Amalkan Al-Mathurat Setiap Hari, Antara Manfaatnya Allah Cukupkan Apa Yang Diperlukan Dalam Urusan Dunia & Akhirat

Share

Al-Mathurat ialah himpunan ayat-ayat Al-Quran, doa-doa serta zikir-zikir terpilih sebagai amalan pada waktu pagi dan petang. Al-Mathurat ini telah disusun dengan cantik oleh Al Syahid Imam Hassan Al Banna.

Ibnu al-Sunni meriwayatkan hadis daripada Anas r.a bahawa Nabi SAW bersabda :
“Sesiapa yang berkata ketika pagi, “Aku berlindung pada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang kena rejam”, dia akan dijauhkan daripada syaitan hingga ke petang”

Photo by Abdullah Ghatasheh from Pexels

KELEBIHAN MEMBACA AL-MATHURAT
1. Tidak dihampiri syaitan.
2. Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dalam urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredainya.
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan untuk menyelesaikan hutang-piutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.
14. Sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
dan pelbagai lagi kelebihan yang hanya Allah Yang Maha Mengetahui~
Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut berzikir dan berdoa.

TIP ISTIQOMAH BACA AL-MATHURAT
1. Sediakan satu buku al-mathurat di rumah.
2. Sediakan satu buku al-mathurat di dalam kereta.
3. Install application al-mathurat oleh Ustaz Don dari google playstore.

HIJABISTA: Al-Mathurat sesuai dibaca pada waktu pagi setelah selesai solat Subuh dan pada waktu petang setelah selesai solat Asar. 

Sumber kredit: Amirul Azhar via Jom Dakwah Top image: Photo by Ahmet Polat from Pexels

Published by
Norhasliza