Kecantikan

Alyah Kini Semakin ‘Langsing’, Syukur Allah Kurniakan Kesihatan Mudah Beribadah!

Share

Penyanyi Datin Alyah yang kini tampil dengan figura ideal dan lebih segar tidak menafikan sebelum ini dia mengalami masalah gastrik sehingga ada ketika menjadi kekangan buatnya untuk membuat persembahan.

Isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS ini menambah, berat badannya juga pernah mencecah hingga 68 kilogram.

Berat Alyah Pernah Cecah 68 Kilogram Hingga Hadapi Masalah Kesihatan!

“Saya tak nafikan ramai yang bertanya bagaimana saya boleh kurus. Sebenarnya siapa yang mengikuti perkembangan saya pasti ada yang tahu berat badan saya pernah cecah hampir 70 kilogram.

“Ditambah pula saya ada alami masalah gastrik yang teruk hingga muntah-muntah. Malah pernah juga masuk hospital kerana masalah tersebut,” katanya.

“Jadi saya ambil keputusan untuk berjumpa pakar bedah gasteroenterologist Dr Mustafa Mohammed Taher. Saya terlebih dahulu mendapatkan nasihat dan cadangan apa yang terbaik untuk kesihatan.

“Lalu saya jalani bariatric operation tahun lalu dan tiada rahsia untuk disembunyikan. Perkara itu saya ada kongsi di media sosial juga,” ujarnya.

Datin Alyah mengakui dirinya berasa bahagia dengan keputusan melakukan pembedahan bariatrik atas faktor kesihatan meskipun ada suara-suara sumbang mengecam dirinya sekarang kelihatan sangat kurus.

Artikel berkaitan: Jalani Pembedahan Bariatrik, Alyah Korbankan Ibadah Puasa Atas Nasihat Pakar. Hilang Hampir 9 Kg!

Malah, tegasnya tiada apa yang perlu dimalukan jika seseorang mengambil keputusan melakukan prosedur tersebut kerana hanya diri sendiri yang tahu betapa seksanya menanggung kesakitan.

“Bila orang nampak kita dah kurus, mereka hanya fikir, yelah nak menunjuk-nunjuk. Siapa yang nak fikir, kita pernah sakit sebelum ini? Tiada siapa peduli ya.

“Bila dah kurus pula, ada pula suara-suara berbunyi, kenapa kurus sangat, cengkung muka tu, saya nak awak yang dulu, sekarang kurus sangat,” tulis Alyah dalam sebuah perkongsian video menerusi Instagram.

Syukur Allah Kembalikan Semula Nikmat Kesihatan & Mudah Beribadah

“Mengenang kembali macam mana saya pernah ulang alik pergi klinik dan hospital, Allah SWT bagi jalan untuk kembali cergas dalam beribadah, bekerja dan beriadah.

“Sebesar-besar syukur saya panjatkan pada ilahi. Alhamdulillah dan sampai sekarang saya usaha untuk jalani gaya hidup sihat. Kawal pemakanan, bersenam dan sebagainya,” katanya lagi.

Artikel berkaitan: “Ikutkan Tok Ram, Berkain Pelikat Sahaja Di Pagi Raya,”- Alyah Bersederhana Sambut Raya Ikut Cara Tok Ram!

Sumber info dan gambar: Instagram Datin Alyah

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir