Pelantun lagu Kisah Hati, Datin Alyah memberikan ucapan istimewa melalui laman Instagramnya bersempena hari lahir suaminya iaitu pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS, semalam.
Datin Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan memuat naik videonya serta beberapa gambar bersama suaminya, Datuk Ramli MS atau lebih mesra disapa Tok Ram. Video tersebut turut dilengkapi dengan lagu Alyah sendiri iaitu Cinta Sahabiyah.
Tambahan itu, Alyah sempat menulis ucapan ulang tahun yang penuh bermakna di ruangan kapsyen buat suaminya.
“Happy birthday. Semoga sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT dunia dan akhirat. Tahun ini tak ada kejutan. Konsep terus terang saja katanya.
“Bila ditanya, apa itu? Saya pun jawab kek hari lahir awak. Nanti makan malam dengan kawan ya,”
Alyah juga sempat menitipkan rasa bersyukurnya dalam rumah tangga bersama Tok Ram sepanjang sembilan tahun mereka berkahwin.
“Allah SWT berikan kamu utk aku belajar mengenal Allah SWT. Allah SWT berikan kamu untuk aku tahu apa itu sabar.
“Allah SWT masih berikan Aku bersama kamu untuk aku ketahui bahawa aku juga manusia biasa, bila bila saja mampu lakukan kekilafan.
“Allah SWT maha hebat diberikan pelbagai rasa dlm rumahtangga ini utk aku tahu siapa yg terbaik buatku. I sayang you nie (honey),” tulisnya.
Artikel berkaitan: “Ikutkan Tok Ram, Berkain Pelikat Sahaja Di Pagi Raya,”- Alyah Bersederhana Sambut Raya Ikut Cara Tok Ram!
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan artis dan netizen turut sama ‘bersemut’ dengan hantaran itu. Rata-rata mereka turut menitipkan doa buat Tok Ram agar diberikan kesihatan baik dan selalu berada dalam rahmat Allah SWT.
“Happy birthday Tok ram. Semoga perkahwinan kalian berdua sentiasa bahagia, manis dlm rahmat Allah swt.”
“Tersentuh dengan ucapan datin.. deep sgt.. selamat hari lahir tokram..semoga diberkati Allah datin dan tok ram.”
“Sweet cik Jah … Moga tok ram sentiasa diberikan kesihatan Dan dipanjang usia …”
“Alhamdulillah pasangan yg bahagia❤️❤️❤️ Moga sentiasa dalam lindungan-Nya.. Aaminn”
“Happy birthday Tok Ram. Semoga Allah pelihara tok ram dengan rahmatNya, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dijauhkan keburukan, bahagia dunia dan akhirat, Aminnnn..”
“Alhamdulilah. So sweet datin. Happy birthday tok ram. Semoga pjg umur murah rezeki serta dirahmati diberkati. Bahagia dunia & akhirat.”
Wah, Hijabista turut menitipkan ucapan Selamat Hari Jadi buat Tok Ram! Moga sentiasa dalam lindungan-Nya. Untuk rekod, Alyah dan Datuk Ramli MS telah mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013.
Artikel berkaitan: Jalani Pembedahan Bariatrik, Alyah Korbankan Ibadah Puasa Atas Nasihat Pakar. Hilang Hampir 9 Kg!
Sumber info dan gambar: Instagram Datin Alyah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.