Amalan Yang Di Syorkan Supaya Dapat ‘Fast Lane’ Ke Syurga, Ikuti Topik Ini

Share

Sudah tentu ramai yang inginkan syurga buat perhentian buat kehidupan yang abadi. Meski pun, hidup ini iman naik dan juga turun, tetap kita ingin ada singgahsana di syurga nanti.

Jadi terdapat amalan yang boleh kita ‘book‘ tempat di syurga, bahkan boleh di amalkan dalam kehidupan seharian. InsyaAllah, ganjaran yang lumayan menanti suatu hari nanti buat anda.

Amalan rahsia untuk jaminan syurga

Sumber gambar dari Canva

Kita pasti telah dengar banyak kisah-kisah serta tauladan yang di nukilkan melalui hadis, sudah tentu kita sudah tahu Allah SWT telah menyebut nama-nama yang terjamin syurga buat mereka. Salah satunya sudah tentu Baginda Rasulullah SAW.

Ada juga individu-individu yang telah di nyatakan dengan jelas oleh Allah SWT dan Rasullah SAW jaminan syurga buat mereka. Antaranya adalah empat khalifah utama dalam Islam yakni Saidina Abu Bakar, Saidina Umar bin Al-Khattab, Saidina Ali dan Saidina Uthman. Malah selain dari itu, Talhah bin Ubaidillah yakni sahabat Nabi SAW yang telah tercedera teruk ketika perang Uhud juga tergolong dalam kalangan jaminan syurga.

Artikel berkaitan: Agungnya Kasih Seorang Ayah, Kasih Ayah Sepanjang Masa, Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Jangan anda khuatir, jaminan syurga bukanlah terhad hanya untuk nama-nama individu yang di sebut oleh Allah SWT serta Baginda SAW, malah anda juga boleh menempah nama di sana. Ada beberapa amalan yang telah di nyata dengan jelas untuk memberi anda peluan ‘book‘ tempat di syurga! Antaranya:

Sumber gambar dari Canva

#1 Orang yang tidak menipu, elak berdebat, dan berakhlak mulia

Daripada Abu Umamah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda:

 “Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun dia berada dalam kebenaran. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan kedustaan meskipun bersifat gurau. Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang berakhlak baik.” [(HR Abu Daud No: 4800) Status Hadis Hasan]

Apa yang di maksudkan adalah kebanyakan orang yang berdebat ini ingin mempertahankan dirinya di pihak yang benar. Manakala, bagi kata yang mengata pula kadang-kala berselindung di sebalik alasan yang banyak. Jadi hal begitu, ketiga amalan yang di sebut jelas tampak ringkas, tetapi memerlukan keteguhan diri dan juga iman.

#2 Pelihara anak yatim dengan baik

Ibnu Abbas RA.anhuma pernah berkata:

“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.” (HR Tirmidzi – 1840)

Seperti yang kita sedia maklum, anak-anak yatim adalah salah satu golongan yang harus kita lindungi, jaga, dan mengasihani mereka kerana tiada lagi tempat bergantung untuk mereka. Ibu dan bapa sudah tiada, jadi sebagai orang sekeliling, kita harus bantu pelihara mereka.

#3 Sentiasa bertawakkal kepada Allah SWT

Pernah di nyatakan secara jelas jaminan ini melalui satu hadis yang panjang berkenaan golongan yang akan memasuki syurga tanpa di hisab. Potongan hadis tersebut seprti yang di nyatakan di bawah:

“…Baginda keluar dari rumahnya dan bersabda : Orang yang akan masuk syurga tanpa hisab adalah mereka yang tidak meminta jampi, tidak menilik nasib, tidak mencederakan dirinya dan sentiasa bertawakal kepada Tuhan.” [Riwayat Al-Bukhari (6472)]

Melihat potongan hadis itu, siapa sahaja tidak mahu jika boleh poton queue 

untuk ke syurga! Allah SWT maha mengetahui dan mengasihani, semua perkara-perkara yang di nyatakan di atas telah menjadi satu cabaran hebat buat umat manusia dalam keadaan hidup yang penuh pancaroba.

Tiada guna jika menggunakan jin, jampi, dan juga tangkal untuk berjaya. Kesusahan yang kita lalui pasti akan mendatangkan hasil. Allah SWT juga gemar akan mereka yang bersusah payah untuk mendapatkan ganjaran. Usaha dan teruskan usaha dalam membuat amal ibadah supaya dapat di berkati Allah WT.

Sumber info dan gambar: TZKRH.com dan Canva

Artikel berkaitan: Wanita Nak “Gemuk Pahala” & Masuk Syurga. Mudah Sahaja, Amalkan 4 Rahsia ini.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee