Menjadi selebriti atau ‘public figure’ membuatkan seseorang itu perlu menjaga penampilan dirinya. Perlu sentiasa kelihatan cantik dan tampil menarik tidak kira dalam apa jua situasi. Dan pastinya menjaga kecantikan kulit wajah memang sangat perlu diutamakan dan di titikberatkan. Begitu juga bagi penyanyi berkulit cerah, Wany Hasrita yang turut mempunyai rahsia tersendiri dalam menjaga kecantikan dirinya. Tidak mengamalkan petua tradisional sebaliknya makan buah delima untuk mendapatkan hasil kulit lebih cantik dan ‘flawless’.
Menurut Wany, dia begitu menyukai buah delima yang diketahui memang banyak khasiatnya. Sejak dulu dia memang gemarkan buah ini walaupun tahu haraganya agak mahal berbanding buah biasa.
Antara bahan semula jadi yang digunakan dalam produk berkenaan adalah seperti kurma, delima, madu dan juga safron. Selain memiliki rasa delima yang cukup enak, dia amat baik untuk memberi tenaga.
Disebabkan kandungan semula jadi yang ada di dalam produk ini, semua golongan boleh amalkannya termasuklah ibu mengandung dan warga tua.
Memilih untuk membuat produk kesihatan bukan kosmetik dan ini adalah jawapan Wany apabila ditanya berkenaan perkara itu.
“Pada saya, sudah terlalu banyak produk kosmetik yang ada di pasaran. Lagipun, saya sendiri jarang mengenakan sebarang solekan bila keluar rumah kecuali untuk acara yang tertentu. Jadi, saya rasa tidak adil untuk saya keluarkan sesuatu produk yang saya sendiri tidak guna.
Niat saya cuma mahu berkongsi kepada semua peminat di luar sana tentang apa yang saya amalkan. Saya juga mahu memudahkan orang lain dengan mewujudkan produk kesihatan ini,” ujar penyanyi yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu ini.
Menyedari kemunculan Wany yang cukup santun dan menepati ciri Muslimah membuatkan ramai tertarik dengan personalitinya. Namun dia turut mengakui bukan mudah untuk kekal dengan imej begitu.
“Betul, untuk kekal istiqomah memang bukan satu perkara yang mudah. Kadangkala, ada juga tergelincir daripada landasan.
“Tetapi sebagai seorang manusia, bila terasa ada buat salah, kita perbaiki secara perlahan-lahan. Insya-Allah Tuhan akan tolong kita,” jelasnya yang berpendapat maksud hijabi itu adalah seorang yang tertutup auratnya dengan sempurna dan boleh menguasai dunia.
Ketika ditanya impiannya dalam 5 tahun akan datang, Wany membayangkan dirinya sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Selain menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang nyanyian dan kini bergelar usahawan, Wany juga selesa kerana perjalanan seninya berjalan lancar seperti dirancang.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM WANY HASRITA