Diskriminasi terhadap wanita Muslim bukanlah perkara yang asing, tambahan pula di negara yang majoriti bukan beragama Islam. Pemakaian hijab menjadi satu perkara yang dipolitikkan seolah-olah hijab merupakan satu simbol penindasan.
Namun di sebalik segala percubaan untuk memburukkan agama Islam yang mencetus Islamofobia, terdapat individu yang berani membawa angin perubahan. Antara figura hebat tersebut adalah Amal Chammout yang merupakan seorang pegawai polis di Dearborn, Michigan, Amerika Syarikat.
Merupakan warganegara Amerika Syarikat keturunan Lebanon, Amal memulakan tugas pada tahun 2016, dia yang ketika itu berusia 23 tahun dan sememangnya berhijab sebagai tuntutan agama telah dilantik sebagai pegawai bahagian ordinan bagi menghadapi fenomena Islamofobia yang menular di seluruh dunia sekaligus mengurangkan stereotaip terhadap hijab.
Dalam satu temubual bersama media pada 2016, Amal dia memasuki jabatan Polis untuk membantu orang ramai, membantu pegawai penguatkuasa undang-undang dan mendidik orang lain tentang keselamatan awam.
ARTIKEL BERKAITAN: Ayah Galal, Wanita Berhijab Pertama Jadi Pembaca Berita Di Connecticut, Amerika Syarikat
Wanita cantik berhijab ini bermula dari bawah sebagai pelatih dan kemudiannya mendapat jawatan tetap sebagai pegawai ordinan. Menariknya, walaupun bekerja sepenuh masa dalam pada waktu yang sama, dia sebenarnya sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana keadilan jenayah di Bowling Green State University.
Menurut maklumat yang dipaparkan di halaman linkedin miliknya, Amal menamatkan pengajian sarjananya pada tahun 2018. Soal kejayanya pula, setelah bergelar pegawai ordinan untuk dua tahun, pada tahun 2019 sehingga 2020 dia telah dilantik sebagai Penyelaras Suruhanjaya Pertahanan Orang Miskin Michigan dan kini dia bekerja bersama bahagian Polis Detroit.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tatacara Melaksanakan Umrah, Wajib Tahu Sebelum Menunaikanya
Mengerjakan ibadah umrah adalah wajib dilakukan bagi individu yang mampu. Dengan panduan umrah ini, diharapkan dapat membantu anda melaksanakannya dengan sempurna.
Bagi yang ingin mengerjakan umrah, terdapat panduan umrah yang boleh diikuti. Sebagai permulaan, ibadah umrah bermaksud mengunjungi Baitullah di Makkah mengikut tertib.
Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.
Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I’timar iaitu (ziarah).
Diriwayatkan daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Jemaah Haji dan Umrah adalah rombongan Allah, jika mereka berdoa kepada Nya, Dia akan memustajabkan doa mereka dan sekiranya mereka memohon ampun daripadaNya, Dia akan mengampunkan mereka.
Berikut adalah tatacara melaksanakan umrah:
1. Jika seseorang itu hendak melaksanakan umrah, dianjurkan untuk dia mempersiapkan diri sebelum berihram dengan mandi sebagaimana seseorang itu mandi junub, memakai wangi-wangian yang terbaik (jika ada) dan memakai pakaian ihram.
2. Pakaian ihram bagi lelaki berupa dua lembar kain ihram yang berfungsi sebagai sarung dan penutup bahu. Adapun bagi jemaah wanita, dia hanya perlu memakai pakaian yang telah disyari’atkan yang menutupi seluruh tubuhnya. Namun tidak dibenarkan memakai niqab / purdah (penutup wajahnya) dan tidak dibenarkan memakai sarung tangan.
3. Berihram dari miqat dengan mengucapkan:
لَبَّيْكَ عُمْرَةً
“labbaik ‘umrah” (aku memenuhi panggilan-Mu untuk menunaikan ibadah umrah).
4. Jika anda khuatir sekiranya tidak dapat menyelesaikan umrah kerana sakit atau perkara-perkara lain yang menjadi penghalang, maka dibolehkan untuk mengucapkan perkataan berikut setelah mengucapkan kalimah di atas dengan mengatakan,
اللَّهُمَّ مَحِلِّي حَيْثُ حَبَسْتَنِي
“Allahumma mahilli haitsu habastani”
(Ya Allah, tempat tahallul di mana saja Engkau menahanku).
Dengan mengucapkan perkataan ini—baik dalam umrah mahupun ketika haji–, jika seseorang itu terhalang untuk menyempurnakan manasiknya, maka dia dibenarkan untuk bertahallalul dan tidak wajib membayar dam (menyembelih seekor kambing).
5. Tidak ada solat khusus untuk berihram, namun jika bertepatan dengan waktu solat wajib, maka solatlah lalu berihram setelah solat.
6. Setelah mengucapkan “talbiah umrah” (pada point no 3), sebaiknya dilanjutkan dengan membaca dan memperbanyak talbiah berikut, sambil mengeraskan suara bagi lelaki dan lembut bagi perempuan hingga tiba di Makkah:
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَك لَبَّيْكَ ، إنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَك وَالْمُلْكَ لَا شَرِيكَ لَك
“Labbaik Allahumma labbaik. Labbaika laa syariika laka labbaik. Innalhamda wan ni’mata, laka wal mulk, laa syariika lak”.
(Aku menjawab panggilan-Mu ya Allah, aku menjawab panggilan-Mu, aku menjawab panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, aku menjawab panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, kenikmatan dan kekuasaan hanya milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu).
7. Jika berkesempatan, seseorang itu dianjurkan untuk mandi sebelum memasuki kota Makkah.
8. Masuk Masjidil Haram dengan mendahulukan kaki kanan sambil membaca doa masuk masjid:
اللَّهُمَّ افْتَحْ لِى أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ.
“Allahummaf-tahlii abwaaba rohmatik”
(Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu rahmat-Mu).[1]
9. Menuju ke Hajar Aswad, lalu menghadapnya sambil membaca “Allahu akbar” atau “Bismillah Allahu akbar” lalu mengusapnya dengan tangan kanan dan menciumnya. Jika tidak mampu untuk menciumnya, maka cukup dengan mengusapnya, lalu mencium tangan yang mengusap hajar Aswad. Jika tidak mampu untuk mengusapnya, maka cukup dengan memberi isyarat kepadanya dengan tangan, namun tidak mencium tangan yang memberi isyarat. Ini dilakukan pada setiap putaran tawaf.
10. Kemudian, mula tawaf umrah dengan 7 putaran, dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di Hajar Aswad. Disunnahkan untuk berlari-lari kecil pada 3 putaran pertama dan berjalan biasa pada 4 putaran terakhir.
11. Disunnahkan untuk mengusap Rukun Yamani pada setiap putaran tawaf. Namun tidak dianjurkan mencium rukun Yamani. Dan apabila tidak mampu untuk mengusapnya, maka tidak perlu memberi isyarat dengan tangan.
12. Ketika berada di antara Rukun Yamani dan Hajar Aswad, disunnahkan membaca,
رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Robbana aatina fid dunya hasanah, wa fil aakhiroti hasanah wa qina ‘adzaban naar” (Ya Rabb, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta selamatkanlah kami dari seksaan api neraka). (Al Baqarah: 201)
13. Tidak ada zikir atau bacaan tertentu pada waktu tawaf, selain yang disebutkan pada no. 12. Dan seseorang yang sedang tawaf boleh membaca Al Qur’an atau do’a dan zikir yang dia sukai.
14. Setelah tawaf, tutuplah kedua bahunya, lalu menuju ke makam Ibrahim sambil membaca,
وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى
“Wattakhodzu mim maqoomi ibroohiima musholla” (Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat solat) (Al Baqarah: 125).
15. Solat sunnah tawaf dua raka’at di belakang Maqam Ibrahim[2], pada rakaat pertama setelah membaca surah Al Fatihah, baca surah Al Kaafirun dan pada raka’at kedua setelah membaca Al Fatihah, membaca surat Al Ikhlas.[3]
16. Setelah solat disunnahkan minum air zam-zam.
17. Kembali ke Hajar Aswad, bertakbir, lalu mengusap dan menciumnya jika hal itu memungkinkan atau mengusapnya atau memberi isyarat kepadanya.
Sai’e Umrah
18. Kemudian, menuju ke Bukit Safa untuk melaksanakan sai’e umrah dan jika telah mendekati Safa, terus membaca,
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ
“Innash safaa wal marwata min sya’airillah” (Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar Allah) (Al Baqarah: 158).
Lalu mengucapan,
نَبْدَأُ بِمَا بَدَأَ اللَّهُ بِهِ
“Nabda-u bimaa bada-allah bih”.
19. Menaiki bukit Safa, lalu menghadap ke arah Ka’bah hingga melihatnya jika hal itu memungkinkan, kemudian membaca:
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ (3x)
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِى وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ أَنْجَزَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ
“Allah Mahabesar, Allah Mahabesar, Allah Mahabesar. (3x)
Tiada sembahan yang berhak disembah kecuali hanya Allah semata-mata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya lah segala kerajaan dan segala pujian untuk-Nya. Dia yang menghidupkan dan yang mematikan. Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.
Tiada sembahan yang berhak disembah kecuali hanya Allah semata-mata. Dialah yang telah melaksanakan janji-Nya, menolong hamba-Nya dan mengalahkan tentera sekutu dengan sendirian.”[4]
20. Bacaan ini diulang tiga kali dan berdoa di antara pengulangan-pengulangan itu dengan do’a apa saja yang dikehendaki.
21. Lalu turun dari Safa dan berjalan menuju ke Marwah.
22. Disunnahkan berlari-lari kecil dengan cepat dan sungguh-sungguh di antara dua tanda lampu hijau yang beada di Mas’a (tempat sai’e) bagi lelaki, lalu berjalan biasa menuju Marwah dan menaikinya.
23. Setibanya di Marwah, kerjakanlah apa-apa yang dikerjakan di Safa, iaitu menghadap kiblat, bertakbir, membaca zikir pada no. 19 dan berdo’a dengan do’a apa saja yang dikehendaki, perjalanan (dari Safa ke Marwah) dihitung satu kiraan.
24. Kemudian turunlah, lalu menuju ke Safa dengan berjalan di tempat yang ditentukan untuk berjalan dan berlari bagi lelaki di tempat yang ditentukan untuk berlari, lalu naik ke Safa dan lakukan seperti semula, dengan demikian sudah dikira dua kali larian.
25. Lakukanlah hal ini sampai tujuh kali dengan berakhir di Marwah.
26. Ketika sai’e, tidak ada zikir-zikir tertentu, maka boleh berzikir, berdo’a, atau membaca bacaan-bacaan yang dikehendaki.
27. Tidak menjadi salah sekiranya anda membaca do’a ini:
للَّهُمَّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنْتَ الأَعَزُّ الأَكْرَمُ
“Allahummaghfirli warham wa antal a’azzul akrom”
(Ya Rabbku, ampuni dan rahmatilah aku.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa dan Maha Pemurah), tidaklah menjadi satu kesalahan membaca doa ini kerana telah diriwayatkan dari ‘Abdullah bin Mas’ud dan ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma bahwasanya mereka membacanya ketika sai’e.
28. Setelah sai’e, maka bertahallul dengan memendekkan seluruh rambut kepala atau mencukur (membotakkan kepala), dan yang mencukur sehingga botak itulah yang lebih afdal. Adapun bagi wanita, cukup dengan memotong rambutnya sepanjang satu ruas jari.
29. Setelah memotong atau mencukur rambut, maka berakhirlah ibadah umrah dan Anda telah dibolehkan untuk mengerjakan hal-hal yang tadinya dilarang ketika dalam keadaan ihram.
SUMBER: Fitrah Al Haj
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lincah Dalam Balutan Hijab, Aifa Azman Juara Skuasy Terbuka Malaysia 2021
Siapa sangka dari hanya bertanding sebagai pemain wildcard, dia akhirnya merangkul gelaran Juara Skuasy Terbuka Malaysia 2021 mengikut jejak pemain hebat negara terdahulu seperti Datuk Nicol Ann David.
Dengan kemenangannya ini, dia menjadi pemain kelima negara yang menjuarai Skuasy Terbuka Malaysia kategori wanita. Aifa Azman, 20, membuktikan yang walaupun dia berada di kedudukan ke-69 dalam ranking dunia, ia bukan satu penghalang untuk berjaya memenangi sesebuah kejohanan besar.
Dalam pusingan akhir yang berlangsung semalam, dia mengalahkan pemain nombor lapan dunia, Salma Hany dengan kutipan mata 12-10, 11-8 dan 11-4. Atlet kelahiran Kedah ini menguasai keseluruhan set permainan lantas berjaya mendapat gelaran sulung di kejohanan berstatus gangsa dalam jelajah dunia PSA ini.
Sebelum berjaya melangkah ke peringkat akhir, gadis yang manis berhijab ini terlebih dahulu mengejutkan ramai apabila dia berjaya mengetepikan tiga pesaing dari Mesir yang nyata menduduki ranking lebih tinggi daripadanya.
Ketika ditemui wartawan sejurus dinobatkan sebagai juara, Aifa berkongsi rasa, “Saya rasa luar biasa di atas kemenangan ini terutama selepas status saya selaku pemain wildcard dan apa lebih menarik, saya berjaya menewaskan seorang daripada pemain yang berada dalam kelompok terbaik dunia.”
Menjadikan Datuk Nicol Ann David sebagai idolanya, gadis manis ini mahu terus berlatih dan berusaha memperbaiki kedudukannya dalam randing dunia. Dia juga dalam masa yang sama mahu fokus membantu rakan sepasukannya di Kejohanan Berpasukan Asia yang dijadual berlangsung dari 30 November hingga 4 Disember akan datang di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.
Sejurus kemenangan ini, mengikut catatan di profil Instagramnya, Aifa kini berada dalam ranking ke-57 dunia. Syabas!
Sumber: Bernama
Kredit Foto: Bernama & Instagram Aifa Azman
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Qatar Cipta Sejarah, Solat Jumaat Dianjurkan Buat Kali Pertama Di Piala Dunia
Piala Dunia FIFA 2022 memang terasa istimewa kerana buat pertama kalinya ia diadakan di negara Arab iaitu Qatar sebagai tuan rumah. Piala Dunia FIFA 2022 telah bermula pada hari Ahad, 20 November yang lalu dan akan berakhir pada 18 Disember 2022.
Menjadi kebiasaan setiap hari Jumaat, umat Islam akan mengerjakan solat Jumaat. Buat kali pertama dalam sejarah, ratusan peminat, pemain dan kakitangan yang terlibat dengan penganjuran Piala Dunia telah menunaikan Solat Jumaat di perkarangan Stadium Ahmed bin Ali Stadium dan Stadium Al-Thamma.
Foto yang tular melalui laman Twitter menunjukkan suasana solat Jumaat di luar Stadium Al-Thumama, lokasi perlawanan kedua Kumpulan A membabitkan Qatar dengan Senegal.
Hantaran yang dimuat naik tersebut secara tidak langsung mencuri tumpuan dunia dan ramai menyifatkan ia sebagai satu peristiwa bersejarah.
الحمدلله ..
اللهم تقبل منا ومنهم صالح الاعمال pic.twitter.com/aHpkA3G3us— حسن الساعي (@Hassan_alsai) November 25, 2022
Difahamkan, disebabkan perlawanan berlangsung beberapa jam selepas itu, ratusan para penyokong mengambil peluang menunaikan solat Jumaat. Menerusi video ini, dapat dilihat umat Islam berkumpul di perkarangan luar stadium sambil menunggu masuknya waktu Solat Jumaat serta memenuhi ruang-ruang padang berdekatan stadium.
Artikel Berkaitan: Duta Piala Dunia 2022 Digelar Budak Ajaib Qatar, Latar Belakang Ghanim Al-Muftah Luar Biasa
Di tempat lain pula, khutbah Jumaat telah disampaikan dalam bahasa Inggeris di hadapan Stadium Ahmed Bin Ali, iaitu lokasi perlawanan antara Iran dan Wales.
Antara intipati khutbah Jumaat itu adalah tentang kebajikan wanita, menghormati ibu bapa serta memelihara hak pekerja.
“Saya telah datang ke negara Islam untuk menghadiri Solat Jumaat. Ini membuatkan saya sangat gembira semasa berada dalam perlawanan ini,” kata seorang peminat yang berasal daripada Maghribi melalui laman Twitter.
Outside Al thumama stadium in Qatar today for the congregational Friday prayer. Islam is indeed beautiful. I have every reason to be proud because I am a Muslim. @kiramjoho @khalidjoho @Asmali77 what do you make of that opulent kind of environment? pic.twitter.com/TXHce5sOwg
— Nasirmagan (@nasirmagan) November 25, 2022
Untuk pengetahuan anda, Qatar mencipta sejarah menjadi negara Islam pertama yang diberikan hak untuk menganjurkan temasya teragung dunia bola sepak itu. Terdahulu, kejohanan tersebut dimulakan dengan ahli perniagaan termuda Qatar Ghanim Al Muftah membaca sepotong ayat al-Quran.
Artikel Berkaitan: Qatar Memperkenalkan Islam Kepada Seluruh Dunia, Pembukaan Rasmi FIFA 2022 Dengan Bacaan Surah Al-Hujurat.
Dalam pada itu, negara Islam tersebut turut mencuri perhatian dunia apabila memperkenalkan beberapa peraturan yang dianggap bertentangan dengan tradisi Piala Dunia, termasuk melakukan larangan penjualan minuman beralkohol di sekitar stadium.
Sumber: The Siasat Daily
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI