Kisah kehilangan Muhammad Iman Aqmar menjadi tular di media sosial sejak tahun lalu, apabila adiknya memohon orang ramai untuk menyalurkan berita berhubung kehilangan abangnya 29 Oktober tahun lalu, selepas lelaki itu gagal dikesan.
Penemuan satu rangka manusia di dalam sebuah kereta yang ditarik keluar dari Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hampir 10 bulan lepas, menjawab persoalan kehilangan Muhammad Iman Aqmar selama ini. Doa seorang ibu selama sembilan bulan akhinya Allah makbulkan untuk ‘bertemu’ dengan anaknya dalam keadaan apa sekalipun.
Kenderaan itu dijumpai seorang lelaki warga emas semasa dia mengalihkan besi dari jalan ke tepi sungai berkenaan pada 11.40 pagi. Dilaporkan juga bahawa kenderaan itu mempunyai kerosakan pada bahagian hadapan, kiri dan kanan selain pemeriksaan di dalamnya menemukan mayat yang diselaputi lumpur serta pas pekerja yang didaftarkan atas nama Muhammad Iman Aqmar.
Pada 30 Oktober tahun lalu, seorang wanita, Asmawati Kadir, 55, membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya Muhammad Iman Aqmar, 24, yang didakwa gagal dihubungi selepas keluar rumah di Johor sekitar 1 pagi, 29 Oktober 2021 untuk ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.
Semasa itu, Muhammad Iman Aqmar dikatakan memandu Nissan Grand Livina seorang diri dan ahli keluarganya memuat naik gambar mangsa serta kereta itu di media sosial bagi meminta bantuan orang awam mencarinya.
Ads
IBU REDA
“Alhamdulillah, reda…. saya rasa lega, kepala rasa ringan, saya tahu dia ke mana, Sang Pencipta sudah ambil.” Demikian luahan hati Azmawati selepas selesai pengebumian anak sulungnya Muhammad Iman Aqmar yang ditemukan meninggal dunia di Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, Pahang, sejak hilang tanpa berita sejak 29 Oktober lalu.
Ibu kepada dua anak ini turut melahirkan rasa syukur yang tidak henti-henti kerana jasad anaknya ditemui dan segala urusan pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih, berjalan lancar.
“Sudah selesai Ya Allah, terima kasih Ya Allah, 24 tahun Allah pinjamkan dia untuk saya.
“Ya Allah syukur Alhamdulillah, dia (arwah) anak yang terbaik untuk saya. Semua sudah selesai perjalanan ini.
“Reda, saya rasa lega, kepala rasa ringan, rindu pada dia sudah hilang. Saya sudah tahu dia ke mana. Ini semua ketentuan Allah,” katanya ketika ditemui di sini, awal pagi tadi.
Menurut Azmawati, dalam tempoh hampir 10 bulan kehilangannya, setiap masa dia teringat kepada arwah.
Ads
HATI RASA LAPANG, LEGA
Katanya, dia sering tertanya dan terfikir ke mana anaknya pergi ketika itu.
“Tempoh yang lama, tetapi sekarang hati saya lapang sangat, sebelum ini beban kerana terfikir-fikir mana anak aku?
“Kalau hujan macam sekarang ini, saya akan fikir abang di mana ya? Sekarang ini saya sudah tahu dia ada di sini, Sang Pencipta dia sudah ambil, saya reda,” katanya.
Ads
Jenazah Muhammad Iman Aqmar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Putih, jam 1 pagi hari ini.
Setiap kali mendengar atau menonton rancangan yang dihostkannya, pasti akan membuat ketawa. ada saja lawak yang dibuat hingga tak kering gusi. Rezeki Nabil Ahmad dalam bidang pengacaraan lebih menyerlah berbanding jadi pelawak ataupun pelakon. Dia yang baru-baru ni kehilangan kereta masih boleh bersikap selamba dan tenang. Tidak mempunyai akaun Instagram sendiri, tetapi segala aktvitinya dikongsi melalui laman IG menggunakan nama @nabilzira.
Kebanyakan status dimuat turut oleh isterinya yang juga bekerja sepenuh masa sebagai suri rumah. Bukan itu sahaja selain menjaga dua anak mereka, Zira juga turut bertindak seperti ‘pengurus’ dalam menjaga penampilan Nabil.
Ternyata keserasian pasangan suami isteri ini memang cukup menyenangkan. Kedua-duanya dilihat cukup sporting terutama Zira yang sering menjadi manga usikan Nabil jika sedang mengacarakan sesuatu program.
Apa agaknya rahsia kemesraan mereke berdua yang dilihat bukah dibuat-buat tetapi menggambarkan sikap sebenar sebagai pasangan suami isteri. Mereka berdua juga gemar sekali pergi bercuti membawa anak-anak.
Dalam temubual bersama Majalah KELUARGA, Nabil sendiri mengakui tidak boleh bercuti tanpa membawa anak-anaknya. Walaupun sudah membawa anak-anaknya ke beberapa destinasi, percutian ke Tokyo Disneyland di Jepun paling menggembirakan anak-anaknya.
