Baru-baru ini tular kisah seorang wanita yang kehilangan suami selepas dua bulan bergelar suami isteri pada November tahun lalu.
Menerusi satu perkongsian video di IG wanita yang mahu dikenali sebagai Airin, 24 tahun, telah berkongsi momen dirinya berbadan dua. Sebak dan simpati dengan keadaan dirinya yang terpaksa melalui detik-detik kehamilan tanpa kehadiran sang suami di sisi.
Difahamkan bahawa suami Airin yang dikenali sebagai Muhammad Amirul Ashraf, 25 tahun, meninggal dunia genap dua bulan perkahwinan mereka. Arwah mengalami serangan jantung ketika bermain futsal.
Berikut coretan pilu dan menyentuh hati.
3 hari selepas you pergi, i baru tau i pregnant you.. i mintak maaf i tak sempat nak bgtau you… Seminggu sebelum you pergi, setiap hari you cakap i pregnant.
Ads
Tapi bila i check, negative. Tapi u hari hari paksa i check lg 😂 you kata u yakin i pregnant. Hahaha. Tapi baby pun malu malu lg nk tunjukkan diri dia time tu. lepas ayah tkde, baru nk tunjukkan diri ye baby? Tkpe.. ayah mesti dah tau dulu tu.. hihi.
You taknk tengok i sedih lama lama kan? Sbb tu Allah bg hadiah ni kt i & family kita.
Semoga Allah mudahkan urusan i & anak kita ye you.. semoga i dapat melatih diri i untuk jd ibu yg baik utk anak kita. I harap muka baby sebijik you! Boleh la i gomol dia tiap hari! Kurang sikit rindu i kt youuu hihi.
Meskipun berita gembira itu tidak dapat dikongsikan bersama suami tercinta, namun kehadiran zuriat itu sedikit sebanyak menjadi pengubat rindu. Al-Fatihah.
Kata orang, seseorang wanita itu tampak lebih manis bila mengenakan tudung bawal. Betul ke? Hehe, terpulanglah pada citarasa masing-masing, yang penting apa jua fesyen yang digayakan haruslah menutup aurat selari dengan kehendak agama.
Bagi penyanyi terkenal, Wany Hasrita, dia juga lebih senang mengenakan tudung bawal berbanding selendang.
Cara Wany ‘Maintain Awning’ Sepanjang Hari!
Sempat bertanya caranya mengekalkan ‘awning’ tudung sepanjang hari, pelantun lagu Pedas itu ternyata ada jawapannya yang tersendiri.
“Berdoa je. Itu je boleh! (ketawa) Dan selain daripada itu, of course boleh spray (hijab starch) tapi saya tak berapa suka menggunakannya kerana ia akan membuatkan tudung menjadi terlalu keras.”
Kecantikan dan wanita sememangnya perkara yang amat sinonim dan tidak terpisahkan. Malah, trend kecantikan di zaman moden ini berubah pantas seiring perkembangan teknologi semasa, selari dengan perekembangan dan peredaran zaman yang semakin canggih.
Jika dahulu, wanita mengekalkan kecantikan dengan cara tradisional seperti mengikuti petua nenek moyang dan sebagainya. Namun, dizaman moden ini petua nenek moyang sudah semakin tidak relevan dan jarang diguna pakai kerana dengan teknologi moden, setiap produk kecantikan dan penjagaan kulit wajah telah dinaik taraf dari segi keberkesanan produk dengan menggunakan cara paling minimalis.
Hada Labo merupakan jenama penjagaan kulit dari Jepun yang mengamalkan prinsip minimalis, mengandungi ramuan selamat dan terbukti berkesan dan telah diuji secara klinikal tidak mengandungi alkohol, sumber haiwan, perwarna, pewangi dan minyak mineral
Terbaharu, trend kecantikan serum penggalak (Booster Serum Trend) telah menjadi fenomena dan kegilaan wanita di Jepun. Umum sedia maklum, wanita di negara matahari terbit ini, amat menitikberatkan soal kecantikan. Terutamanya dalam penjagaan kulit agar bebas cela, mulus dan menawan. Sekaligus, mencerminkan kejelitaan sebenar wanita Asia. Di, sini HIJABISTA kongsikan produk yang ‘In-Trend’ ini sebagai rujukan Hijabi!
