Ketika musim covid-19 ini, ramai yang membeli topeng muka dan hand sanitizer sebagai pelindung diri daripada jangkitan covid-19. Sebagai orang Islam, kita juga punya cara dan amalan yang boleh dipraktikkan bagi menghindari covid-19 untuk keselamatan diri sendiri, keluarga dan anak-anak.
Berikut perkongsian Ustaz Zaki Zulkifli
BAHAN-BAHAN:
Fatihah 1 kali
Istighfar 7 kali
Selawat 3 kali
Baca Hizb Nawawi
KAEDAH RAWATAN:
Bermula dari membaca fatihah sehingga selesai semua bacaan, hadirkan niat dalam hati pohon Allah hindari diri, anak-anak dan keluarga (serta sesiapa sahaja yang diniatkan) agar terlepas dari wabak penyakit covid-19 dan lain-lain.
Selepas membacanya, tiup kedua tapak tangan dan sapu ke seluruh badan. Tiup juga pada air. Gunakan air tersebut untuk diminum seisi keluarga.
Moga bermanfaat.
View this post on InstagramA post shared by Mohd Zaki Zulkifli (@ustazzakizulkifli) on
Ayuh kita amalkan sama-sama. Marilah juga kita berdoa agar musim Covid-19 ini segera berakhir. Aamiin.
Sumber kredit: Ustaz Zaki Zulkifli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berpisahlah Dengan Cara Baik Andai Itu Jalan Terakhir, Usah Dilupakan Kenangan Manis Ketika Hidup Bersama
Setiap pasangan yang berkahwin tentunya inginkan kebahagiaan. Hidup susah senang bersama. Berkongsi gembira dan duka. Jika boleh, mahu hidup bersama hingga ke akhir nafas.
Namun siapalah kita untuk menentukan soal masa depan. Jodoh, ajal dan maut semuanya ditentukan Allah SWT. Kita sebagai hambaNya yang lemah hanya mampu reda dan menerima apa yang berlaku dengan tabah.
BERCERAILAH DENGAN CARA YANG BAIK
Umumnya, tiada siapa yang masuk ke alam perkahwinan dengan niat untuk berpisah.
Akan tetapi, setiap manusia akan menerima ujian yang berbeza-beza. Adakalanya perkahwinan yang bermula bahagia ditimpa ujian sehingga tidak ditemui jalan keluar kecuali perpisahan.
Jika itulah jalan terbaik yang ada, maka lakukanlah dengan cara yang terbaik. Allah mengulangi suruhan berpisah dengan cara yang baik dalam al-Quran.
الطَّلَاقُ مَرَّتَانِ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ [البقرة: 229].
Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah dia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik. [Al-Baqarah: 229]
وَإِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَبَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ سَرِّحُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَلَا تُمْسِكُوهُنَّ ضِرَارًا [البقرة: 231].
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudarat. [Al-Baqarah: 231]
وَسَرِّحُوهُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا [الأحزاب: 49].
dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya [Al-Ahzab: 49]
فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ [الطلاق: 2].
Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik [Al-Thalaq: 2]
Usah dilupakan kenangan manis ketika hidup bersama. Dr. Umar Muqbil menjadikan ayat berikut sebagai salah satu asas kehidupan dalam al-Quran di dalam buku 50 Qawaid Qur’aniyyah.
وَلَا تَنْسَوُا الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ إِنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dan janganlah kamu melupakan keutamaan di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat segala apa yang kamu kerjakan [Al-Baqarah : 237].
Sumber kredit: Masri Ramli Top image: Photo by monstera from Pexel.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selawat Atas Rasulullah SAW Satu Amalan Yang Tidak Ditolak, Benar Atau Salah?
Setiap amalan yang dilakukan pastinya berpandukan kepada ke ikhlasan seseorang insan itu dalam membuatnya. Juga amalan-amalan wajib serta sunnah harus diambil berat supaya akur pada perintah Allah SWT.
Ada juga ura-ura yang mengatakan satu amalan yang tidak akan ditolak adalah selawat ke atas Rasulullah SAW. Namun, ia ada dijelaskan dengan lebih lanjut bahawa tiada hadis sahih yang menguatkan kenyataan ini.
Hanya satu sahaja amalan yang tidak akan ditolak?
Pasti ada yang pernah dengar hujahan serta andaian mengenai amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW adalah satu-satunya yang tidak akan ditolak. Malah, ianya menjadi perbincangan sehingga kini mengenainya.
Di jelaskan pada Laman Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menyatakan tiada pun hadis sahih yang menyatakan selawat kepada Rasulullah SAW akan diterima secara mutlak. Tidak juga bermaksudh kepada seseorang itu berselawat akan diberi pahala dalam sesetengah keadaan–berselawat dalam keadaan riyak misalnya.
Ada beberapa hadis yang bersandarkan kepada Rasulullah SAW menyebut tentang selawat kepada Baginda merupakan satu-satunya amalan yang akan diterima Allah SWT:
كُلُّ الْأَعْمَالِ فِيهَا الْمَقْبُولُ وَالْمَرْدُودُ إِلَّا الصَّلَاةَ عَلَيَّ فَإِنَّهَا مَقْبُولَةٌ غَيْرَ مَرْدُودَةٍ.
Maksudnya: Setiap amalan itu ada yang diterima dan ada yang ditolak, kecuali selawat ke atasku. Sesungguhnya ia diterima tanpa ditolak.”
Al-Hafiz Al-Sakhawi menukilkan daripada guru beliau, al-Hafiz Ibn Hajar yang menilainya sebagai sangat daif (ضعيف جدا).[1]
Diriwayatkan juga daripada Baginda SAW:
عُرِضَتْ عَلَيَّ أَعْمَالُ أُمَّتي فَوَجَدْتُ مِنْهَا المَقْبُولَ وَالمَرْدُودَ إِلاَّ الصَّلاَةَ عَلَيَّ
Maksudnya: Dibentangkan kepadaku amalan umatku, dan aku mendapati ada antaranya yang diterima dan ditolak, melainkan selawat kepadaku.
Kata al-Hafiz al-Suyuti: Aku tidak menjumpai sanad baginya (لم أقف له على سند).[2]
Jelas bahawa hadis-hadis ini dan seumpamanya bermasalah dari sudut sanad. Namun terdapat kata-kata yang dinukilkan daripada para sahabat dan ulama, antaranya daripada Abu al-Darda’ R.A, katanya:
إِذا سَألتُمُ اللَّهَ حَاجةً فابدوؤا بالصلاةِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِنَّ اللَّهَ أَكْرَمُ مِنْ أَنْ يُسْأَلَ حَاجَتَيْنِ فَيَقْضِيَ إِحْدَاهُمَا وَيَرُدَّ الْأُخْرَى
Maksudnya: Apabila kamu semua ingin meminta kepada Allah sesuatu hajat maka mulakanlah dengan berselawat ke atas Nabi sallahu ‘alaihi wasallam kerana sesungguhnya Allah itu lebih Maha Pemurah daripada hanya mengurniakan salah satu hajat sahaja dan menolak yang lain apabila diminta dua hajat (daripada-Nya).
Ada juga kata-kata dari Abu Sulaiman al-Darani yang menyebut:
الصَّلاةُ على النَّبِيِّ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّم مقبولَةٌ
Maksudnya: Selawat ke atas Nabi SAW itu diterima.
Tetapi, menurut al-Hafiz al-Sakhawi, Imam al-Ghazali merupakan sandaran kata-kata kepada Rasulullah SAW (marfu’), namun al-Sakhawi tidak menjelaskan sanad baginya, dan beliau juga memaklumkan bahawa kata-kata al-Darani ini sebenarnya bersumberkan Riwayat Abu al-Darda’ di atas.
Imam Ibn ‘Abidin al-Hanafi ketika menghuraikan riwayat ini menjelaskan maksud dan konteks sebenar riwayat itu tentang selawat sebagai satu bentuk doa agar Allah SWT mengurniakan rahmat dan kemuliaan kepada Rasulullah SAW akan diterima sepenuhnya dan tidak akan ditolak. Melalui firman Allah SWT menyatakan selawat keatas Baginda, melalui firman-Nya:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW);
Surah al-Ahzab (56)
Jelas disini tiada hadis sahih yang menyebut berkenaan amalan berselawat keatas Baginda adalah satu-satunya yang diterima mutlak. Namun terdapat banyak kata-kata daripada para sahabat dan salafussoleh menyatakan demikian. Akan tetapi, tidak dijanjikan pula pahala jika berselawat dalam keadaan riyak.
Sumber: Laman Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doa Dengan Spesifik Ciri Yang Dimahukan, Ini Cara Bertemu Jodoh Yang Boleh Orang Single Amalkan
Pastinya ramai di antara anda yang single sedang membaca artikel ini bukan? Sering kali memirkan setiap hari bilakah jodoh akan datang berkunjung tiba. Takpe, sis faham je sebab sis pun sama. Eh!
Usah buntu guys, berharaplah pada Yang Maha Esa. Kita boleh cuba berusaha melalui doa kerana doa adalah senjata bagi semua mukmin. Paling penting niatnya haruslah betul dan jangan sesekali mempermainkan hati orang lain.
Ikuti thread di bawah ini bagi mengetahui teknik yang boleh diamalkan bagi menjemput jodoh.
Amalkan teknik ‘Goal Praying’
Kuncinya, sentiasa yakinlah yang Allah akan memakbulkan doa kita. Percayalah, ada hikmah disebalik hubungan yang putus dan tidak berhasil sebelum ini kerana Tuhan mahu kurniakan yang terbaik untuk kita. Doa, doa dan terus doa. InsyaAllah.
kredit: twitter @Hasnom07
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI