Kecantikan

Amalan Makan Buah-buahan Bagus Untuk Kesihatan Tapi Kenalah Tahu Cara Basuh Dengan Betul

Share
Seperti sayur-sayuran, buah-buahan juga mengandungi serat yang dapat menyerap air dan mengembang ketika melewati saluran pencernaan. Pengambilan buah-buahan juga dapat membantu usus berjalan lancar, sehingga dapat mencegah sembelit.
Selain itu, serat yang tidak larut dalam air daripada buah-buahan juga dapat mengurangkan tekanan pada saluran pencernaan, sehingga dapat mencegah diverticulosis. Buah-buahan juga kaya dengan serat yang mempunyai banyak manfaat kesihatan. Serat membantu menurunkan kolesterol, meningkatkan rasa kenyang, dan dapat mendorong penurunan berat badan.
Photo by Jane D. from Pexels
Buah-buahan juga mengandungi sebatian antioksidan yang membantu melawan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Penggunaan makanan yang tinggi antioksidan membantu melambatkan penuaan dan mengurangkan risiko penyakit.
Walau bagaimanapun ada tabiat yang anda perlu ubah jika anda suka makan buah-buahan:
1. Malas basuh buah
2. Hanya kesat buah di baju anda
3. Tak membasuh sebelum makan
4. Malas basuh malas pula nak buang kulit
*Rugi jika anda tidak makan buah-buahan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anda perlu makan lima hidangan atau 400 gram buah dan sayur setiap hari untuk mencegah penyakit kronik.
Berikut dikongsikan tip untuk membasih buah-buahan sebelum dimakan. Dan yang paling mudah basuh di bawah aliran air paip yang bersih kerana air paip ada klorin, tetapi hanya 50% sahaja dapat dicuci.
Menurut Dr Noordin Darus, baking soda 98% dapat mencuci buah-buahan yang tercemar. Rendaman cuka pula dapat membunuh bakteria, manakala garam dapat nyahkan bahan-bahan yang beracun.
Untuk buah-buahan yang di import, kita wajib tahu cara membersih dengan betul. Dan pastikan juga membeli berus yang bersesuaian untuk menghilangkan wax yang degil di permukaan kulit seperti buah epal.
Kebiasaannya bahan-bahan tercemar itu akan terapung dipermukaan air. Elakkan daripada mengaul buah-buahan dalam air rendaman. Makanlah buah-buahan sebanyak mungkin kerana buah-buahan banyak khasiatnya. Ada juga buah-buahan yang Allah turunkan dari syurga untuk dinikmati di dunia. Rugi jika anda tidak makan buah-buahan.
HIJABISTA: Buah-buahan juga kaya dengan serat yang dapat membantu anda merasa kenyang. Hanya dengan memakan buah-buahan, anda boleh berasa kenyang tanpa memakan banyak kalori.
Top image:
Published by
Norhasliza