Bukan semua daripada kita mampu menghadapi dugaan yang Allah turunkan. Tetapi ujian Allah tepat pada umatNya yang mampu memikulnya. Perlunya ada di setiap hati redha dengan ujian Allah dalam kehidupan harian dalam menghadapi segala dugaan.
Malah keredhaan itu haruslah disulami dengan amalan-amalan doa dan zikir yang tidak putus-putus. Bagi anda yang inginkan keredhaan Allah boleh amalkan zikir ini tiga kali pagi dan tiga kali petang, hati akan setiasa mendapat keredhaan dariNYa.
https://www.facebook.com/ustazahnorhafizahmusafans/videos/240258143640318/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gadis Ini Kongsi 11 Moisturizer Paling Popular Dari Drugstore Untuk Elak Garis Halus & Kulit Kering
Isi Kandungan
ToggleUntuk sentiasa cantik kita kena mengikut rutin penjagaan harian yang telah ditetapkan. Selepas mencuci muka dan meletakkan toner, perlu pula menyapu pelembap muka agar wajah akan menjadi lebih hidrasi. Namun lambakan pelembap atau moisturizer di pasaran menyebabkan kita keliru pilihan mana terbaik.
Perkongsian gadis ini di laman sosial facebook Izu Akma menyenaraikan pilihan pelembap muka yang jadi kegemaran ramai dengan harga dijual bawah RM60. Produk ini dijual di farmasi atau drugstore di Malaysia untuk tahun lalu.
Dia turut memberitahu rutin pemakaiannya setiap hari pada siang dan malam dan sangat penting sebagai pelembap muka terbaik.
Rutin harian pemakaiannya akan menyebabkan kulit wajah menjadi lebih baik, lembap dan cerah. Bukan itu saja, juga dapat mencegah tanda-tanda penuaan dan juga rekahan kulit.
PELEMBAP MUKA TERKENAL KEGEMARAN RAMAI DI BAWAH HARGA RM60 DARI DRUGSTORE MALAYSIA UNTUK 2018.
Siapa kat sini masih fening lalat nak pilih pelembap a.k.a moisturizer yang sesuai? Tahun 2019 cecepat pilih pelembap muka yang sesuai taw.
Pelembap muka selalunya bertekstur krim lembut yang terdapat dalam pelbagai variasi untuk siang dan malam. Rutin pakai pelembap ni terdapat dalam BASIC skincare setiap hari kitew siang dan malam kena ada. Disebabkan cuaca kat Malaysia tak menentu kejap panasss kejap hujan. So…apa pon terjadi amat penting untuk pakai pelembap muka.
Pasti kitew pilih pelembap yang sesuai dengan ” skin type ” dan ” skin concern ” memasing taw. Ni kakak manis sharing dengan ualss jenis pelembap terbaik sepanjang tahun 2018 yang terdapat kat drugestore Malaysia. Insha Allah harga pon superb mampu milik kan. Mana tahu terkenan dengan skin ualss .
1. Moisturizer untuk remaja dan ibu hamil
Krim pelembap ini diformulasikan dari ekstrak lidah buaya yang membantu melindungi kulit dengan memberikan nutrisi yang mencukupi untuk kulit. Sifat antibakteria yang terdapat di dalam krim ini juga turut membantu untuk mengatasi masalah kulit agar lebih sihat, lembut dan berseri. Kulit akan kelihatan lebih segar dan sempurna dengan beberapa kali penggunaan.
Harga : RM 8.83
2. Moisturizer untuk kulit kering dan sensitif
Cetaphil Moisturizing Cream mengandungi sistem superior emolien yang memberikan rasa kelegaan untuk kulit kering dan juga sensitif. Ia telah terbukti secara klinikal memberikan penghidratan segera kepada kulit dan tahan lama. Yang lebih menarik, ia mudah dan cepat menyerap ke dalam kulit dan tidak menjadikan kulit berminyak.
Harga : 59.75
3. Pelembap terbaik dengan SPF 24
Krim pelembap muka ini mempunyai sistem nutrisi yang berkesan tiga kali ganda kebaikan untuk kulit. Dengan gabungan vitamin B3, pro B5 dan vitamin E, ia melembapkan kulit wajah, menghilangkan bintik hitam, dan turut mempunyai perlindungan terhadap sinaran UV yang merbahaya. Kulit kelihatan sempurna cerah dan dilindungi dengan pemakaian pelembap muka ini.
Harga : RM 25
4. Moisturizer bahan dasar air (water based) untuk kulit berminyak
Pelembap yang menggunakan bahan dasar air ini baik untuk kulit kerana ia memberikan kelembapan yang berpanjangan dan memberikan rasa kelegaan pada kulit yang kering. Selain itu, ia turut membantu dalam mengatasi masalah kulit yang berjerawat kerana ia tidak menjadikan muka anda berminyak apabila memakainya. Teksturnya yang ringan dan lembut pastinya memberikan keselesaan pada wajah.
Harga : RM 38.80
5. Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi dan bebas alkohol.
