Sifat semula jadi manusia untuk memiliki perasaan rindu kepada sesuatu. Mungkin rindu pada orang, momen, ataupun binatang peliharaan yang tersayang. Ianya normal untuk semua orang miliki perasaan itu.

Perasaan rindu ini ada pelbagai cara untuk melepaskan atau menyenangkan hati ini. Manakan pula anda pula tidak dapat membendung perasaan yang membuak-buak itu.

Doa untuk anda yang rindukan seseorang

Amalan Doa Buat Anda Yang Punyai Perasaan Rindu Yang Membuak-buak Kepada Seseorang
Sumber gambar dari Canva

Menjadi kebiasaan buat manusia yang merindui sesuatu ataupun lebih jelas seseorang yang mereka sayangi. Ada juga perasaan ini yang membuak-buak sehinggakan termimpikan seseorang itu.

Apakan daya, rindu itu hanya tersemat di kalbu dan tidak dapat di luahkan jika kita ulas melalui kata-kata sekali pun. Seperti orang-orang kata, rindu itu tandanya sayang, jadi bagaimana nak tunjuk rasa sayang erti kata lain rindu ini?

Jawapannya mudah, titipkan doa buat mereka yang anda rindui. Tidak kira ibu dan bapa, ahli keluarga mahupun kekasih hati. Doa adalah kunci untuk menenangkan hati yang rindu kepada mereka yang membuatkan hati anda bergelora.

Artikel berkaitan: Doa Rumah Tangga Bahagia Dunia Akhirat, Agar Penuh Keberkatan dan Sakinah.

Amalan Doa Buat Anda Yang Punyai Perasaan Rindu Yang Membuak-buak Kepada Seseorang
Sumber gambar dari Canva

Surah Yusuf ayat 4

Melalui surah Yusuf di dalam Al-Quran, terdapat sebuah ayat yang di percayai menjadi doa pelepas rindu. Doa ini juga di katakan sering menjadi pilihan Nabi Yusuf apabila merindui isteri yang tercinta, Siti Zulaikha.

اِذْ قَالَ يُوْسُفُ لِاَبِيْهِ يٰٓاَبَتِ اِنِّيْ رَاَيْتُ اَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَّالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَاَيْتُهُمْ لِيْ سٰجِدِيْنَ

Ads

Iz qoola Yuusufu li abiihi yaaa abati innii ra aytu ahada ‘ashara kawkabanw wash shamsa walqamara ra aytuhum lii saajidiin

Maksudnya: “(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, “Wahai ayahku! Sungguh, aku (bermimpi) melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.”

Surah Thahaa ayat 39

Selain dari itu, jika hendak melunaskan rasa rindu kepada seseorang, anda juga boleh mengamalkan bacaan surah Thahaa ayat ke 39. Apabila anda ikhlas dalam membacakan doa, dengan izin Allah SWT mungkin doa anda di makbulkan. Namun tiada hadis yang dapat di jelaskan kesahihan surah Thahaa sebagai wirid ketika merindukan seseorang.

Surah Thahaa Ayat 39:

Ads

اَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّيْ ەۚ وَلِتُصْنَعَ عَلٰى عَيْنِيْ ۘ

Wa-alqaytu ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a’laa ‘ainii

Maksudnya: Dan aku telah melimpahkan kepadaMu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku” (Surah Thaahaa: 39).

Surah Al-Fatihah

Demikian ia merupakan surah pembuka kata dalam Al-QUran, namun surah al-Fatihah sering di jadikan amalan untuk meminta di luaskan rezeki, mengubati penyakit, menjauhkan diri dari sifat lupa, serta pengubat untuk mereka yang merindukan seseorang.

Ads

Melalui maksud ayat ini, ayuh kita renungkan bersama:

Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkau-lah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukkan lah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat” (Surah Al Fatihah: 1-7).

Sesungguhnya Allah SWT itu maha Adil dan maha Mendengar setiap apa yang kita keluhkan serta rindukan. Demikian itu, anda perlu ingat bahawa kasih sayang dan juga rindu ini perlu di utamakan jua buat Allah SWT demi mendapatkan keberkatan dariNya.

Sumber: GengBorak

Artikel berkaitan: Mempunyai Konflik Bersama Rakan-Rakan? Ini Doa Yang Anda Boleh Amalkan!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI