Diskriminasi terhadap wanita Muslim bukanlah perkara yang asing, tambahan pula di negara yang majoriti bukan beragama Islam. Pemakaian hijab menjadi satu perkara yang dipolitikkan seolah-olah hijab merupakan satu simbol penindasan.
Namun di sebalik segala percubaan untuk memburukkan agama Islam yang mencetus Islamofobia, terdapat individu yang berani membawa angin perubahan. Antara figura hebat tersebut adalah Amal Chammout yang merupakan seorang pegawai polis di Dearborn, Michigan, Amerika Syarikat.
Merupakan warganegara Amerika Syarikat keturunan Lebanon, Amal memulakan tugas pada tahun 2016, dia yang ketika itu berusia 23 tahun dan sememangnya berhijab sebagai tuntutan agama telah dilantik sebagai pegawai bahagian ordinan bagi menghadapi fenomena Islamofobia yang menular di seluruh dunia sekaligus mengurangkan stereotaip terhadap hijab.
Dalam satu temubual bersama media pada 2016, Amal dia memasuki jabatan Polis untuk membantu orang ramai, membantu pegawai penguatkuasa undang-undang dan mendidik orang lain tentang keselamatan awam.
ARTIKEL BERKAITAN: Ayah Galal, Wanita Berhijab Pertama Jadi Pembaca Berita Di Connecticut, Amerika Syarikat
Wanita cantik berhijab ini bermula dari bawah sebagai pelatih dan kemudiannya mendapat jawatan tetap sebagai pegawai ordinan. Menariknya, walaupun bekerja sepenuh masa dalam pada waktu yang sama, dia sebenarnya sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana keadilan jenayah di Bowling Green State University.
Menurut maklumat yang dipaparkan di halaman linkedin miliknya, Amal menamatkan pengajian sarjananya pada tahun 2018. Soal kejayanya pula, setelah bergelar pegawai ordinan untuk dua tahun, pada tahun 2019 sehingga 2020 dia telah dilantik sebagai Penyelaras Suruhanjaya Pertahanan Orang Miskin Michigan dan kini dia bekerja bersama bahagian Polis Detroit.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.