Anak adalah anugerah Allah tidak bernilai. Kalau boleh sebagai ibu bapa kita mahu menatangnya bagai minyak yang penuh. Dan jika diizinkan sebagai ibu mahu memberi susu ibu yang memang terjamin keselamatannya untuk diberi pada si kecil. Namun ada orang rezeki untuk memberi susu badan hanya untuk bulan-bulan awal sahaja dan sebagai ganti perlu memberi susu formula pada anak. Tak salah memberi susu formula, tetapi kadang-kadang kita tak sedar apa yang diberi ini sebenarnya adalah susu formula tiruan.
Dalam hal ini kita tak menyalahkan pengeluar. Ini kerana jika barang lain pun boleh ditiru, tidak mustahil susu formula yang memang meningkat permintaannya turut ditiru juga. Lumrah manusia ini selagi boleh buat keuntungan, selagi itulah akan melakukannya tanpa memikirka nasib orang lain.
Perkongsian dari seorang pengguna laman sosial Seila Nawi menceritakan pengalamannya terbeli susu tiruan untuk anaknya. Sebelum it anaknya ditahan hospital selama 2 minggu disangka sakit biasa. Hinggalah dia menyedari rupa-rupanya kesan dari susu tiruan yang diminum.
Bermula dari mengalami muntah-muntah, demam yang bersilih ganti dan kulit jadi kemerah-merahan hinggalah mengeluarkan najis yang begitu busuk baunya. Ternyata pengalaman hampir dua minggu itu menyedarkan wanita ini yang anaknya terminum susu tiruan (sebelum ini tidak tahu punca dan menyangka masalah salah beri makanan) setelah mendengar berita mengenainya.
Baca pengakuannya di sini dan admin harap ibu-ibu di luar sana berhati-hati dengan perkara ini. Semoga anak-anak kita yang masih kecil dilindungi Allah dari sebarang bahaya.
BACA PERKONGSIAN PENGALAMANNYA:
Semalam Allah bagi petunjuk kepada persoalan saya selama 2 bulan lebih.
Ini bukan silap Mead Johnson, saya faham.
Saya telah pon melaporkan kejadian anak saya kepada mereka hari ini. Tapi saya harap;
Mead Johnson Malaysia & pihak KPDNKK telus untuk membanteras sekaligus menyalurkan maklumat untuk membezakan susu tiruan ni sebab ini untuk mendidik kita sebagai ibu bapa supaya tidak terus ditipu
Sedia untuk berkongsi maklumat keputusan kandungan susu tiruan dari jabatan kimia nanti.
Oktober 2017, Anak saya, Mikael keluar masuk hospital, ingat lagi kan? Warded lebih 2 minggu. Punca masih tidak diketahui sehinggalah berita tentang susu tiruan semalam.
MUNTAH BERPANJANGAN
Mikael bermula dengan muntah-muntah sehingga 9 kali dalam sehari. Kenapa sampai 9 kali, saya biar sahaja ke? Saya monitor dari rumah (kalau boleh nak elakkan ke hospital), dengan harapan & doa, Mikael akan reda dari muntah tapi tidak.
Ads
*Saya bersyukur saya rekod & ambil gambar, sebab nak update husband saya yang jauh dari kami*
Tengahari tu, muka & badan Mikael dah start kemerah-merahan & panas. Setiap kali keluar merah2 tu, saya mandikan dia. Demam on off.
Menjelang jam 3pm, Mikael dah lembik, terbaring, susu pon dia taknak minum. Jadi, saya tak fikir panjang, terus bergegas ke hospital terdekat.
KELUARKAN NAJIS BUSUK
Wallahi, langsung tak suspect disebabkan susu, doktor pon interview saya, hanya bertanya apa makanan tambahan (solid food) yang saya bagi pada Mikael, atau ada tak Mikael termakan apa2 sahaja dari persekitaran dalam rumah (since dia dah merangkak ke sana sini-puas fikir, saya takde jawapan).
Doktor terpaksa tahan Mikael di wad, sebab dehydration & untuk pemeriksaan lanjut.
Masuk ke wad, dah drip, Mikael langsung taknak susu atau makan.
Next, Mikael dah start cirit-birit. Najisnya, seumur hidup saya, itu yang paling busuk saya pernah hidu. Sangat busuk sehingga nurse tak dapat tahan baunya sewaktu proses nak ambil sampel najis untuk ujian makmal. Mikael cirit-birit 11 kali pada haritu.
Ads
Pelbagai ujian dibuat, termasuk alergik test, result semua ok utk Mikael, takde apa2 alergik.
