Sekarang ini tengah hangat diperkatakan mengenai isu iklan raya yang terang-terangan mempromosikan aktiviti perjudian tanpa segan silu.

Tampil dengan mod iklan raya yang ceria, ramai yang mengecam sekaligus mengutuk syarikat perjudian tersebut kerana dilihat cuba menghalalkan perbuatan yang haram dan mengajak lebih ramai umat Islam untuk menyertainya.

Menentang keras perbuatan tersebut, pelakon popular, Ashrad Muslim telah menzahirkan rasa marah dan kesalnya terhadap pembikinan video tersebut yang mencemari bulan suci Ramadan.

Kurang Ajar!

Allahuakbar! Makin menjadi-jadi manusia sekarang. Secara terang-terangan mengajak orang ramai buat dosa. Bulan Ramadan, bulan yang baik, bulan yg penuh rahmat Allah. Tapi video yang korang tgk ni telah merosakkan bulan yg suci ini.
KURANG AJAR lah siapa yang terlibat dalam pembikinan video ni. Takkan tak tahu video ni pasal apa? Judi laa!

IKLAN

JUDI ITU HARAMM!! Mana iman? Mana akidah? Ini negara Islam jangan buat onar macam ni! Aku tak tahulah, yg berlakon dalam video ni sedar ke tak sedar apa yang dinyanyikan tu. Memang tak fikir panjang bila buat semua ni. Pastu berani plak nak promosi mcmni.
Kalau lah korang ni islam, menjawablah dengan Allah swt.

Aku post video ni bukan utk korang main judi atau nak promote bisnes dierg tapi nak bagitahu kepada masyarakat, ini adalah cara-cara anasir-anasir yang ingin merosakkan islam secara halus. Dan media sosial adalah tempat yg mudah utk mereka sampaikan. Video ni adalah JAHAT SAMA SEKALI dan ini adalah SALAH!

IKLAN

Berani kerana benar.

وَلَا تَلۡبِسُوا۟ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُوا۟ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ﴿ ٤٢ ﴾

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (42)

IKLAN

Al-Baqarah, Ayat 42

Kepada pihak berkuasa tolong ambil tindakan kepada mereka yg terlibat dalam video ini. Daripada yg buat idea, klien yg terlibat, pihak produksi, barisan pelakon, penyanyi dan krew dan mereka yg terlibat dengan video ini.Perbuatan ini memang tidak boleh dimaafkan oleh masyarakat islam. Tindakan ini telah melanggar sensitiviti orang islam dan memalukan negara yang mengamalkan agama islam sebagai agama rasmi.

#judiituharam
#Beranikeranabenar

Terkedu sis melihat segentilir manusia yang tanpa segan silu mempermainkan kesucian agama Islam. Moga kita sentiasa meneguhkan hati dan iman kita agar tidak mudah terpengaruh dengan perkara sebegini. Tiada gunanya jika kita kumpul harta berjuta namun tidak mendapat keberkatan di sisi Allah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI