Pernah dengar tak bahawa rezeki orang lain ada di dalam rezeki kita. Itulah ungkapan yang selalu kita dengari. Jadi, adakah rezeki kita akan berkurang sekiranya kita selalu berbelanja kepada orang lain? Terutama sekali belanja makan?
Antara perkara yang paling mudah buat seseorang itu mendapat pahala adalah dengan melakukan sedekah. Sedekah itu tidak kira lah daripada segi wang, senyuman, makanan dan lain-lain. Kadang-kadang kita tidak tahu bahawa ada orang yang susah untuk mendapatkan makanan. Kadang-kadang ada sesetengah orang itu tidak bernasib baik dan sentiasalah mengambil berat tentang kondisi jiran tetangga anda agar dia tidak dalam kesusahan serta kelaparan.
Artikel Berkaitan: Doa Qunut, Doa Besar Di Waktu Subuh Bagi Menolak Bahaya & Undang Kebaikan
Rupanya, memberi makanan atau belanja orang makan ini akan memberi rezeki yang banyak pada kita jugak tau. Menurut Ustaz Azhar Idrus menerusi video di media sosial thetarbiyyah, besar pahal buat mereka yang belanja orang makan ni.
Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), orang yang belanja orang makan ini akan mendapat pahala dan diampunkan dosanya kepada si pemberi makanan. Selain itu, malaikat juga turut mendoakan kita kerana memberi makanan kepada orang dan berkongsi rezeki sesama manusia.
Ustaz Azhar Idrus juga memberitahu bahawa terdapat hadis sahih yang menyatakan bahawa setiap makanan yang telah kita berikan atau belanja orang itu akan disimpan di sisi Allah sehingga sebesar gunung Uhud. Lebih seronok apabila orang yang dibelanja itu dapat makan dengan kenyang dan gembira. Di situ, kita sudah membuatkan orang lain bahagia.
“Ya Rasulullah apakah amalan Islam yang afdal. Nabi kata, beri orang makan.
“Orang makan kita bayar, kita pergi kedai orang bayarkan. Itu beri orang makan la,” Kata Ustaz Azhar Idrus.
Sesungguhnya orang yang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan. (HR. Thabrani)
Mudah sungguh untuk membahagiakan orang dan pada masa yang sama mendapat pahala. InsyaAllah, dengan segala amalan baik yang dilakukan akan diterima oleh Allah SWT. Sama-sama kita mengejar melakukan kebaikan dan meninggalkan laranganNya. Amin.
Sumber: Instagram The Tarbiyyah
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.