Dalam video itu Zira mendedahkan sifat sebenar Nabil dan ada satu perkara yang boleh menyebabkan Nabil marah. Rupanya dalam sifat lawaknya, ada ketegasan bab masa dan dia memang jenis yang tidak suka lambat. Sikap itu boleh membuat dia marah dan hal ini diakui oleh isterinya Zira.
Walaupun semua kerja rumah dilakukan oleh Zira namun satu perkara yang Nabil tidak lupa di mana percutían pertama dia membawa keluarga. Ini sudah cukup membuktikan pelakon, pelawak tinggi lampai ini memang begitu menyayangi keluargaya.
“Orang yang berperang di jalan Allah SWT dan orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah utusan Allah. Apabila mereka meminta kepada-Nya, Allah akan mengabulkan permintaan mereka” (al-hadith).
“Bismillahirahmanirahim. Kami memohon maaf dari segi fizikal dan mental,” tulisnya.
Namun, paling menarik perhatian dan menjadi bualan warga maya ialah penampilan berhijab anak dara penyanyi itu, Amora atau nama penuhnya Ariannha Amora Lemos, yang kini berusia 12 tahun.
Penampilannya yang berhijab meraih pujian ramai. Kebanyakan mereka memuji penampilan Amora yang dilhat semakin meninggi.
Kata mereka, Amora nampak begitu cantik apabila memakai tudung.
“Cantik Amora bertudung. Sejuk mata memandang.”
“Selamat menunaikan ibadah haji Mimi dan selamat kembali ke Indonesia. Amin,” tulis seorang peminat.
Pada Ogos 2023 lalu, Kris Dayanti yang kini aktif di pentas politik pernah dikritik gara-gara tidak menutup aurat ketika melakukan aktiviti kemasyarakatan di sebuah masjid di Malang, Jawa Timur, Indonesia.
Semoga umrah kali ini membuka pintu hatinya untuk terus menutup aurat.
Kredit Foto: Instagram Kris Dayanti
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan untuk merasmikan pembukaan pusat kesuburan Alhaya Fertility Centre yang merupakan cawangan baharu Alpha IVF Group Berhad.
Majlis perasmian turut diserikan dengan kehadiran penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang telah berjaya melahirkan dua cahaya mata comel, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa menerusi kaedah IVF di Alpha IVF, syarikat bersekutu Pusat Kesuburan Alhaya.
Pembukaan cawangan ini merupakan satu pencapaian baharu bagi Alpha IVF Group Berhad, Pusat Kesuburan Alhaya direka dengan teliti merangkumi latar belakang budaya, memastikan persekitaran inklusif termasuk komuniti Muslim.
Pusat ini menawarkan rawatan kesuburan terkini dan sumber-sumber termasuk aplikasi terbaru menggunakan Kecderdasan Buatan untuk meningkatkan implantasi dan Pengaktifan in Vitro (IVA) bagi wanita dengan rizab telur yang rendah.
Memetik kenyataan Pengarah Urusan Alpha IVF Group Berhad, Dato’ Dr Colin Lee, matlamat mereka membantu setiap pasangan merealisasikan impian mereka untuk menjadi ibu bapa.
“Dengan pembukaan rasmi Pusat Kesuburan Alhaya, kami bukan sahaja mengembangkan pasaran kami tetapi juga meningkatkan komitmen bagi menyediakan rawatan kesuburan yang terbaik.”
Menurutnya, strategi mereka yang berlandaskan kecemerlangan, inovasi, kualiti dan integriti berjaya memperoleh pelbagai pencapaian pertama di dunia dalam bidanpenjagaan kesuburan.
Alpha IVF Group Berhad mencapai lebih 20 kejayaan dalam bidang rawatan kesuburan di peringkat antarabangsa.
Sementara itu, Pengarah Perubatan Pusat Kesuburan Alhaya, Dr Haris Hamzah memaklumkan bahawa Alhaya bukan sekadar pusat rawatan kesuburan biasa malah ia juga satu harapan bagi pasangan yang ingin memulakan keluarga sendiri.
“Sejak beroperasi, kami sudah mencapai kadar persenyawaan yang memberangsangkan melebihi 81.1% dan kadar blastula pada 71.1%.
“Matlamat kami untuk mendidik masyarakat dan meningkatkan kesedaran tentang peluang-peluang yang ada untuk menghasilkan anak melalui rawatan kesuburan moden.”
Majlis dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dengan dua buah lagu.
Kemuncak majlis perasmian ialah pengumuman Alhaya menaja rawatan kesuburan untuk tiga pasangan dari Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF).
Dr Haris Hamzah turut menyerahkan plak simbolik mewakili penajaan tersebut kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang.
Majlis ini juga menandakan satu lagi pencapaian penting dalam sektor penjagaan kesihatan Malaysia sekaligus mengukuhkan kedudukaan negara sebagai destinasi pilihan untuk pelancongan perubatan berkualiti tinggi.
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...