Amalan Yang Harus Dilakukan Sebelum Tidur Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W.

Share

Amalan-amalan sunnah Rasulullah disarankan untuk kita sebagai umat Islam untuk ikut dan praktikkan dalam cara kehidupan kita. Antaranya ialah mengenai hal tidur. Walaupun tidur adalah hal yang sangat mudah, tetapi sebenar banyak faktor dan aspek yang harus kita jaga supaya tidur kita dipelihara oleh Allah S.W.T. Berikut adalah amalan sunnah yang boleh kita lakukan sebelum tidur.

Sumber gambar: IIUM

1. Berwudhu sebelum Tidur

“Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan sholat.” (HR Bukhari dan Muslim)

Mengambil wudhu sebelum tidur bukan sahaja memelihara tidur kita dari kejahatan syaitan malah ia juga memberi kesegaran kepada tubuh badan.

2. Tidur Dengan Posisi Ke Kanan

Mengenai masalah posisi tidur yang tepat Rasulullah menyampaikannya dalam beberapa riwayat hadist berikut. Contohnya,“Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim). Selain dari apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, tidur ke arah kanan juga dikenali sebagai posisi tidur yang sihat menurut pakar kesihatan. Hal ini kerana ia membantu untuk proses detoks dan melancarkan pernafasan.

3. Meletakkan Tangan Kanan Di Pipi Kanan

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya.” (HR. Abu Dawud, At Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

4. Jangan Tidur dengan Posisi Meniarap

Rasulullah juga melarang untuk kita tidur posisi meniarap. Hal ini disampaikan dalam hadist,

“Sesungguhnya (posisi tidur tengkurap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR Abu Dawud)

5. Membersihkan tempat tidur.

Apabila seorang dari kamu akan tidur pada tempat tidurnya, maka hendaklah mengibaskan kainnya pada tempat tidurnya itu terlebih dahulu, karena ia tidak tahu apa yang ada di atasnya…”. (HR. Bukhari dan Muslim).

Sunnah Rasulullah ini menunjukkan bahawa sebelum tidur hendaklah kita menjaga kebersihan tempat tidur demi menjaga kesihatan dan dapat melenyapkan debu atau bakteria.

Published by
Putra