Alhamdulillah, Pengasas Tudung Ruffle Kini Hamil Anak Pertama. Tahniah Diucapkan!

Share

Siapa yang tidak kenal dengan pengasas Tudung Ruffle ini kan? Orangnya memang cantik, tinggi lampai dan bersopan santun. Seperti yang diketahui umum, Hanis Arif atau lebih mesra disapa sebagai Anis telah selamat melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihan hatinya pada 8 September 2017 yang lalu.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Anis telah berkongsi satu video yang menunjukkan posisi bayi di dalam kandungan. Rupa-rupanya, Anis telah pun disahkan hamil dan video tersebut dikongsi kepada para pengikut selepas menghadiri pemeriksaan di klinik. Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Anis.

Selain itu, Anis turut berkongsi tip mengatasi masalah atau mengurangkan stretch marks pada perut. Anis pada awalnya sedikit pelik kerana perutnya asyik terasa gatal apabila mula memasuki trimester kedua. Rupa-rupanya, ia merupakan tanda bahawa kulit sudah mula menegang dan perut mahu membesar.

Jadi, ibunya menyarankan agar dia menyapu krim Palmers Tummy Butter untuk mengurangkan masalah stretch marks pada perut selepas bersalin nanti. Sebaiknya, sapu setiap kali selepas mandi. Antara tip lain yang dikongsi untuk menghindari masalah stretch marks adalah elakkan daripada menggaru perut, rajin minum air dan makan buah agar kulit lebih lembap.

Anis akui cukup seronok apabila membaca segala tip yang dikongsi oleh ibu-ibu di luar sana menerusi komen di insta story. Kami di Hijabista cukup teruja dengan berita kehamilan ini. Semoga dipermudahkan segala urusan hingga ke saat melahirkan ya Anis. Doa yang baik-baik okay!

Jom kita layan 5 OOTD bakal ibu yang makin berseri-seri ini.

#1

#2

#3

#4

#5

Foto: Instagram Nononess

Published by
Naqiyatul Uzma