Walaupun sibuk dengan urusan kerja, setiap wanita itu perlu menjaga bukan sahaja penampilan diri tetapi kesihatan tubuh badan. Jadi waktu malam adalah waktu terbaik untuk anda membelai diri agar supaya badan kekal cergas keesokan harinya, pastinya anda mendapat tidur yang secukupnya sebelum itu.
Tetapi tidak salah sebelum tidur, kita manjakan diri. Justeru ada beberapa tip yang boleh dilakukan hijabi sebelum mata terlelap dan anda akan mendapat mimpi indah serta wajah secantik bidadari apabila anda bangun pada keesokkan harinya.
10 Tip Kekalkan Kecantikan ‘Head-To-Toe’
- Sapukan pelembap di tumit kaki untuk mengelakkan rekahan keras sebelum mengatupkan mata.
2. Untuk mengelakkan mata sembap serta timbulnya kantung di bawah mata, anda haruslah tidur seawal mungkin.
3. Inginkan rambut bergelombang mengikut kesukaan hati anda, buatlah pintalan rambut. Hasilnya pasti cantik dan yakin keesokan harinya!
4. Mahu mencegah kedutan di muka ketika tidur? Dapatkan sarung bantal empukmu berasaskan sutera. Pasti mengundang tidur yang lena.
5. Senyum bak bintang berkelipan? Gosoklah gigimu sebelum perbaringan menggunakan kayu kayu sugi, baru bersinar!
Artikel berkaitan: Doa Selepas Selawat, Memohon Keredhaan Allah SWT
6. Jangan lupa oleskan krim malam demi merawat kulitmu sepanjang malam.
7. Tidak lupa juga sebelum tidur, haruslah membilas wajahmu dengan air suam untuk menghilangkan kulit yang berminyak.
8. Kurang tidur hanya akan menyebabkan berat tubuhmu bertambah dan masalah kemurungan. Justeru itu, dapatkan jangka tidur yang sesuai untuk merehatkan tubuhmu.
9. Tidurlah antara jam 9.00 malam sehingga 4.00 pagi merupakan saat beradu yang sesuai dan berkualiti untukmu.
10. Jadikan surah Al-Mulk sebagai amalan kalau anda nak wajah berseri dan disayangi orang sekeliling. Sayyidina Ali berkata: “Barangsiapa mengamalkan surah Al-Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.“
Artikel berkaitan: Tolong! Kulit Terbakar Di ‘Panah’ Mentari, Ini Cara Agar Kulit Hijabi Kembali ‘Soothing’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI