
Hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, kecantikan penyanyi dan pelakon Nabila Razali terus diperkatakan. Terkini, perkongsian wanita berusia 32 tahun ini yang kerap memuat naik video di media sosial sekali lagi tular sekaligus menarik perhatian peminat untuk mengetahui amalan awet mudanya.
Ketika bertemu di satu majlis, penyanyi dan pelakon ini memberitahu rahsia kulitnya nampak ‘glowing’ dan anjal serta awet muda adalah dengan menggunakan petua tradisional.
Menurut Nabila, dia rajin mengamalkan pemakaian putih telur sebagai masker. Petua ini yang telah lama diamalkan dan dipercayai dari perkongsian orang lama.

Pengambilan putih telur yang diambil untuk dijadikan masker pada kulit dan kemudian dibiarkan selama 5 minit sebelum dibasuh bersih.
Setelah dicuci, akan terlihat hasilnya kulit menjadi lebih anjal, awet muda dan lebih berseri. Tambah Nabila lagi, biasanya dia akan amalkan masker putih telur ini tiga kali seminggu.
Selain itu bagi memastikan dirinya kekal sihat dan bertenaga, Nabila juga akan memastikan dirinya minum air masak secukupnya, sekurang-kurang 8 gelas sehari.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NABILA RAZALI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Demam Kecantikan, Semak 3 Produk Kulit ‘Hijabi-Approved’ Pilihan Hijabista Mac Ini

Masa pantas berlari. Pejam celik, pejam celik sudah tiba bulan ketiga dalam kalendar 2024. Menyedari cuaca panas dan musim Ramadan pada Mac, ayuh semak 3 produk kulit wajib pakai serta ‘hijabi-approved’ di bawah sis!
Produk kecantikan yang baik seharusnya berkesan, selamat dan tak merosakkan kulit. Bahan yang digunakan juga berkualiti serta tidak memudaratkan dengan kandungan bahan kimia berbahaya. Paling penting, mudah ditanggalkan untuk sis berwuduk dan dipakai semula bila perlu.
Fenty Beauty
We’re Even Hydrating Longwear Concealer
Mata sembap, bebayang hitam melingkari bawah mata. Atasi dengan penyamar noda terkini Fenty Beauty – We’re Even Hydrating Longwear Concealer. Ia bukan sahaja tahan sepanjang hari, malah merawat kulit ketika anda memakainya.
Sesuai untuk wanita yang berkulit kering mahupun kombinasi, produk terbaharu ini turut membekalkan lembapan yang diperlukan kulit. Produk ini boleh didapati dalam 50 rona yang mudah mencair dan sepadan warna kulit. Wajah bebas cela dan noda-noda gelap, memang wajib pakai untuk litupan pantas!
Shiseido Vital Perfection
Diolah semula agar lebih berkesan, jenama penjagaan kulit mewah Shiseido melancarkan rangkaian VITAL PERFECTION yang dipermajui. Menampilkan khasiat SafflowerRED, nikmati kesan kulit lebih anjal, cerah dan tegang dengan penggunaan produk Uplifting and Firming Advanced Cream; Uplifting Firming Advanced Cream Soft dan Concentrated Supreme Cream secara konsisten.
Tak ketinggalan, padankan dengan Bright Revitalizing Lotion atau Bright Revitalizing Lotion Enriched serta Emulsion dari rangkaian yang sama untuk menambah keberkesanan, sesingkat 1 minggu. Muka makin cerah dan awet muda, kedutan pun tak nampak!
CeraVe
Kini Menembusi Malaysia
Kulit sihat dambaan semua wanita. Bebas masalah kulit dan kejernihannya ketara. Nah, memfokuskan penyelesaian untuk pelbagai masalah kecantikan seperti kulit sensitif, kering dan atopic dermatitis akibat kerosakan rintangan kulit, jenama CeraVe yang menekankan pendekatan produk dermatologi kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia.
Diasaskan pada tahun 2005, himpunan produk CeraVe telah diformulasikan dengan ceramide yang sama dengan kulit manusia (Ceramide 1, 3 dan 6-11), asid lemak dan lipid lain serta disalurkan secara berkesan melalui MultiVescular Emulsion Technology (MVE). Teknologi inilah yang merawat kulit, melembap dan membantu mengekalkan kulit yang sihat dengan satu aplikasi sahaja. Produk utama CeraVe yang diperkenalkan di Malaysia adalah krim pelembap, losen pelembap, pembersih berbuih, pembersih hidrasi, losen pelembap muka AM dan PM.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rahsia Detoks Wajah Paling Berkesan, Inilah Ciri-Cirinya Untuk Kulit Glowing!

Bukan sekadar membersih tapi ada rahsia detoks wajah paling berkesan dan tersendiri tau sis, ketahui ciri-cirinya untuk nikmati kulit glowing!
Detoks wajah bertujuan untuk membersihkan sebanyak mungkin kotoran, habuk pencemaran dan sel kulit mati yang menyumbat pori-pori.
Merujuk laporan Times of India, ada pelbagai cara untuk melakukan detoks wajah di rumah. Salah satunya double cleansing atau membersihkan muka dengan dua produk pembersih.
Selain itu, sis juga boleh melakukan eksfoliasi menggunakan bahan-bahan pengelupasan semula jadi dan minum air putih secukupnya agar kulit makin cerah, lembap dan bebas jerawat.
RAHSIA DETOKS BERKESAN
Setiap kali detoksifikasi dilakukan, tubuh kita akan beradaptasi. Cuma pada peringkat awal pasti berlaku rasa kurang nyaman akibat tindak balas atau reaksi terhadap proses ini.

Nak tahu rahsia detoks wajah paling berkesan, semak ciri-cirinya untuk kulit glowing!
(1) Purging
Kalau tiba-tiba wajah ditumbuhi jerawat, komedo atau sebagainya, usah bimbang kerana ia bersifat sementara. Beberapa bahan aktif yang memicu purging adalah retinol, AHA, BHA, asid salisilik, benzoyl peroxide dan sebagainya.
Purging biasanya mengambil masa sekitar 4-6 minggu. Setelah itu kulit akan kembali sihat dan glowing.
Bagi membezakan purging dan breakout, perhatikan kawasan pertumbuhan jerawat atau komedo. Kalau tumbuh di kawasan yang kerap breakout, itu adalah purging. Tapi jika tumbuh di kawasan yang jarang berjerawat, kemungkinan besar ia breakout.
(2) Tona Lebih Cerah
Detoks wajah menggunakan bahan-bahan eksfoliasi boleh mencerahkan kulit. Kalau tiba-tiba tona wajah nampak lebih cerah berseri, maknanya proses detoks anda berhasil!
Tapi ingat bahawa kulit cerah bukan bererti putih. Maksud kulit cerah adalah tona kulit yang lebih sihat dan tidak kusam tak kiralah apa pun warnanya.

(3) Kulit Semakin Lembut
Apabila sel kulit mati disingkirkan, sel kulit baru yang lebih sihat akan muncul ke permukaan. Bagi yang memiliki kulit jenis berjerawat, detoks wajah boleh mengurangkan penyumbatan pori-pori akibat sel kulit mati, kotoran dan minyak.
Pun begitu, proses ini bukanlah berlaku serta-merta sis! Kitaran sel kulit mati memakan masa sekitar 28 hari.
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/masalah-kulit-kering-hingga-kemerahan-diana-danielle-lakukan-tiga-perkara-asas-ini-atasinya/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Usia 30-an & Ibu Anak 4, Kecantikan Isteri Datuk Jamal Abdillah Raih Pujian!

Baru berusia 30-an dan ibu anak 4, kecantikan isteri Datuk Jamal Abdillah ini sering raih pujian peminat.
Setiap kali mengikuti perkembangan terkini Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, kehadiran isterinya Datin Zai Izzati Khairuddin pasti mencuit perhatian.
Mempunyai keperibadian yang lembut, jarak usia Datin Zai Izzati dengan suami sejauh 35 tahun tidak pernah menjadi penghalang kepada pasangan ini menjalinkan ikatan cinta.


Kematangan yang ada dalam diri Datin Zai Izzati yang berasal dari Kulim, Kedah itu juga antara faktor memikat hati. “Ada isteri ni kehidupan saya lebih tenang dan ada teman bicara untuk berkongsi cerita dan masalah.
Alhamdulillah, Izzati pandai menguruskan rumah tangga, menjaga keperluan saya dan paling penting dia seorang yang matang dan memahami kerjaya saya sebagai penyanyi. Dia anugerah Allah SWT buat saya,” ujar Datuk Jamal.
Mengakui bibit cinta bermula dari pandang pertama, pasangan ini hanya sempat berkenalan selama dua bulan sebelum bernikah dan hanya sempat berjumpa sekali saja sebelum majlis dilangsungkan pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak.
Baru berusia 30-an dan ibu anak 4, kecantikan isteri Datuk Jamal Abdillah ini sering raih pujian peminat.

Kehadiran Datin Zai Izzati yang kini berusia 30-an merupakan satu anugerah Tuhan yang terindah buat diri Datuk Jamal Abdillah. Selain mengubat kesunyian, isteri juga menjadi peneman setia ke mana saja.
Perkahwinan yang diatur keluarga itu turut menerima sambutan baik daripada anak-anak lelaki Dato’ Jamal iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.
Bahagia dengan anak ramai pada usia 65 tahun, Datuk Jamal Abdillah yakin dengan rezeki-Nya meskipun lelaki seusia beliau sudah ‘bersara’ menjaga anak kecil.
Datuk Jamal Abdillah ditemui selepas sidang media Majlis Makan Malam Amal Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tengku Mahmud Besut Terengganu (TMESA), Night of Love And Compassion.
Memetik Sinarplus, penyanyi legenda ini memikirkan bahawa ketika ini adalah masa untuk beliau dan isteri, Datin Zai Izzati melihat anak membesar.
Pelantun lagu Gadis Melayu itu memaklumkan sebelum itu, beliau dan isteri merancang untuk tidak memiliki anak selepas kelahiran cahaya mata yang keempat.
Bagaimanapun, siapa sangka Raja Pop itu diberikan peluang sekali lagi untuk menimang cahaya mata kelima ketika beliau mencecah usia 65 tahun.
“Kalau nak ikutkan kehidupan saya pada usia ini, saya balik rumah dari kerja dan berehat. Namun, kalau sudah rezeki (anak), takkan nak tolak.
Sekarang ini generasi muda tak mahukan anak ramai, cukup sekadar dua cahaya mata. Namun bagi saya, anak adalah anugerah dan setiap zuriat yang lahir ada rezeki sendiri,” ujar Datuk Jamal Abdillah.
Pun begitu, Jamal tidak menafikan cabaran menguruskan anak-anak kecil dalam usia emas, namun beliau percaya dirinya dan isteri hanyalah sebagai perantara bagi rezeki anak-anak.
MAJLIS AMAL
Dalam perkembangan tersebut, Jamal dan Datuk Hattan bakal digandingkan dalam satu pentas pada Majlis Makan Malam Amal Persatuan TMESA, Night of Love And Compassion yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 14 Disember ini.
Penampilan duo selebriti tanah air itu disifatkan sebagai satu pilihan ‘evergreen’ dan diyakini mampu menarik jumlah pengunjung yang ramai tanpa mengira usia.
Dengan sasaran kutipan RM1 juta, hasilnya akan digunakan bagi tujuan pelaksanaan kegiatan kebajikan dan tajaan kepada pelajar yang memerlukan.
TMESA juga mahu meneruskan program ‘Sponsor A Student’ (SAS) yang kini telah membantu lebih 1000 pelajar yang rata-ratanya daripada kalangan keluarga daif.
Orang ramai boleh membeli tiket bagi majlis tersebut pada harga RM15,000, RM10,000, RM8,000, RM6,000 dan RM4,000 bagi satu meja.
Untuk maklumat lanjut berhubung pembelian tiket boleh menghubungi Hatta, di talian 018-2239934 atau Nik Ahmad, 019-4524567.
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/the-talented-hijabi-shila-amzah-mara-ke-final-pertandingan-nyanyian-di-china/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI