Nampaknya ada berita gembira yang ingin dikongsikan oleh pasangan comel ini! Penyanyi duo terbaik Ernie Zakri dan Syamel memuat naik sebuah gambar mengenai kehamilan. Ernie yang sedang memegang buku ‘checklist’ kehamilan itu memberi rasa keterujaan netizen tentang berita gembira itu!
“Alhamdulillah untuk rezeki-Mu Ya Allah. Engkau permudahkanlah perjalanan kami.”
Menurut Ernie, kehamilannya sudahpun memasuki tempoh 4 bulan iaitu bersamaan dengan 16 minggu. Bukan sengaja untuk merahsiakan, namun pasangan sejoli ini memilih untuk berkongsikan kepada orang ramai termasuk keluarga mereka apabila keadaan sudah semakin stabil.
“Apabila kami berdua sudah semakin kuat selepas pemergian Umie kepada Syamel, barulah kami mengambil ruang dan peluang untuk kongsikan berita gembira ini kepada seluruh keluarga. Alhamdulillah serba-sedikit ia menjadi berita gembira untuk mengubat kesedihan di hati.”
Ujarnya lagi, sepanjang tempoh kehamilan ini, dia juga menghadapi perkara yang sama dengan ibu-ibu hamil yang lain. Alahan pada makanan juga turut dirasai olehnya.
“Semenjak saya hamil, saya alah kepada makanan yang pedas dan juga berminyak. Padahal, makanan pedas merupakan makanan kesukaan saya. Tetapi sudah menjadi perkara normal untuk ibu-ibu yang hamil menhadapi perkara sebegini. Jadi saya laluinya dengan rasa tenang dan teruja!”
Berbicara mengenai nama anak yang bakal lahir nanti, Ernie dan Syamel begitu menitikberatkan tentang pemilihan nama anak mereka. Bagi mereka, nama itu ialah sebuah doa.
“Seperti ibubapa yang lain, semestinya kami mahukan yang terbaik untuk anak kami. Jadi pemilihan nama itu harus diteliti dengan betul kerana sesungguhnya nama bagaikan sebuah doa. Jadi, haruslah pilih yang mempunyai maksud yang baik.”
Penyanyi lagu Ku Bersuara ini uga turut menyatakan bahawa dia juga tidak akan menolak rawatan tradisional untuk proses berpantang nanti jika itu pilihan yang terbaik.
“Seperti ibubapa yang lain, semestinya kami mahukan yang terbaik untuk anak kami. Jadi pemilihan nama itu harus diteliti dengan betul kerana sesungguhnya nama bagaikan sebuah doa. Jadi, haruslah pilih yang mempunyai maksud yang baik.”
Kami dari Majalah Hijabista berdoa agar semuanya berjalan lancar untuk pasangan Ernie dan Syamel. Semoga dikurniakan cahaya mata yang comel dan baik perilaku.InsyaAllah! Tahniah Ernie dan Syamel!
Sumber gambar: Instagram Ernie Zakri