Pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Cheta menyatakan hasrat syukur pada dirinya kerana masih kekal beristiqomah memakai hijab selama 8 tahun. Selain dari itu, dengan usia yang meningkat, Cheta juga ada merasakan bahawa dirinya masih tampak muda dan selalu mengamalkan petua dalam penjagaan rambut walaupun berhijab.
Menurut Cheta, berhijab itu adalah perkara yang wajib dan memakai hijab bukanlah kerana diri ini tidak selesa atau belum bersedia. Ramai diluar sana pasti mengenali Cheta yang tidak lari kecantikan diri sendiri. Berhijab juga tidak menghalang dirinya dari terus berfesyen dan menjaga kecantikan rambutnya walaupun berada di rumah.
“Ada few friends yang usia sama dengan saya tetapi dah beruban. Alhamdulillah, saya sehelai uban pun taka da lagi.
“Saya memang dah lama tak pergi saloon sebab nak cari saloon yang betul-betul untuk Muslimah, taka da masa and I selalu beli treatment semua buat sendiri je,” ujarnya.
Artikel Berkaitan: Che Ta Dedah 6 Tip Mudah Kalau Nak Kekal Kurus Macam Dirinya. No 1 Paling Elok Diamalkan!
Dari segi masa pula, Cheta mengambil masa yang sangat sekejap untuk bersiap memakai hijab berbanding sewaktu tidak memakai hijab. Penjagaan yang rapi dan menggayakan rambutnya ketika waktu lapang
Selain dari itu, suaminya, Zain Saidin juga sangat membantu Cheta dalam membantu dirinya berhijrah dan kekal istiqomah memakai hijab. Menurut Cheta, Zain juga ada berhasrat untuk melihat dirinya bertutup sepenuhnya seperti memakai penutup tangan dan stokin. Menurut Cheta, Zain juga selalu berdoa agar isterinya itu menjaga aurat tidak kira di mana sahaja.
“Doa Zain bila nampak Kaabah, suami saya berdoa supaya isteri saya menutup aurat.
“Saya akan cuba tetapi perlahan-lahan walaupun susah pada awalnya,”
Pastinya memakai hijab itu susah buat sesetengah wanita tetapi bukan buat Cheta. Menurut Cheta, jika kita melakukan sesuatu itu dengan ikhlas walaupun awalnya tidak tetapi akhirnya pasti diri akan merasakan keihklasan tersebut. Dia juga ada menegaskan dan mengulangi tentang pemakaian hijab adalah wajib buat wanita yang beragama Islam.
“Ini dunia eh, kalau you rasa panas tu itu dunia. Alhamdulillah saya selesa dan selalu doa supaya Allah beri saya istiqomah.
“Entah lah, bila saya dah bertutup rasa macam tak tergamak nak bukak semula tudung,” ujar Cheta
Artikel Berkaitan: Netizen Puji Adik Che Ta, Ruby Che Wan Memang ‘Natural Beauty’ Bila Hadir Ke Majlis Anniversary Kelima
Oleh kerana isu buka tudung masih lagi menular, Cheta juga menasihatkan supaya kita beringat semula niat utama berhijab. Cheta juga doa agar buat rakan artis yang diuji itu Allah balikkan hatinya semula supaya berhijab dengan niat yang lebih betul. Selain itu, Cheta meminta agar netizen tidak cepat menilai tetapi doa untuk mereka.
“Mungkin Allah duga dia macam tu, kita patut bersyukur kita tak diduga sebegitu. Kita kena doakan buat dia dan Allah tetapkan hati kita semua,”
Sentiasalah berdoa agar dilindungi oleh Allah dan agar Allah menjaga hati kita semua.