Mendengar bacaan selawat ke atas Nabi yang dialunkan dalam rentak perlahan sememangnya boleh membuatkan hati kita tersentuh. Malah hingga boleh menitiskan air mata mengenang perjuangan Rasulullah menegakkan syiar Islam. Kalau kita sebagai Muslim juga boleh tersentuh begitu juga jika bukan Muslim. Seperti yang terjadi pada Agnes Monica yang begitu tersentuh hatinya setelah mendengar seorang gadis mengalunkan nyanyian merdu mengagungkan Allah SWT dan Rasulullah SAW ini.
Kejadian ini berlaku ketika gadis ini dikenali nama Sharla menjalani audition dalam pertandingan The Voice Kids Indonesia musim kedua. Pertandingan ini mencari bakat baru di kalangan kanak-kanak dan remaja. Setelah dia menyanyikan sebuah lagu, Agnes Monica bertanya apa lagi lagu yang dia suka.
Sharla ini kemudiannya menjawab ‘Qasidah’ dan Agnes kemudiannya menyuruh dia terus menyanyi di depannya dan juga dua juri lain.
Sharla pun mengalunkannya.
“Raqqat ‘ainaya shawqan, wa li Taibata tharafat ‘ishqan
Fa’ataytu ila habibi, fahda’ ya qalbu wa rifqan
Salli ‘ala Muhammad.
Assalamu alayka ya Ya Rasool Allah
Assalamu alayka ya habibi Ya Nabiyya Allah.”
Sebaik selesai, Agnes Monica begitu terpukau dan berkali-kali memuji mengatakan nyanyiannya bagus sambil melihat ke arah juri lain.
“Uuuuuh bagus sekali, stabil” lontar Agnes.
Ternyata kelunakan suara lunak telah menyentuh hati Agnes Monica hingga membuatkan dia hampir memangis mendengar suara Sharla mengalunkan bacaan selawat itu. Video ini telah mendapat tontonan di youtube hampir 3 juta dan komen positif dari netizen.