari jualan akhir tahun yang rumit dan memperkasa mereka untuk membuat pilihan membeli yang bijak sepanjang festival beli-belah selama empat-bulan.
ShopFest ini akan dilancarkan di tujuh negara dengan Malaysia menjadi hentian pertama, diikuti Filipina, Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan, dan Australia.
Di Malaysia, festival beli-belah perdana ini merangkumi enam acara beli-belah utama dari September hingga Disember, iaitu #MYCYBERSALE, 9.9 Rewards Day (sebelum ini dikenali sebagai 9.9 Cashback Day), 11.11 Single Day, Black Friday Cyber Monday, 12.12 Online Fever, serta Jualan Akhir Tahun Krismas dan Tahun Baru.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat semua acara beli-belah utama ini dengan mudah dan mengetahui tentang siapa, apa, bila, di mana dan bagaimana untuk membeli-belah dengan bijak melalui portal maklumat informatif www.shopfest.my.
“Selama tiga setengah tahun, ShopBack telah berkembang dari 5000 pengguna ke lebih 1 juta pengguna di Malaysia (lebih 6 juta di APAC). Ini membuktikan pengguna sangat teruja untuk mencari cara bagi mendapatkan lebih nilai bagi setiap ringgit, dan kami perlu lebih proaktif untuk membentuk cara mereka membeli-belah dengan bijak.
“Apabila kami cuba meletakkan diri kami ke dalam diri pengguna, kami menyedari bahawa jualan terbaik biasanya datang sekitar akhir tahun tetapi amat sukar untuk mengikuti timbunan acara dan tawaran yang ada.
“ShopFest menyediakan kefahaman yang mudah serta menjadi gerbang untuk pengguna menemui tawaran beli-belah dan mendapatkan bonus menarik semasa mereka membuat belian dalam tempoh empat bulan ini. Buat masa ini, kami bekerjasama dengan lebih 500 e-dagang untuk menyediakan sehingga 30% cashback untuk pengguna.
“Selepas ShopFest dilancarkan, lebih kurang 30 peneraju e-dagang seperti 11street, Lazada, Expedia, Booking.com, dll. akan menambah tawaran menjadi super cashback (sehingga 90%) dan akan menyedia hadiah bernilai lebih dari RM14 juta untuk dimenangi menerusi ShopFest Treasure Chest and Ultimate Experience,” kata Sharmeen Looi, Pengasas Bersama ShopBack Malaysia.
Sementara itu Zalora yang turut berganding bahu menjayakan ShopFest yang dijangka akan menarik perhatian ramai ini turut berkata membuat persediaan lebih awal agar pengalaman pengguna tidak terjejas.
“Kami bertugas 24 jam hampir setiap masa pada Q4 tahun lepas, di mana hari paling sibuk memiliki lebih 1000 operator di waktu puncak yang dibahagikan kepada tiga syif. Adalah penting juga buat kami untuk memiliki kefahaman yang jelas tentang kualiti tawaran yang disediakan serta tahap kedalaman inventori. Lebih baik sesuatu tawaran, lebih tinggi permintaan,” jelas Pengarah Pemasarannya, Kiriat Argenio.
Beliau menambah, terdapat peningkatan mendadak pada trafik ZALORA setiap hari dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam, terutama di web mudah alih dan aplikasi.
“Ini adalah tempoh masa terbaik untuk berhubung dengan pelanggan kami dan memaklumkan mereka tentang pelancaran jenama baru dan lain-lain inisiatif pemasaran.
Menurut Sharmeen, bermula dari 1 September, aktiviti dalam talian serta di luar talian untuk pengaktifan ShopFest akan dikuasakan oleh ShopBack dan rakan e-dagang. Terdapat hampir RM10 juta cashback dijangka akan diberikan semasa ShopFest.
Sehingga hari ini, Shopback telah memiliki lebih 1 juta pengguna di Malaysia dan jumlah cashback yang telah diberikan sudah melebihi RM25 juta. Malah, pengguna boleh mendapatkan penjimatan ini di samping cashback kad kredit mereka dan memindahkan wang ini ke akaun bank apabila disahkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.shopfest.my atau ikuti Facebook https://www.facebook.com/ShopBackMalaysia
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Elizad Sharifuddin meluahkan rasa syukurnya apabila berjaya khatam bacaan Al-Quran sewaktu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Ternantikan bulan Ramadhan, pemilik nama Siti Elizad binti Mohamad Sharifuddin ini juga tidak sabar untuk mengulangi bacaannya lagi bersempena dengan bulan puasa yang menjelang pada esok hari.
Alhamdullillah , I got a chance to Khatam Quran utk “ musim PKP “ sesambil WFH . 🥰 Inshaallah esok boleh mula yg baru pula utk Ramadhan tahun ni .
Aaaaa , mcm x percaya lusa dah nak puasa 😁 . May this Ramadhan be successful for all of us & provide us with good health & wealth . ❤️
Ramai peminatnya yang terinspirasi dengan kejayaannya itu dan mengharapkan mereka juga dapat melakukan perkara yang sama di bulan Ramadhan ini.
Melaksanakan kerja dari rumah, pelakon yang pernah popular dengan drama Teman Lelaki Upahan ini juga berharap bulan Ramadhan ini akan membawa sinar dan rahmat baru kepada kita semua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...