Allahu Sedihnya! Dapat Tahu Diri Hamil Tiga Hari Lepas Suami Meninggal Dunia Kena Serangan Jantung

Share

Baru-baru ini tular kisah seorang wanita yang kehilangan suami selepas dua bulan bergelar suami isteri pada November tahun lalu.

Menerusi satu perkongsian video di IG wanita yang mahu dikenali sebagai  Airin, 24 tahun, telah berkongsi momen dirinya berbadan dua. Sebak dan simpati dengan keadaan dirinya yang terpaksa melalui detik-detik kehamilan tanpa kehadiran sang suami di sisi.

Difahamkan bahawa suami Airin yang dikenali sebagai Muhammad Amirul Ashraf, 25 tahun, meninggal dunia genap dua bulan perkahwinan mereka. Arwah mengalami serangan jantung ketika bermain futsal.

Berikut coretan pilu dan menyentuh hati.

3 hari selepas you pergi, i baru tau i pregnant you.. i mintak maaf i tak sempat nak bgtau you… Seminggu sebelum you pergi, setiap hari you cakap i pregnant.

Tapi bila i check, negative. Tapi u hari hari paksa i check lg 😂 you kata u yakin i pregnant. Hahaha. Tapi baby pun malu malu lg nk tunjukkan diri dia time tu. lepas ayah tkde, baru nk tunjukkan diri ye baby? Tkpe.. ayah mesti dah tau dulu tu.. hihi.

You taknk tengok i sedih lama lama kan? Sbb tu Allah bg hadiah ni kt i & family kita.

Semoga Allah mudahkan urusan i & anak kita ye you.. semoga i dapat melatih diri i untuk jd ibu yg baik utk anak kita. I harap muka baby sebijik you! Boleh la i gomol dia tiap hari! Kurang sikit rindu i kt youuu hihi.

 

 

Meskipun berita gembira itu tidak dapat dikongsikan bersama suami tercinta, namun kehadiran zuriat itu sedikit sebanyak menjadi pengubat rindu. Al-Fatihah.

Sumber kredit: ai_pav

Published by
Norhasliza