Impikan Keluarga Bahagia Hidup Lebih Sempurna, Amalkan 21 Himpunan Doa Ini.

Share

Keluarga bahagia adalah dambaan setiap insan. Kebahagian bagaimana yang anda impikan untuk melayari bahtera bersama pasangan? Apakah doa yang harus diamalkan dalam rumah tangga? Kesejahteraan dan kerukunan berumah tangga adalah idaman setiap keluarga. Semua orang mahukan keluarga bahagia.

Alangkah bahagia kiranya dapat suami, isteri dan anak-anak hidup dalam suasana mesra, harmoni dan penuh ketakwaan terhadap Allah SWT. Oleh itu, saya menyediakan beberapa doa yang mustajab diamalkan oleh suami isteri keluarga Islam untuk menjamin kelangsungan kehidupan keluarga bahagia lagi harmoni.

Semua perkara dalam kehidupan mempunyai doa khusus. Apatah lagi soal-soal yang besar seperti membina keluarga bahagia dan beriman. Jadikan doa satu amalan orang soleh supaya apa yang kita usahakan diberkati olehNya.

1. Doa Ketika Hendak Berjimak Dengan Isteri

Maksudnya:

Ya Allah, ya Tuhanku, hindarilah aku daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan itu daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak)

InsyaaAllah, jika pasangan itu memperoleh anak kelak, syaitan tidak akan dapat mempengaruhinya.

2. Doa Mendapat Anak Soleh

Maksudnya:

Tuhanku, kurniakan kepadaku anak-anak yang soleh (bertakwa)

3. Zikir Untuk Mendapat Anak

Maksudnya:

Wahai Tuhan Yang Maha Menjadikan, Wahai Tuhan Yang Maha Mencipta dan Yang Maha Membentuk

Wanita  yang lama berhasrat memiliki anak, bolehlah berzikir nama-nama (Asmaul Husna) di atas sebagai zikir harian.

4. Doa Untuk Mendapat Anak Yang Sempurna (Tidak Cacat)

Maksudnya:

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

– Surah Ali-‘Imran ayat 38

5. Doa Agar Mendapat Anak Yang Berakhlak Mulia Dan Menghormati Ibu Bapa

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”

– Surah al-Ahqaf ayat 15

6. Doa Memperoleh Isteri Dan Anak-Anak Bertakwa

Maksudnya:

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

– Surah al-Furqan 74

7. Doa Mengekalkan Kasih Sayang Suami, Isteri & Anak-Anak Yang Terpisah Agar Tertambat Hati Antara Satu Dengan Yang Lain

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

–  Surah Ali ‘Imran 200

Dibaca setiap kali solat fardhu.

8. Doa Kasih Sayang (Pelembut Hati Suami atau Isteri)

Taha (Hai Manusia). Tiada Kami turunkan al-Quran ke atasmu supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Penurunan daripada Allah yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, berkuasa di atas ‘Arasy

– Surah Taha ayat 1-5

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

– Surah Asy-Syura ayat 19

9. Doa Keampunan Allah

Maksudnya:

Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.

– Surah al-A’raf ayat 23

10. Doa Memohon Rahmat Dan Pimpinan Allah

– Surah al-Kahfi ayat 10

11. Doa Menghindar Diri Daripada Perangai & Nafsu Jahat

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada perangai buruk, dan kerakusan hawa nafsu.

12. Doa Mendapat Hidayah Berkekalan Daripada Allah

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

– Surah Ali Imran ayat 8

13. Doa Mendapat Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

 

Maksudnya:

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.

– Surah al-Baqarah ayat 201

14. Doa Keluar Rumah Agar Mendapat Perlindungan Allah Atas Harta Benda Dan Keluarga

Maksudnya:

Dengan nama Allah (dalam keadaan) aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua.

15. Doa (Selawat) Mohon Rezeki Yang Luas Dan Akhlak Yang Baik

Maksudnya:

Ya Allah, kurniakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW dengan selawat yang melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami, begitu juga (selawat ini dikurniakan) atas keluarga dan sahabat-sahabatnya serta berikanlah kesejahteraan (kepada mereka).

16. Doa Melindungi Anak-Anak Daripada Gangguan Syaitan

Maksudnya:

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat (yang akhirnya mengakibatkan sakit)

17. Bacaan Untuk Menolak Gangguan Syaitan

Maksudnya:

Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada penipuannya, bisikannya dan godaaannya.

18. Doa Ketika Marah

Maksudnya:

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam

19. Doa Mengawal Diri Daripada Sifat Panas Baran

Maksudnya:

Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji, air embun, dan air yang sejuk. Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana  Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran.

20. Doa Ketika Ditimpa Musibah

Maksudnya:

Sesungguhnya kami milik Allah dan KepadaNya kami akan kembali (pada hari Kiamat). Ya Allah! Berilah pahala pada musibahku dan gantilah aku dengan lebih baik daripadanya (musibah itu)

21. Doa Memohon Akhlak Yang Baik

 

Uniknya Islam, di dalam al-quran mengandungi pelbagai mukjizat untuk kita mengaturi kehidupan. Allah mendidik manusia agar selalu dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Semoga hidup kita penuh dengan barakah dengan setiap amalan dan sunnah yang dianjurkan rasululallah.

Published by
SH