Krim pelembap Hada Labo ini mengandungi asid hyaluronik ( HA) yang mampu menembusi lapisan kulit untuk memelihara dan membantu mengembalikan kelembapan dan seri kulit. Selain itu, ia turut membantu mengawal pH kulit agar seimbang dan meninggalkan kulit yang lembap dan licin.
Krim pelembap muka ini bebas dari bahan wangian (no fragrance) , minyak mineral (mineral oil) dan alkohol. Alami kulit yang licin dan bebas minyak dengan krim pelembap dari jenama ini.
Harga : RM 47.20
6. Moisturizer terbaik untuk memutihkan wajah dan kulit kusam serta dark spot.
Pelembap muka ini mempunyai bahan seperti ekstrak sakura, vitamin B3 dan vitamin C yang membantu menyuburkan wajah dari lapisan dalam. Dalam beberapa kali penggunaan wajah akan kelihatan seperti memakai pemerah pipi. Ia juga membantu menjadikan kulit yang kusam kembali segar dan kekal bermaya. Kulit akan terasa lebih lembut dan gebu kerana ekstraknya yang diperkaya dengan bunga sakura.
Harga : RM 26.60
7. Pelembap dengan SPF terbaik
Olay Regenerist Revitalizing Hydration Cream SPF 15 menyediakan penghidratan optimum pada siang hari dan melindungi kulit daripada sinaran UVA / UVB yang membahayakan kulit dengan SPF 15. Formula yang tidak berminyak dan membantu memperbaharui lapisan permukaan kulit dengan kompleks amino-peptide.
Secara beransur, ia dapat mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan untuk kulit yang tampak lebih muda. Ini pelembap terbaik yang menginginkan kulit yang kelihatan lebih remaja dan bebas dari tanda-tanda penuaan.
Harga : RM 48.29
8. Pelembap terbaik untuk kulit jerawat (acne prone)
Himalaya menggunakan herba yang terbaik di dalam setiap produknya. Bahan utama yang terdapat di dalam krim ini ialah lidah buaya yang mengawal muka dari kewujudan bakteria yang menyebabkan jerawat. Selain itu, ia juga mempunyai bahan antioksida yang tinggi untuk memperbaiki sel kulit mati. Krim pelembap yang melembapkan kulit dan mudah untuk menyerap ke dalam kulit ketika sapuan. Malah, ia juga sesuai untuk dipakai pada kulit ekzema.
Harga : RM15.50
9. Moisturizer water-based terbaik untuk remaja
Jenama Safi Balqis terkenal di kalangan pengguna wanita Malaysia yang inginkan penjagaan kulit wajah sempurna dengan harganya mampu milik. Tekstur gel krim Safi Balqis White Trilogy Hydragel Facial Moisturizer ini adalah water-based, sesuai untuk remaja aktif yang memiliki kulit berminyak.
Dengan kandungan asid Hyaluronik (HA), Arbutin, Nano BioWhite dan ekstrak buah Kiwi, krim pelembap ini berkesan untuk mencerahkan kulit kusam serta kulit akan kekal segar sepanjang hari. Ianya juga dapat melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas dan tona kulit akan menjadi sekata.
Harga : RM 17.80
10. Moisturizer organik yang terbaik untuk kulit kering
Krim pelembap Vitamin E adalah produk penjagaan kulit yang lembut dan berkesan untuk mengekalkan kulit yang sihat dan berseri. Selain itu, ia juga menyegarkan kulit kering serta melindunginya daripada matahari. Dengan tekstur krim yang tidak berminyak dan cepat diserap, ia sangat membantu dalam mengekalkan dan keseimbangan kelembapan kulit dapat dipertingkatkan.
Harga : RM 15.47
11. Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi
Untuk pemilik kulit kombinasi, masalah utama yang selalu adalah di bahagian T-Zone pada kulit wajah yang sering berminyak. Ini kerana kulit kombinasi terdiri daripada kulit kering dan berminyak. Krim pelembap ini bertekstur sangat ringan, tidak berminyak dan sesuai untuk anda yang berkulit kombinasi kerana ianya mampu untuk melembapkan bahagian kulit yang kekeringan.
Diuji secara klinikal, sistem Microsponge yang terdapat dalam krim pelembap ini bertindak untuk mengawal minyak dari terhasil pada kulit wajah dengan matte sebagai sentuhan terakhir. Kulit akan tampil lembut dan bersinar sepanjang hari.
Harga : RM 27.80
KREDIT FOTO: SUMBER GOOGLE (Untuk top image – sekadar hiasan)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Giliran Anak Perempuan Fauzi Nawawi Pula Konvo, Netizen Puji Sama Cantik Macam Ibunya, Lisdawati
Isi Kandungan
ToggleNampaknya bukan sahaja anak perempuan Didie Alias menerima ijazah sempena konvokesyen, rupanya seorang lagi anak perempuan pelakon popular Fauzi Nawawi juga menghadiri majlis konvokesyen. Hanna Faresha yang juga merupakan anak tiri pelakon Lisdawati meraikan majlis gembira ini yang berlangsung beberapa hari lalu. Lisdawati yang muat turut foto mereka berdua di laman sosial turut menarik perhatian bukan sebab bijak saja tapi ramai memuji kecantikan anak tirinya ini. Malah ada yang berkata mereka berdua seperti adik beradik.
cherys_lens Cantik ibu dan anak ni mcm siblings je
@ suziesuzana4 Dua2 cantik
fiezayusoff_ Mcm kakak dgn adik
zaida19686 Tahniah @lisdawati15. Sama cantik mak & anak. Mcm adek beradik dah
Hanna yang pernah jadi perhatian sebelum ini kerana mendapat 10A dalam keputusan peperiksaan SPM. Selain itu menurut Fauzi Nawawi perpisahan dengan bekas isteri sebelum ini tidak menghalang untuk anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.
