Kebiasaannya amalan mandi bunga sering dilakukan untuk membuang bala, menaikkan semangat serta mempercepatkan jodoh. Mungkin atas alasan ini maka ada yang mempraktikkan mandi bunga sebagai ikhtiar untuk mendapat jodoh.
Mengikut ajaran agama Islam, ia dikatakan boleh memesongkan akidah seseorang. Namun begitu dari segi saintifik, ia dilihat sebagai sesuatu yang baik. Menurut Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, mandi bunga dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia kembali segar disebabkan oleh khasiat yang terdapat di dalam bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan.
Sebenarnya mandi bunga tanpa berniat yang boleh memesongkan diri daripada ajaran agama membawa banyak faedah. Seperti yang kita ketahui bahawa bunga dikatakan sebagai penyerap tenaga matahari yang terbaik. Secara tidak langsung kebaikannya akan 'ditempiaskan' kepada pengamal mandi bunga.
Ads
Boleh sahaja mandi bunga tetapi janganlah kita berjumpa dengan orang yang mengamalkan ritual lalu meminta dia memandikan kita. Sebaliknya kita boleh sahaja mandi sendiri dengan niat untuk mendapat manfaat kesihatan daripada unsur-unsur kebaikan yang ada pada bunga-bungaan tersebut.
Ads
Jangan sesekali mandi bunga dengan niat untuk cepat jodoh kerana dikhuatiri boleh terpesong niat tersebut sehingga menjadi syirik. Percaya kepada kuasa seseorang sehingga meminta orang itu memandikan kita dengan air bunga boleh menjadi khurafat.
Ads
Islam telah menganjurkan kita untuk berusaha memudahkan jodoh dengan cara berdoa, solat istikharah dan solat hajat. Itulah yang sebaiknya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Lazimnya lafaz istighfar itu diungkapkan sebagai zikir untuk memohon keampunan kepada Allah. Ia juga dilafazkan selepas kita tersedar daripada melakukan dosa.
Harapan kita tentu sekali supaya dosa kita dihapuskan. Namun, manfaat istighfar lebih jauh daripada itu.
Kalimat zikir sering diucapkan Nabi SAW memiliki banyak keutamaan lain jika diamalkan. Sebenarnya istighfar bukan hanya dibaca ketika memohon keampunan Allah.
Sekalipun mendapat berita baik atau rezeki, kena juga istighfar sebab kadang-kadang selepas mendapat sesuatu rezeki itu, kita diuji dan mendapat musibah malah dosa. Contoh: Ada orang menaja umrah. Tiba-tiba umrah ditipu, keluarga bergaduh tuduh menuduh, emosi terjejas, kesihatan merosot dan ditarik nikmat keceriaan. Padahal awalnya dilihat sebagai rezeki dan kebahagiaan.
Begitu juga ketika diuji. Kadang-kadang ujian itulah yang membuka rezeki dan pintu kebahagiaan daripada sumber yang tak dijangka-jangka. Jadi dalam ujian juga perlu disertai ‘ahamdulillah’ yakni redha dan tawakkal akan perjalanan hidup selepas itu. Contoh: gagal dalam percintaan tetapi asbab kesedihan itu, walaupun sedih dan merana, seseorang itu lebih dekat dengan Allah, lebih banyak berdoa.
Berkat banyak doa, banyak perkara menjadi makbul. Bila banyak doa makbul, hati gembira, hidup ceria, rezeki makin banyak masuk, minda positif, kesyukuran meningkat dan dapat melupakan kisah silam.
Ketika itu baru dia tersedar betapa telah diperbodohkan oleh kesedihan cinta manusia yang merugikan emosi dan tenaga. Jadi, alhamdulillah atas ‘musibah’ perasaan yang berlaku sebelum ini.
KETAHUILAH BAHAWA:
Dalam setiap rezeki melimpah,
ada dugaan menguji maruah
Dalam musibah menggoyah iman,
terselit hikmah membawa pedoman
Dalam setiap curahan hujan,
ada rintik meninggalkan kesan.
Dalam kesan yang menjadi ingatan,
bawalah hati mencari kerehatan
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup dan jadikan setiap kegundah-gulanaan menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)
BERIKUT DIKONGSIKAN TUJUH ZIKIR YANG DIAMALKAN OLEH DIANA RAFAR.
1. Mengucapkan ‘La Hawla Wala Quwwata Illa Billah’
“Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan ‘La hawla Wala Quwwata Illa billah” (HR. At- Tabrani)
2. Membaca ‘La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin’
Barangsiapa setiap hari membaca ‘La ilaha illallahul malikul haqqul mubin’ maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
3. Lazimkan Lidah Menyebut ‘Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adziim’
“Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan Untukmu”. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Bacalah Surah Al-IKHLAS
“Barang siapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya” (HR. AtTabrani)
5. Amal Membaca Surah Al-WAQIAH
Barang siapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
6. Memperbanyak SELAWAT KE ATAS NABI
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda : Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat”. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul).
