Amalkan Doa Ringkas Ini Untuk Mendapat Kebaikan Di Dunia & Akhirat Serta Dipermudahkan Urusan.

Share

Doa untuk mendapat kebaikan di dunia dan diakhirat ini seringkali kita lupa baca walaupun ia sebenarnya ialah doa yang ringkas dan muda untuk diingat. Banyak faedah yang boleh kita miliki apabila membaca doa ini.

Sebagai umat Islam, kita sering diingatkan untuk sentiasa berdoa mendapat keredhaan-Nya supaya proses perjalanan kita di dunia dan juga di akhirat akan berjalan lancar dan mudah. Ramai yang alpa tentang kesibukan di dunia sehinggakan terlupa untuk menyimpan pahala bagi hari akhirat kelak. Maka dengan itu, marilah kita bersama-sama amalkan doa pendek ini yang banyak mnafaatnya kepada kita semua. Semoga Allah S.W.T merahmati kita semua. InsyaAllah!

Faedah doa Al-Baqarah; 201

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbana aatina fidunya hasanah, wa fil aakhirati hasanah, waqina ‘azabannar

Terjemahan:

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.

Sumber gambar: Jejak Tarbiah

Faedah doa diatas:

  1. Ini adalah doa yang paling banyak dibacakan oleh Nabi sebagaimana yang disebutkan oleh sahabat Nabi, Anas bin Malik. Sudah tentu ianya doa yang sangat penting, agung dan mencakupi makna yang besar sekali sehingga Nabi berdoa banyak kali dengan doa ini.
  2. Doa ini ringkas tapi meluas maknanya. Mencakupi aspek keduniaan dan akhirat serta perlindungan daripada azab api neraka. Inilah permintaan yang teragung daripada seorang hamba kepada Tuhannya. Doa ini uga menunjukkan fiqh dalam berdoa menurut para ulama’ iaitu berdoa dengan doa yang ringkas tetapi mencakupi makna yang meluas di dunia dan akhirat. Sudah tentu doa-doa yang ma’thur (yang datang dari Al-Quran dan As-Sunnah) mempunyai kelebihan ini.
  3. Perkataan “Al-Hasanah” secara literalnya bermaksud kebaikan. Sebahagian ulama’ mengatakan hasanah di dalam doa ini bermaksud kenikmatan. Maka yang terkandung dalam doa ini ialah segala nikmat yang baik di dunia dan akhirat bagi orang-orang yang beriman.
  4. Kata Imam An-Nawawi dalam Al-Azkar, dibolehkan bagi wanita yang haidh untuk berdoa dengan doa ini (dan doa daripada Al-Quran yang lainnya) dengan niat untuk berdoa bukan untuk membaca Al-Quran.
  5. Imam An-Nawawi dalam Al-Azkar juga menyebutkan bahawa digalakkan juga membaca doa ini pada takbir yang ke 4 dalam solat jenazah menurut pandangan sebahagian ulama’ Mazhab Syafie.

Semoga kita dapat meluangkan sedikit masa kita untuk mengamalkan sentiasa doa ini dan diberi kesempatan untuk mendapat manfaat daripadanya. Moga kita lebih bersemangat untuk mengamalkan doa ini khususnya di tempat yang mustajab seperti ketika sujud dalam solat dan sebagainya.

Published by
Putra