“Bekas isteri saya seorang penjawat awam. Dia sangat mementingkan pelajaran, sama juga seperti saya dan Lisdawati terapkan kepada semua anak-anak saya. Walaupun kami sudah tidak bersama lagi tetapi kami berhubung untuk kebaikkan anak-anak. Sebelum ini, anak sulung saya turut mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan kini telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya.
“Perpisahan saya dengan bekas isteri bukan penghalang untuk anak-anak berjaya kerana cara mendidik mereka harus betul dan pelajaran serta keperluan harian mereka harus diberikan keutamaan. Saya, bekas isteri dan Lisdawati sama-sama memberikan tumpuan kepada anak-anak kami supaya mereka pentingkan pelajaran dan agama.
Fauzi juga terima kasih dengan Lisdawati kerana dia turut menjaga anak-anak saya bersama bekas isteri seperti anak-anaknya sendiri. Apa sahaja masalah yang melanda anak-anak, Lisdawati akan mengambil inisiatif untuk menghubungi bekas isteri dan bertanyakan sendiri masalah yang terjadi.
Hanna Faresha juga turut mengakui selesa belajar di dalam negara walaupun mendapat keputusan cemerlang. Hanna turut meraikan majlis konvokesyen dalam Diploma Perakaunan di Intec Education College, Shah Alam bersama rakan-rakannya.
#10 OOTD Hanna Faresya yang cantik dan manis ini.
#1.
#2.
#3.
#4.
View this post on Instagram
-spamming ootd ( sorry ) bcs the lighting and background were on point .
A post shared by Hanna Faresha (@hannafaresha) on
#5.
#6.
#7.
#8.
#9.
#20.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM HANNA FARESHA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elakkan Sifat Malas Dalam Diri, Amalkan Doa Ringkas Ini Untuk Tidak Mengalami Kerugian Dalam Kehidupan.
Allah S.W.T tidak menggemari hambanya yang bersikap malas. Walhal, kita sebagai umat Islam disarankan untuk menerapkan nilai rajin terhadap diri sendiri supaya tidak membazir masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
Sebenarnya, malas bukan sahaja wujud dalam sifat dan perangai kanak-kanak, malah dalam diri setiap orang. Malas untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, malas untuk bangkit dari tempat tidur, malas untuk mengemas rumah dan banyak lagi perangai malas yang mungkin wujud dalam diri anda.
Ia merupakan sikap yang ada dalam diri setiap orang. Jadi, jangan risau jika anda mempunyai sikap tersebut kerana bukan anda seorang sahaja yang mengalaminya.
Ia boleh membawa kerugian kepada diri anda sendiri. Manusia melakukan pelbagai urusan di dunia – bekerja, belajar, mencari rezeki. Dan setiap urusan tersebut perlu dilakukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Orang yang hanya berdiam diri digelar sebagai mutawaakil, iaitu orang yang berpura-pura bertawakal dan inilah maksud malas yang sebenar.
Islam juga melarang umatnya untuk bermalasan kerana ia sifat orang-orang yang rugi, sebaliknya Islam menuntut agar umatnya untuk berusaha semampu yang boleh.
Untuk menghilangkan atau mengawal rasa kemalasan ini, berdoalah dengan doa yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita, iaitu doa untuk berlindung daripada rasa malas.
Doa ini juga ada diukir dalam Al-Ma’thurat yang boleh dibaca pada setiap pagi dan petang:
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَرَمِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبُخْل
Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari rasa malas dan aku berlindung kepadaMu dari sikap pengecut, dan aku berlindung kepadamu dari sikap penakut dan kedekut dan lingkungan hutang.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6371)
Selain itu juga, kita juga boleh mengamalkan doa ini yang boleh menghilangkan rasa malas seperti:
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam biasa membaca do’a :
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
“Allahumma inni a’udzu bika minal ‘ajzi, wal kasali, wal jubni, wal haromi, wal bukhl. Wa a’udzu bika min ‘adzabil qobri wa min fitnatil mahyaa wal mamaat.”
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, rasa malas, rasa takut, kejelekan di waktu tua, dan sifat kikir. Dan aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur serta bencana kehidupan dan kematian.
(HR. Bukhari No. 6367 dan Muslim No. 2706)
Semoga kita semua dijauhi dengan rasa malas yang akhirnya menyebabkan kerugian pada diri kita sendiri. Selamat beramal!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI