Solat sunat dhuha merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon kepada Allah S.W.T supaya sentiasa dimurahkan rezeki. Waktu Dhuha itu ialah merujuk kepada setelag naik matahari pada waktu pagi sekitar jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari, iaitu sebelum tiba waktu zuhur.
Dhuha (الضحى) secara bahasanya bermaksud “Waktu Pagi” atau “Sinar Pagi”. Jadi, solat sunat dhuha perlu dilakukan antara waktu Solat Subuh & Solat Zuhur.
Sebagai umat Islam, amalan sunat ini juga memberi banyak manfaat kepada kita semua seperti mana kita mendirikan solat sunat Dhuha ini. Allah S.W.T menjanjikan nikmat dan pulangan yang cukup besar bagi sesiapa yang mendirikan solat sunat ini. Telah dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa Allah S.W.T akan sentiasa mencukupkan rezekinya dengan berlipat kali ganda. Maka rugilah sesiapa yang sengaja melepaskan keistimewaan ini.
Rasulullah S.A.W berwasiat kepada umatnya untuk merutinkan solat sunat Dhuha. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa dia berkata, Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti;iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat dhuha dan tidur dalam keadaan yang sudah mengerjakan solat witir.”
Sumber gambar: The Companion
Antara kelebihan yang kita perolehi dari mendirikan solat sunat Dhuha adalah:
1. Dipelihara dan dirahmati oleh Allah SWT
Allah sangat menyukai golongan hambaNya yang mengerjakan solat dhuha, walaupun hanyalah dua rakaat sahaja tetapi ianya ibadah yang membuatkan pelakunya sentiasa disayangi oleh Allah SWT.
“Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang berterusan dilakukan oleh pelakunya walaupun ia sedikit.”
(Hadis Riwayat Muslim)
2. Sebagai Sedekah Yang Tak Disedari
Daripada Abi Zar r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (Subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat dhuha.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Allah Maha Pemurah. Setiap bacaan dan tindakan dalam solat dhuha dianggap sebagai sedekah walaupun hanya bersolat dua rakaat sahaja, kita sudah turut sama mendapat pahala bersedekah.
3. Ganjaran Pahala Berlipat Ganda
Pahala dalam menunaikan solat sunat adalah sangat besar, apatah lagi solat sunat yang sangat disukai oleh Allah SWT.
4. Diampunkan Kesalahan dan Dosa
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhaNya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
Ini bermakna, dosa yang paling besar juga dapat diampunkan asbab dengan mendirikan solat dhuha, selain dapat menutup dosa-dosa kecil, dosa besar termasuklah dosa terdahulu.
5. Disiapkan Rumah di Syurga
Sabda Nabi SAW;
“Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.”
(al-Jami’: 634)
Beruntunglah sesiapa yang melazimi harinya dengan mendirikan solat ini, kerana Allah SWT telah berjanji untuk membangunkan sebuah mahligai di syurga untuknya kelak.
6. Dimurahkan Rezeki Dan Dibukakan Pintu Rezeki Seluas Alam
Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata,
“Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud)
Rezeki akan sentiasa dicukupkan oleh Allah pada hari itu dan seterusnya, seperti yang sering dikatakan umum bahawa solat dhuha adalah solat pembuka pintu rezeki.
Bahkan Allah akan menurunkan rezeki yang tidak disangka-sangka, bukan dari bentuk makanan sahaja, tetapi tubuh badan yang sihat, anak-anak yang soleh dan bijak, keluarga yang bahagia, bidang pekerjaan yang baik dan sebagainya.
7. Mendapat Keuntungan yang Besar
Rasulullah SAW bersabda;
“Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.”
(Sahih al-Targhib : 666)
Begitu Allah memberi keuntungan yang besar kepada mereka yang mengamalkan solat dhuha. Namun begitu, kusyuk dan fokus dalam melazimi solat suant dhuha tanpa hanya memikirnya rezeki harta semata-mata tetapi ekuntungan rezeki yang lain, seperti kesihatan.
Sumber video: TNC Media
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI