Isi Kandungan
ToggleKebanyakan daripada kita pasti menghidap resdung kan ? Sungguh tak selesa rasanya lebih-lebih lagi bila hidung mula berair dan asyik bersin je. Lagi parah kalau tidak bawa tisu atau sapu tangan. Susahlah macam tu ! Tapi hijabi semua jangan khuatir, anda yang menghidap resdung bolehlah mengikuti tips yang dikongsikan oleh pengguna twitter @reenarazak ini.
Perkongsiannya ini telah mendapat lebih 18 ribu retweet di twitter. Wow, banyak itu ! Mari kita baca caranya untuk hilangkan rasa tak selesa itu.
Telan Clarinase sebelum ada event penting.
Yang ini bagus untuk cuci dan bersihkan hidung.
Picit kat hidung nanti keluar segala lendir. Penyelamat hidup !
Jerawat akibat resdung pun kena hilangkan jugak. Asyik sekali katanya !
Begitulah thread yang telah dikongsi olehnya. Anda semua boleh ikhtiar cara ini bagi mengurangkan ‘sengsara’ akibat resdung itu. Semoga bermanfaat !
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gara-Gara Menghina Wanita Berniqab, Lelaki Anti-Muslim Ini Dihalau Keluar Dari Kafe Terkemuka
Tidak dinafikan wanita berhijab atau berniqab masih lagi di pandang serong sebilangan masyarakat, terutama di negara barat. Malah ada yang begitu anti dengan cara pemakaian begini yang dianggap seperti pengganas oleh sesetengah pihak. Begitu juga pengalaman wanita ini yang dihina oleh seorang lelaki di sebuah kafe gara-gara tidak sukakan cara pemakaiannya yang berniqab.
Lelaki ini secara terangan memberitahu bahawa dia tidak menyukai agama wanita berkenan yang sudah pastinya beragama Islam.
Lelaki ini yang menyangka tindakannya akan mendapat sokongan pelanggan lain di situ, tetapi kejadian yang terjadi adalah sebaliknya, apabila dia pula yang dihalau dari kafe berkenaan,
Dalam rakaman berdurasi dua minit itu mendapati lelaki itu seakan terlalu marah dengan wanita Muslim itu tanpa sebarang alasan kukuh.
Pada mulanya lelaki itu bertanya adakah pemakaian wanita ini untuk Halloween atau apa.
Wanita itu kemudiannya menjawab dan berkata
“Mengapa kamu bertanya demikian. Apa salah saya? Adakah anda tahu bahawa saya seorng Muslim? Apa masalah anda dengan pemakaian saya,” wanita itu menambah.
Lelaki kemudian berang dan terus menjawab lagi.
“Saya tidak suka pemakaian anda kerana saya tidak suka agama anda. Ia seperti mahu membunuh saya dan saya tidak mahu dibunuh oleh anda.
Wanita itu kemudiannya terus menjawab
“Adakah anda takut kepada saya? Adakah anda membaca Al-Quran?
Lelaki itu kemudiannya menjawab lagi sambil berkata dia tidak ada masa untuk bercakap dengan bodoh seperti dirinya.
Selepas beberapa pertengkaran berlaku, salah seorang pekerja kafe berkenaan keluar dan meminta mereka tidak bergaduh dan menghentikan pergaduihan itu sambil berkata ke arah lelaki itu
“Keluar dari sini, racist!”.
Kejadian itu kemudiannya telah dirakam dan tersebar luas di media sosial dan mendapat tindak balas netizen yang kebanyakananya memuji pekerja tersebut kerana dikatakan menentang isu perkauman dan kebencian sesama agama.
Kejadian ini turut mendapat komen positif dari netizen yang juga turut menyokong tindakan wanita ini.
SUMBER: DAILY MAIL
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Jumpa Info Yang Dimahukan? Guna 5 Cara Ini Agar Searching Di Google Lebih Mudah!
Setiap hari pastinya kita menggunakan enjin carian Google di gajet kita untuk mencari maklumat di internet. Namun, adakalanya informasi yang ingin dicari tidak dijumpa pula ataupun tidak setepat yang kita mahukan.
Hmmm, salah taip ke? Sebenarnya sis, ada cara yang memudahkan kita untuk dapatkan carian yang dimahukan. Ikuti saja teknik yang dikongsikan oleh @worknco ini. Jimat masa!
Gunakan 5 cara ini agar searching di Google lebih mudah.
Sis pun baru tahu sebenarnya mengenai kaedah ini. Tak sangka begitu mudah rupanya. Selamat mencuba!
kredit: twitter @worknco
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tidur Berkualiti & Secukupnya Antara Rahsia Kulit Cantik SHERRY IBRAHIM
“Sebenarnya saya tidak terlalu mengikut rules sangat. Ramai juga yang tanya saya mengenai tip-tip kecantikan.
“Jawapan saya mudah saja iaitu kena rajin dan paling ‘wajib’ tahu jenis kulit kita sendiri. Untuk badan pula saya aktif melakukan aktiviti bicycle lean class dan hit boxing.”
Setia Dengan Produk
“Kalau dulu saya sangat setia dengan produk-produk tertentu.
“Namun setelah mengenali kulit sendiri, saya mula sedar sebenarnya setiap masa saya akan menukar produk kepada yang baru.”
Tidur Secukupnya & Berkualiti
“Tidur yang berkualiti dan secukupnya adalah salah satu cara saya menjaga kecantikan kulit ketika kesuntukan masa.
“Tidak perlu memakai apa-apa produk kerana kulit akan kekal sihat dan bersinar secara natural.”
Pernah Alami Masalah Jerawat Teruk
“Saya pernah alami masalah jerawat yang sangat besar. Sebelum ini saya jarang ada masalah seperti ini. Kalau ada pun hanya jerawat kecil-kecil.
“Masalah jerawat besar itu agak menduga kesabaran kerana ia ambil masa untuk pecah. Kemudian ia meninggalkan kesan parut yang tidak cantik di wajah.
“Untuk mengatasinya saya buat rawatan laser di samping memakai serum dan masker secara konsisten. Alhamdulillah lama kelamaan ia hilang. Kulit saya kembali sihat dan bersih.
“Selepas itu saya lebih peka dengan penjagaan kecantikan kulit. Saya juga tidak suka memakai produk yang menyebabkan kulit berminyak terutama ketika tidur.”
BACA JUGA: “You Are So Cantik In Real Life!” SHERRY IBRAHIM Terharu, Kongsi Kenangan Manis Bertemu Nurul Izzah
Kesihatan Mata
“Saya elakkan melihat telefon bimbit sebelum tidur. Begitu juga selepas bangun tidur saya tidak akan melihat telefon bimbit dalam 20 minit.
“Ini bagi mengelakkan masalah silau. Saya juga tidak lagi memakai kanta lekap berwarna. Saya selesa dengan apa yang ada bagi mengelakkan kemudaratan.”
Me-Time
“Saya gemar berada di dalam bilik sambil menikmati haruman aromaterapi. Salah satu haruman kegemaran saya ialah pudina yang dapat membuatkan saya rasa segar dan tenang sepanjang tempoh me-time.
“Saya juga akan tidur secukupnya. Tak dinafikan hendak mendapatkan tidur yang berkualiti dan secukupnya agak sukar. Namun saya sentiasa berusaha jika ada peluang masa. Dengan amalan tersebut saya dapat melihat perubahan terutama pada kulit wajah.
Rahsia Rambut Cantik & Sihat
“Sejak mempunyai salun rambut sendiri saya sentiasa mendidik khususnya kepada golongan wanita bertudung agar menjaga rambut dan kulit kepala. Ramai yang tak sedar, sebenarnya daripada kulit kepala yang sihatlah rambut akan tumbuh dengan subur, lebat dan tidak mudah botak.
“Tip saya, pilih syampu yang betul dan sesuai serta tahu keadaan kulit kepala kita. Kedua, rajin buat rawatan untuk kulit kepala kerana mereka yang bertudung sering mengalami kulit kepala yang berminyak dan rambut mudah gugur. Sebulan sekali pun memadai.”
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI