Wanita sanggup buat pelbagai cara untuk kekal cantik. Ada yang amalkan cara susah dan ada juga yang mencuba cara lebih mudas untuk diamalkan. Cantik ini bukan sahaja pada luaran, dalam juga penting untuk memastikan seseorang itu kekal sihat dan bertenaga. Jika kedua-duanya ‘maintainn’ pasti sumar sayang dan hubungan Kekal hinge ke jannah.
Salah satu cara untuk menjaga kecantikan dalaman adalah seperti yang dikongsi dilaman sosial ini. Caranya ialah dengan mengamalkan teh halba yang bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi juga buat kanak-kanak.
Petua menggunakan teh halba ini miming cukup viral. Sebelum ini telah dikongsi oleh Sumayyah Abdullah
atau nama panggilan salam media sosial Ciksu Maajun dan apabila mendapat permintaan dari netizen, dia telah repost sekali lagi amalan pengambilan teh halba untuk kecantikan dalaman dan luaran.Hmmm..rasa tenang betul selepas minum teh halba ni. Wangi dan harum sangat. Ramai yang tak tahu rupanya halba ni boleh dibuat teh. Khasiatnya pun banyak. Lelaki, wanita, kanak-kanak semua boleh minum.
Nak buat teh halba ni senang sangat. Cuma perlu kan halba sebagai bahan utama.
1- Halba satu sudu kecil
2- Air segelas
3- Madu satu sudu besar(boleh ganti gula perang) guna sudu plastik tau. Ceq tak jumpa plak sudu plastik ceq pagi tadi.
4- Limau kasturi(option lemon, limau nipis, pati delima) tak nak masuk pun tak pe.
Cara-cara nya, rebus halba sehingga mendidih. Biarkan sejuk. Kemudian masukkan madu dan perah jus limau. Kacau rata, dan terus minum. Amalkan setiap pagi, Inshaallah akan rasa perubahannya.
Antara khasiat teh halba adalah :
1- Mencantikkan struktur kulit dari dalam serta memelihara keanjalan kulit makna kata lain awet muda secara semulajadi.
2- Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan seterusnya membantu mengurangkan masalah berat badan atau kegemukan.
3- Menambah tenaga seksual samada lelaki atau wanita. Auumm. Dalam perubatan china membuktikan kenyataan ini.
4- Menguatkan fungsi jantung. Inshaallah tak rasa mengah-mengah lagi dah.
5- Merawat masalah sembelit & buasir.
6- Melancarkan perjalanan darah.
7- Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid).
8- Melegakan masalah sakit kepala / migraine.
9- Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyuburkan rahim. Bagus sebagai ikhtiar untuk mereka yang ingin hamil.
10- Mengetatkan & menremajakan rahim. Dalam kata lain dalaman menjadi anak dara balik. Oppst.
11- Menghilangkan lendir & sakit tekak.
12- Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah.
13- Membantu kecerdasan kanak-kanak yang meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan.
14- Memperbanyakkan air susu ibu. Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi. Yang ni seriously berkesan.
Tak perlu lagi ambil suplemen pelik-pelik. Kesan selepas 48 jam dah boleh rasa tau.
Khasiat berganda-ganda tak padan dengan saiz halba yang kecik. Harga pun murah. Anytime boleh buat lah. Selamat mencuba.
Artikel Lain: Rahsia Fazura Kekal Jelita Macam Cinderella