Hanya, Perlu Lakukan Dua Langkah Untuk Kulit ‘Glowing’ Dan Remaja!
Trend kecantikkan yang popular di kalangan wanita Jepun dan sedang menjadi kegilaan masa kini bermula dengan penggunaan dua jenis serum dari jenama penjagaan kulit yang sememangnya diyakini dan terkemuka dikalangan wanita Asia, iaitu Hada Labo.
Menariknya, kombinasi dua Serum Penggalak (Vita + Retin) keluaran Hada Labo ini bertindak menyelesaikan masalah kulit dengan lebih cepat berbanding serum biasa di pasaran. Malah, langkah pengaplikasian produk ini lebih mudah, ringkas, tidak berlebihan mahupun memakan masa yang lama.
Hijabi hanya perlukan masa 10 minit untuk mengaplikasikan Serum Penggalak (Vita + Retin) ini pada wajah, iaitu 5 minit pada waktu pagi dan 5 minit pada waktu malam. Mudah je kan? Cuma dua langkah, dan dua produk sehari. Poof! Kulit anda akan kekal sihat, berseri dan remaja.
Kenapa Dua Serum, Apa Fungsinya?
Mesti hijabi tak sabar nak tahu apakah fungsi dan keberkesanan kedua-dua serum hebat keluaran Hada Labo ni kan? Untuk pengetahuan anda kedua-dua serum ini mengandungi formula suntikan tanpa bahan tambahan yang boleh merosakkan dan memudaratkan kulit. Sebaliknya, memberikan kesan kulit sihat berseri serta awet muda (Radiant & Youthful Looking Skin).
Okay, jom kita tengok lebih mendalam apa yang best sangat tentang dua Serum Penggalak (Vita + Retin) ni!
H.A. Supreme Vita Brightening Booster Serum (Guna Waktu Pagi)
HA Supreme Vita Brightening Booster Serum ialah serum pencerah yang telah dinaiktaraf, berfungsi menyelesaikan masalah kulit lebih cepat berbanding serum biasa yang lain. Ini demikian kerana, ramuan khasnya memberi kesan keberkesanan penembusan ke dalam kulit yang tinggi, ia mengandungi formula suntikan pemutihan yang boleh mencerahkan kulit dengan sangat efektif.
Mengandungi 5 peratus Niacinamide, Vitamin B12 dan diformulasi dengan 4 jenis asid Hyaluronik yang bertindak menembusi setiap lapisan epidermis kulit hingga ke dasarnya! Malah, serum ini membantu mengurangkan masalah bintik-bintik gelap dan kesan jerawat yang dihadapi Hijabi sehingga 48 peratus tau. Tambahan pula, tekstur ringan serum ini memudahkan ia diserap kulit dengan cepat.
Sekaligus, menjadikan kulit anda bercahaya sehingga terbentuknya ‘glasskin’ idaman para gadis. Lagi best, serum keluaran Hada Labo ini selamat tau! Ia bebas alkohol, pewangi, minyak mineral dan pewarna, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit.
H.A. Supreme Retin Lifting Booster Serum (Guna Waktu Malam)
HA Supreme Retin Lifting Booster Serum merupakan serum terbaharu dalam rangkaian serum keluaran Hada Labo! Ia juga telah diformulasi dengan lebih baik untuk melambatkan proses anti-penuaan yang sering merunsingkan kaum hawa.
Justeru, dengan kandungan Kompleks Peptida dan juga Retinol yang terkandung dalam serum ini, ia membantu memudarkan garis muka, menegangkan kulit wajah yang kendur dan kontur untuk meremajakan lagi wajah agar Hijabi kelihatan sentiasa muda.
Selain itu, serum ini juga mampu menyelesaikan masalah kulit dengan lebih cepat berbanding serum lain, kerana diformulasi menggunakan ramuan yang terbukti berkesanan untuk menembus jauh kedalam lapisan kulit serta mengandungi 4 jenis Asid Hyaluronik yang bertindak menghidrat kulit dan mengunci lembapan di bawah lapisan kulit. Teksturnya yang ringan mudah diserap kulit lebih pantas serta sesuai digunakan oleh setiap jenis kulit.
Haa.. Dah faham kan, bertapa berkesanya kedua-dua serum ini dan hasil yang amat mengujakan pada kulit anda, jika kombinasi dua Serum Penggalak (Vita + Retin) digunakan Hijabi secara konsisten!
Oleh itu, jangan berlengah lagi sis! Cepat-cepat layari website Hada Labo Malaysia atau kunjungi Facebook MY Hada Labo untuk mengetahui lebih lanjut tentang serum ini dan mencuba combo serum penggalak Vita & Retin sekarang! Bagi mendapatkan kulit yang berseri, awet muda!
Hijabista jamin, anda tidak akan menyesal selepas mencuba combo serum penggalak (Vita + Retin) keluaran Hada Labo ni. Ia memang berbaloi! Bila dah cuba, jangan lupa kongsikan pengalaman anda dengan hashtag #HadaLaboMalaysia #HadaLabo #HLBoosterSerum #HLRadiantAndYouthfulCombo agar lebih ramai wanita terima manfaat sama!
Setiap kali masuknya awal bulan Islam, maka akan tersebarlah hadis-hadis yang menceritakan akan kelebihan bulan tersebut. Ia sentiasa disebut atau disebarkan oleh sebahagian masyarakat kita pada hari ini.
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.
Apakah terdapat kelebihan atau amalan tertentu (khusus) dalam Bulan Rejab berdasarkan pendapat para ulama’?
Di sini dinyatakan beberapa pendapat para ulamak berkaitan kelebihan bulan Rejab, antaranya ialah:
*Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Tidak ada disebut di dalam hadith yang sahih (yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang khusus”. [Tabyin al-‘Ajab, 9]
*Imam Ibn al-Qayyim mengatakan: “Setiap hadith yang menyebut berkaitan puasa di bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu di dalam bulan tersebut adalah satu pendustaan yang direka”. [al-Manar al-Munif, 96]
*Imam al-Syaukani pula berkata: “Tidak ada disebut berkaitan amalan pada bulan Rejab secara khusus di dalam sunnah yang sahih, juga yang hasan dan juga yang dhaif (dhaif ringan). Bahkan, kesemua yang diriwayatkan berkaitannya secara khusus adalah palsu lagi dusta dan teramat dhaif”. [al-Sail al-Jarrar, 297]
*Imam Ibn Rejab berkata: “Tidak ada yang sahih pada kelebihan berpuasa di bulan Rejab yang khusus daripada Nabi SAW dan juga tidak ada yang khusus daripada sahabat Baginda SAW”. [Faidh al-Qadhir, 4:210]
Setelah dilihat dan menekuni pendapat para ulamak dalam masalah ini, cenderung untuk mengatakan bahawa bulan Rejab tidak mempunyai apa-apa kelebihan yang khusus daripada hadis-hadis yang sahih seperti amal ibadat tertentu.
Walaupun begitu, ini tidak menghalang seseorang itu untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu. Ini kerana, bulan Rejab termasuk di dalam bulan-bulan haram yang mana diketahui akan kelebihan bulan-bulan haram berbanding bulan-bulan yang lain.
Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”.
Di antara kelebihan yang terdapat di dalam bulan Haram ini ada disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya, yang mana beliau telah menukilkan pendapat daripada Ibn Abbas RA yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan di dalam bulan Haram ini adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. [Tafsir Ibn Kathir, 4:130]
Berdasarkan soalan di atas, hadis di atas adalah palsu dan tidak diketahui asalnya daripada kitab-kitab hadis yang muktabar. Ini merupakan salah satu pendustaan yang direka dan disandarkan di atas nama Nabi SAW. Bahkan, hadis ini juga turut digunakan pada bulan-bulan Islam yang lain seperti Zulhijjah, Sya’ban, Ramadhan, Muharram dan sebagainya.
Kesemua hadis yang menceritakan tentang kelebihan memberitahu akan kemasukan awal bulan-bulan Islam ini adalah palsu. Justeru itu, penyebaran hadis ini perlu dihentikan dengan serta-merta sama ada melalui meja-meja penceramah dan juga media sosial serta ia tidak boleh lagi disebarkan melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya.
Hukum Meriwayatkan Hadis Palsu
Para ulama menyatakan bahawa tidak dibolehkan atau haram bagi kita meriwayatkan hadis palsu apabila diketahui akan keadaannya (palsu) melainkan bagi menjelaskan akan kepalsuannya. Ini merupakan pendapat Imam Ibn Salah, Imam al-Nawawi, al-Suyuthi dan ramai lagi termasuk ulama-ulama hadith masa kini. Hukum ini terbina berdasarkan kepada hadith-hadith yang menceritakan berkaitan larangan keras Rasulullah SAW terhadap pendustaan di atas nama Baginda SAW.
Maksudnya: “Barangsiapa yang berkata di atas namaku yang mana aku tidak perah mengucapkannya maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (109)]
Maksudnya: “Janganlah kamu berdusta di atas namaku, kerana ia iaitu yang berdusta di atas namaku tempatnya adalah neraka.” [Riwayat al-Bukhari (106) dan Muslim (1)]
Maksudnya: “Sesiapa yang menyampaikan daripadaku sesuatu hadith yang pada sangkaannya adalah dusta maka dia adalah termasuk dalam kalangan pendusta.” [Lihat: Muqaddimah Sahih Muslim]
Tanggungjawab Dan Peranan Kita
Sebagai seorang mukmin yang cinta kepada Rasulullah SAW seharusnya bagi kita menjaga nama dan diri Rasulullah SAW daripada dicemari dengan pendustaan dan pemalsuan golongan yang tidak bertanggungjawab. Ini merupakan bukti dan tanda cinta serta kasih kita kepada Rasulullah SAW sebagaimana di dalam sebuah hadis:
Maksudnya: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia kasih kepadaku lebih daripada dia kasih kepada ibubapanya, anakya dan manusia keseluruhannya.” [Riwayat al-Bukhari (15)]
Di samping itu juga, menjadi kewajipan kita semua sebelum membaca, menulis, mengajar, menyampaikan atau menyebarkan sesebuah hadis Nabi SAW, ia perlulah dikenalpasti terlebih dahulu akan sumber dan status (hukum) hadith tersebut. Ini kerana, bimbang dengan tidak menyatakan sumber dan hukum hadith tersebut, akan menyebabkan kita termasuk ke dalam ancaman Nabi SAW. Dengan cara ini, ia akan menjaga kesucian agama ini dan juga daripada penyelewengan golongan-golongan yang ingin menghancurkan Islam.
Kesimpulan
Kesimpulannya, hadis palsu merupakan peringkat hadis dhaif yang paling buruk sebagaimana yang telah disebutkan oleh Imam Ibn Salah:
Maksudnya: “Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya hadith palsu adalah termasuk di dalam hadith-hadith dhaif yang paling buruk.” [Lihat: al-Muqaddimah, 98]
Tambahan pula, hukum meriwayatkan hadis palsu adalah haram melainkan bagi menyatakan akan kepalsuannya dan akibatnya akan dicampakkan ke dalam neraka di akhirat kelak. Semoga Allah SWT memelihara lidah-lidah kita daripada berdusta di atas nama Nabi SAW.
Sempena kemasukan bulan Rejab ini, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan baik kita dan semoga Allah SWT sentiasa memberi kita taufiq dan hidayah-Nya dalam setiap amalan yang kita lakukan agar ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan juga sunnah Rasulullah SAW. Wallahua’lam.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...