Amalan Bagi Para Muslimah Mudah Ke Syurga, MasyaAllah…

Share

Syurga adalah tempat yang menjadi idaman buat para umat Islam, itulah impian semua manusia dimana mereka ingin berada di kehidupan hakiki kelak. Namun apakah kita selayaknya menerima syurga Allah SWT?

Artikel berkaitan: Mulakan Permulaan Hari Yang Baik Dan Berkualiti Dengan Amalan Rasulullah Ini!

Jangan putus harapan! Meskipun hidup ini banyak dosa telah kita lakukan, Allah SWT masih lagi memberi peluang supaya kita bertaubat. Banyak juga masa untuk perbaiki diri dengan sedaya upaya.

Syurga untuk semua dengan usaha…

Sumber dari Canva

Sememangnya, lelaki dan perempuan layak memasuki syurga tidak kira jantina, tiada perbezaan pun untuk kedua-duanya. Apa yang membezakan ada bagaimana jaminan seseorang itu dengan amalannya untuk layakkan diri ke syurga Allah SWT, itulah persoalannya.

Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan solat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya dan mentaati perintah suaminya, maka ia diundang di akhirat supaya masuk syurga berdasarkan pintunya mana yang ia suka (sesuai pilihannya).”

(HR. Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Jadi jelas di sini menyatakan ada terdapat amalan-amalan tertentu yang memudahkan seseorang wanita itu untuk memasuki syurga. Solat lima waktu, puasa pada bulan ramadhan, menjaga harga dirinya serta mentaati sang suami–syurga di janjikan buatnya. Secara lazim, amalan yang penting untuk wanita patuhi adalah dengan menjaga serta mendirikan solat lima waktu.

Allah SWT pernah berfirman:

Maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa) sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”

(Surah An-Nisa ayat 103)

Manakala, diriwayatkan oleh Jabir R.A, Rasulullah SAW juga bersabda:

“Perumpamaan solat lima waktu adalah seperti seseorang yang mandi di sebuah sungai yang dalam yang mengalir di depan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”

(HR. Muslim)

Namun, ada juga amalan yang harus diketahui oleh para muslimah. Amalan ini juga boleh menghapuskan kesalahan dan meningkatkan darjat seseorang muslimah itu.

Di petik oleh Abu Hurairah R.A, mengatakan Rasulullah SAW bersabda:

“Sukakah engkau semua saya tunjukkan pada sesuatu amalan yang dengannya itu Allah SWT akan menghapuskan segala macam kesalahan serta mengangkat pula dengannya tadi sampai beberapa darjat? Para sahabat menjawab; “Baik, ya Rasulullah”

Baginda bersabda:

“Iaitu menyempurnakan wudhu’ sekalipun banyak menghadapi kesulitan, melangkahkan kaki untuk pergi ke masjid, serta menantikan solat setelah selesai solat yang satunya. Yang sedemkikian itulah yang dinamakan ribat (perjuangan).”

(HR. Muslim)

Artikel berkaitan: Orang Yang Meninggalkan Solat Adakah Amalan Baiknya Yang Lain Tidak Diterima Allah SWT

Apa yang dapat kita simpulkan melalui hadis serta penjelasan baginda SAW adalah:

  • Sempurnakan wudhu’ sekalipun menghadapi kesulitan, misalnya di saat cuaca dingin sekali, sehingga airnya pun menjadi sangat dingin.
  • Dalam hadis di atas di jelaskan bahawa sentiasa berthaharah yakni kekal suci dari hadas besar dan kecil, maka solat dan segala sesuatu yang dilakukan dengan niat ibadah dan berbakti kepada Allah SWT, adalah sama pahalanya dengan berjihad fii sabilillah.

Sumber: Kalam

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee