Berita kelahiran anak kedua penyanyi tersohor iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti memang mengujakan seluruh rakyat Malaysia.
Selamat bersalin jam 6.21 pagi semalam, Tok Ti dan cahaya mata lelakinya seberat 3.84 kg itu kini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sihat.
Alhamdulillah…Allah melapangkan satu lagi nikmat dan peluang untuk saya merasai kehamilan, melahirkan dan kini ‘anakanda’ saya sudah lahir ke dunia.
Alhamdulillah..proses melahirkan semalam baik dan lancar, saya dan bayi juga dalam keadaan baik.
Terima kasih di atas doa semua pihak selama ini, saya yakin apa jua yang saya lalui ini adalah berkat daripada banyaknya doa kalian. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih.
Saya akan menjalani rutin berpantang seperti biasa, fokus kepada bayi dan mahu memastikan keadaan kami berdua akan terus sihat, dipermudahkan semuanya.
Terima kasih sekali lagi di atas setiap doa yang telah dipanjatkan buat saya dan juga ucapan tahniah di atas kelahiran anak kedua saya.🥰
Seronok kami mendengar khabar gembira ini. Moga Tok Ti dapat menjalani proses berpantang dengan baik di samping keluarga tersayang. InsyaAllah.