Masyarakat Jepun bukan hanya memiliki jangka hayat yang panjang tetapi juga kekal awet muda. Tahap kegemukan dan risiko terkena penyakit jantung di kalangan rakyat Jepun adalah rendah.
Wanita Jepun juga dipuji kerana mempunyai tubuh dan wajah yang muda, walaupun selepas usia 30 tahun. Sebagai masyarakat yang menjunjung tinggi tradisi, wanita Jepun juga bangga dengan warisan kecantikan tradisional mereka.
MENCUCI MUKA DENGAN AIR BERAS
Anda mungkin sudah biasa mendengar tentang produk kecantikan yang dipanggil miracle water. Miracle water dikatakan mampu menjadikan kulit sebening kristal tersebut terinspirasi dari kebiasaan wanita Jepun, China, dan Korea zaman dahulu. Mereka kerap mencuci wajah dengan air cucian beras atau mengenakan bedak dingin yang diperbuat daripada beras tumbuk. Beras kaya dengan vitamin E dan antioksidan yang dapat meremajakan serta mempercantikkan kulit.
MEMAKAI MASKER TANAH LIAT
Salah satu rahsia kecantikan wanita Jepun ialah sering memakai masker tanah liat. Masker tanah liat sangat berkesan untuk menghilangkan kotoran pada wajah. Maka sebab itulah kita lihat kulit wanita Jepun yang sudah sedia putih itu kelihatan halus dan gebu.
WAJIB AMBIL SARAPAN
Sarapan pagi adalah waktu makan paling penting buat masyarakat Jepun. Mereka akan memastikan untuk mengambil sarapan sebelum melakukan sebarang aktiviti seharian.
Menu sarapan mereka pelbagai dan sihat dan terdiri daripada daripada semangkuk kecil nasi, sup miso dengan tauhu, Eid nori (rumpui laut kering), dan telur dadar atau ikan. Menu ini ringkas tetapi mempunyai khasiat yang mencukupi untuk memenuhi keperluan tubuh sehingga waktu makan tengah hari.
MENGAMALKAN MENU SIHAT
Dipetik melalui buku Japanese Women Don’t Get Old or Fat yang ditulis oleh Naomi Moriyama, rahsia kecantikan wanita Jepun ialah menerusi gaya hidup sihat yang mereka amalkan sejak masih kecil lagi. Wanita Jepun sudah terbiasa mengambil bahan semula jadi dan berkhasiat dalam diet harian mereka.
Ikan, rumpui laut, sayur-sayuran, kacang soya, dan teh hijau yang tinggi nutrien dan antioksidan adalah bahan yang paling sering digunakan dalam masakan Jepun. Selain mencegah barah, antioksidan dalam bahan-bahan ini juga berkesan menjaga sel-sel tubuh agar kelihatan awet muda.
MENGAMALKAN TEH HIJAU
Matcha adalah teh hijau dalam bentuk serbuk yang biasa digunakan dalam upacara minum teh tradisional di Jepun. Seperti yang kita ketahui, teh hijau mengandungi banyak manfaat untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
Teh hijau mempunyai lebih tinggi vitamin C dan antioksidan berbanding kebanyakan buah-buahan. Amalan meminum teh hijau setaip hari bukan sahaja menyihatkan tubuh badan tetapi dalam masa yang sama menjadikan wanita Jepun awet muda. Teh hijau juga mampu mencerahkan kulit dan merawat jerawat.
BANYAK MAKAN MAKANAN LAUT
Masyarakat Jepun gemar makan tuna, salmon, udang dan sotong mentah yang segar dan berkualiti tinggi. Dipetik melalui artikel yang dilaporkan oleh Today (7/9/2020), pengambilan makanan laut secara teratur menjadikan masyarakat matahari terbit itu mempunyai kadar penyakit jantung terendah di dunia. Orang Jepun mempunyai tahap kolesterol yang lebih rendah di arteri daripada orang Amerika. Ini disebabkan oleh pengambilan makanan laut yang tinggi.
BANYAK MAKAN RUMPAI LAUT
Wakame adalah istilah Jepun untuk rumpai laut. Sayuran laut ini mengandungi magnesium, yodium, kalsium, zat besi dan folat yang diperlukan oleh tubuh. Masyarakat Korea, Jepun dan Cina gemar menggunakan makanan ini untuk menjaga kesihatan tubuh mereka.
Wakame mengandungi vitamin A, C, E, dan K yang dapat menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Wanita Oriental menggunakan wakame sebagai ramuan topeng semula jadi. Hanya kisar rumput laut dan kemudian sapukan pada wajah anda. Biarkan selama 15 minit. Selepas itu, bilas dengan air hingga bersih.
MAKAN PERLAHAN DAN DALAM JUMLAH YANG SEDIKIT
Masyarakat Jepun makan pelbagai hidangan dalam jumlah yang sedikit. Jika diperhatikan, makanan di Jepun selalu disajikan dalam pinggan kecil atau mangkuk. Sejak kecil, masyarakat Jepun diajar untuk tidak mengisi pinggan mereka dengan penuh. Mereka juga diajar untuk makan perlahan-lahan sehingga makanan yang dimakan dicerna dengan betul dan nutrien diserap sepenuhnya ke dalam tubuh.
GEMAR MASAK SENDIRI DI RUMAH
Wanita Jepun gemar memasak sendiri di rumah berbanding makan di luar. Antara hidangan yang sering dihidangkan di atas meja ialah nasi, ikan bakar, sayur rebus, sup miso, dan teh hijau. Semuanya dibuat sekali gus dan disajikan segera setelah dimasak. Mereka jarang makan makan segera dan makanan yang diproses.
Sumber kredit: Top image: Photo by Quốc Bảo from Pexels