7. Melazimkan BERISTIGHFAR
“Barang siapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Doa Harian Menjemput Rezeki
Ya ALLAH berikanlah kami rezeki yang Luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah.
Jika ada di bumi maka keluarkanlah.
Jika jauh maka dekatkanlah.
Jika dekat maka mudahkanlah.
Jika sedikit maka banyakkanlah.
Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.
YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami.. Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Sebagai Muslimah moden, lapar dan dahaga bukanlah lesen untuk menjadi malas dan selekeh. Bulan puasa seharusnya menjadikan kita lebih bertenaga dan bersemangat untuk melakukan perkara yang baik dan mengumpul pahala.
Terdapat beberapa habit yang membolehkan kita untuk kekal segar, sihat dan bebas nafas berbau sepanjang Ramadan.
Habit 1: Kekal Hidrat
a. Minum banyak air masak di antara iftar dan sahur, terutama sebaik sahaja berbuka puasa.
b. Elakkan pengambilan kafein, teh dan juga minuman manis kerana mereka mengakibatkan kita terdehidrasi dan menurunkan kandungan gula darah kita.
c. Simpan panadol atau ubat sakit kepala berdekatan jika air tidak cukup untuk menghilangkan sakit kepala anda.
Habit 2: Elakkan Nafas Berbau
a. Bersihkan gigi anda dengan miswak sepanjang berpuasa di siang hari (sebaiknya sebelum solat).
b. Gosok gigi secara menyeluruh selepas iftar sebaiknya tiga kali sehari berbanding dua.
c. Gunakan mouthwash selepas memberus gigi selepas sahur agar kesihatan oral terjaga dan menghalang bakteria punca nafas berbau aktif.
Habit 3: Kekal Bertenaga
a. Jangan terlebih makan tatkala iftar. Buka puasa dengan snek ringan seperti kurma, bukan bak jamuan!
b. Pilih untuk bakar dan rebus makanan berbanding goreng apabila memasak untuk iftar.
c. Sebaiknya jangan tinggal sahur. Ianya satu masa yang penuh keberkatan dan juga pemberi tenaga sepanjang hari.
Habit 4: Selitkan Masa Berehat
a. Sekiranya ada sedikit masa, cuba untuk tidur dan rehat sebaiknya.
b. Cari masa untuk rehat. Jangan terlalu penuh jadual aktiviti harian anda.
c. Tidur sebelum Zuhur (sebentar sahaja ya!) akan menjadikan anda lebih segar sepanjang hari.
Pastikan kesihatan dan kekuatan tubuh badan kita terjaga sebaiknya sepanjang Ramadan agar ia memudahkan kita untuk beribadah ada malam harinya. – hb
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sejak bergelar ibu kepada dua cahaya mata kini, pelakon jelita, Elfira Loy mengakui bahawa perkara yang paling dirinduinya adalah jika dapat menunaikan solat dengan penuh khusyuk dan tenang.
Perkara tersebut dikongsikan Elfira menerusi hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Menurut Elfira, agak sukar dan amat mencabar bagi dirinya untuk menumpukan sepenuh perhatian sewaktu solat kerana terganggu dengan kerenah dan situasi anak-anak yang pelbagai ragam.
Pelbagai Ragam Anak-Anak, Susah Nak fokus Dan Khusyuk Dalam Solat
“Benda paling I rindu sekali nak buat after being a mom ni actually solat dengan khusyuk. Of course ramai kata solat je, biar je diorang main or nangis.
“Tapi kalau dah rakaat kedua macam ni (rujuk gambar anaknya), takut rakaat keempat sorang dah kat bawah (jatuh katil),” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Tambahnya lagi, antara langkah dan usaha yang diambil oleh dia dan suami Faris Khairol Anuar bagi menyelesaikan masalah ini adalah cubaan mengajar anak sulungnya untuk tidur di bilik sendiri namun masih gagal.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen dan mendapati ruangan komen hantaran itu telah dibanjiri dengan pelbagai tip dan perkongsian pengalaman dari para pengikut El yang pernah menghadapi situasi serupa.
“Ya satu kerisauan…solat jemaah lepastu anak panjat basikal nak panjat belakang daddy dia….Allah khusyuk tu mmg mahal.
“Sama laa El,sama cm anak sy abg nyaa lagi pintar hurmm nk solat yg khusyuk mungkin hurmmm susahh tpi try laa walau susah.
“Try guna slow apparoach.. transitional bed dulu.. meaning si abang ada bed sendiri tapi dlm bilik yg sama dgn parents.. once dia dah biasa tidur sendiri atas katil sendiri baru slowly ajar tidur bilik sendiri.
Untuk rekod, Elfira dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhamad Rayyan Khalaf, 2 dan Nur Aria Mikayla yang kini berusia tujuh bulan.
Kisah mualaf cantik dari Indonesia, Arnita Rodelina Turnip boleh dijadikan inspirasi. Sering mendengar ceramah agama di saluran Youtube telah membuka hati Arnita yang menuntut...