Setiap najis diambil untuk ujian, namun doktor masih tiada jawapan utk punca.
Selama di hospital, Mikael masih cirit-birit & demam on off, merah2 di seluruh muka & badan sekejap ada sekejap hilang.
BERAK BERDARAH
Kemuncaknya, selepas seminggu, Mikael dah mula berak berdarah. Doktor decide dgn prosedur antibiotik. Saya sebagai ibu akur, walaupun berat hati ni, nak masukkan macam2 ubat dekat Mikael yang masih baby.
Oh ya, sepanjang di hospital, saya tak bagi Mikael apa2 solid food (ye lah, doktor suspect mungkin alergik dari makanan tambahan) TAPI Mikael still minum susu Enfalac?
Yelah, siapa sangka susu ada yang tiruan, lagipon Mikael bukan baru minum susu tu, dah beberapa bulan sebelum tu.
Ads
Selepas 2 minggu lebih, sebab punca masih tak diketahui, Mikael dah nampak sedikit aktif, saya minta untuk discharged.
Balik rumah, dah ada perubahan pada Mikael, way more better (sebab susu Enfalac pon dah beli pack baru (beli dari kedai lain), yang beli sebelum tu dah habis-HABIS saya bagi dia minum?).
Yang tanya, saya beli dari mana, saya tak dapat nak nyatakan kat sini, sebab pihak Mead Johnson sedang menyiasat rangkaian kedai serbaneka berkenaan di sekitar Selangor ni. Kita tunggu jawapan dari mereka nanti.
TUKAR SUSU LAIN
Cuma nasihat saya, ibu2 yang masih nak teruskan anak dengan susu ni, boleh beli dari AEON & TESCO dulu, elakkan beli dari kedai-kedai ubat atau kedai rangkaian serbaneka buat sementara waktu sehingga mereka istiharkan isu ini selesai.
Untuk saya, saya dah tukarkan Mikael dgn susu lain selepas pengalaman pahit ni.
Untuk parents, kalau anak2 kita ada tanda2 macam saya sebutkan di atas, cepat2 bawak anak anda ke hospital. Saya doakan anak2 kita dielakkan dari terus menjadi mangsa.
Kesan dari susu tiruan ini, Mikael masih recover dari kemerahan di muka & badan. Saya yakin ada bahan aktif dalam susu tiruan yang belum betul2 discharge dari badan dia. InshaaAllah slowly. Mohon doa dari semua jugak untuk Mikael.
TERKINI STATUS & GAMBAR ADIK MIKAEL YANG DIMUAT TURUN IBUNYA.
Selain pengacara popular Jihan Muse yang selamat melahirkan bayi lelakinya malam tadi, presenter di TV Al-Hijrah dan personaliti Farahanim atau mesra dipanggil Anim juga selamat melahirkan bayi kembarnya. Anim mengucapkan syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki dan turut memberitahu kedua-dua bayinya sihat dan sempurna. Posting yang dimuat turun di laman instagramnya mendapat ucapan tahniah dari kenalannya termasuk beberapa selebriti popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Apa yang seronoknya apabila sudah mengetahui bakal melahirkan cahaya mata perempuan, jadi segala persiapan termasuk baju dan kelengkapan lain lebih terarah kepada bayi perempuan.
Bukan itu sahaja persediaan yang dilakukan Anim. Dia juga turut mengikuti kelas mengenai cara breastfeeding serta soalan berkisar tentang penjagaan ibu dan bayi. Segala persoalan yan tidak difahami dilontarkan pada konsultan bertauliah dalam kelas yang dihadiri.
Selain itu, Anim juga turut mempratikkan amalan yang baik kepada bayi kembarnya. Sejak dalam perut lagi menurut Anim dia sudah memperdengarkan bacaan ayat Al-Quran dengan hanya melekatkan sejenis alat pada perut.
Hijabista mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi kembar ini dan semoga sihat dan ceria menjalani fasa baru sebagai ibu muda.
Ternyata bukan mudah persediaan untuk menjaga anak kembar. Persediaannya sekali ganda berbanding melahirkan seorang anak. Kami kongsikan panduan menjaga anak kembar yang dikongsi dalam facebook Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel.
~ Panduan menjaga anak kembar /Tip menjaga anak kembar ~
Masa menyusu Sebenarnya tidak sukar menyusukan si kembar serentak tetapi lebih baik jika setiap orang mempunyai waktu menyusu yang khusus supaya setiap kembar mendapat perhatian sama.
Cara pertama: Peruntukkan 10 minit bagi setiap seorang iaitu selepas menyusukan kembar pertama selama 10 minit, susukan pula kembar kedua selama 10 minit dan ulangi cara ini selama sejam atau sehingga si kembar kenyang.
Namun, jangka masa penyusuan bergantung kepada keperluan bayi anda. Jika kembar yang kuat menyusu mungkin waktu yang diperuntukkan perlu ditambah hingga 15 minit atau setengah jam setiap seorang.
Bagaimanapun, jangan sesekali mengamalkan tabiat menyusukan si kembar hanya apabila mereka menangis kerana ini akan menyukarkan anda untuk melayan kerenah kedua-duanya secara serentak.
Cara kedua: Menyusukan kembar pada waktu berasingan. Kaedah ini boleh diamalkan kerana ada pasangan kembar yang mempunyai keperluan susu dan waktu tidur yang berbeza.
Misalnya, kembar pertama mungkin kurang menyusu tetapi kuat tidur manakala kembar kedua, kuat menyusu tetapi kurang tidur. Di sekitar tempat tidur pula, letakkan semua peralatan seperti lampin, susu, sarung tangan, seluar, sarung kaki, kelambu dan peralatan membancuh susu berdekatan.
Mandi Jangan mandikan si kembar serentak jika anda bersendirian. Anda boleh mandikan kembar pertama ketika kembar kedua sedang tidur.
Jika bayi kembar anda sudah boleh duduk, mungkin boleh mandikan mereka bersama tetapi jangan sesekali meninggalkan kembar berseorangan dalam besen mandi ketika anda mengelap kembar pertama.
Pakaian Elakkan daripada terlalu kerap menukar pakaian bayi. Satu lagi, jangan biasakan diri terlalu memikirkan pakaian apa yang perlu dipakai – bereben, berenda, seluar panjang atau pakai baju yang serupa corak dan warnanya. Asalkan ia bersih dan selesa, jangan bimbang.
Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) tentunya mereka berdepan dengan masalah ketika ingin berinteraksi dengan masyarakat yang normal. Maka sebab itulah kita perlu membantu golongan ini dalam melalui kehidupan yang penuh dengan cabaran.
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”.
Melalui satu perkongsian yang dipetik dari pdrmsia_official memperlihatkan usaha seorang anggota Polis berpangkat Lans Koperal membantu seorang pengadu yang merupakan seorang OKU.
SYABAS LANS KOPERAL NABILAH BANTU PENGADU OKU BUAT LAPORAN POLIS
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengutamakan masyarakat tanpa mengira status mahupun latar belakang demi memastikan khidmat layanan terbaik diberikan.
Syabas diucapkan buat Lans Koperal Nabilah Mohd Yusof dari Balai Polis Alor Setar, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Kedah atas usaha membantu seorang pengadu berstatus orang kurang upaya (OKU) yang mengalami cacat pendengaran dan pertuturan semasa membuat laporan di balai berkenaan.
Lans Koperal Nabilah telah menghubungi Jurubahasa Isyarat dari Persatuan Orang Pekak Kedah (POPKDA), Puan Suriati Mohd Shukor melalui panggilan video bagi menterjemah bahasa isyarat pengadu untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
Semoga usaha murni ini menjadi contoh tauladan buat warga PDRM yang lain demi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat kekal profesional dan berkualiti.
Nama selebriti terkenal, Nur Fazura menjadi bualan ramai selepas tular videonya di media sosial berbelanja lebih puluhan beg jenama mewah, Coach untuk dihadiahkan buat stafnya.
Menerusi perkongsian video berdurasi seminit di akaun TikTok DJ Sonic Hussien, Fazura dilihat berada di butik mewah tersebut sambil ditemani suami tersayang, Fattah Amin.
Pelakon Langit Cinta juga dilihat sibuk menyusun puluhan beg tersebut sambil mengagihkan kepada semua stafnya yang terdiri daripada kaum wanita dan lelaki.
Menghargai pemberian yang diberikan, salah seorang stafnya mengucapkan terima kasih kepada Fazura.
“Terima kasih kepada Kak Faz kerana memberi pemberian seindah ini. Alhamdulillah,” ujarnya.
Di ruangan komen, ramai warganet yang terharu dengan tindakan aktres itu dan turut mengidamkan untuk mendapat majikan yang baik sepertinya.
“Macam mana nak kerja dengan Fazura? Best dapat majikan macam ni. Hargai staf, terasa dihargai betul dapat macam ni.
“Takde pun dia tunjuk dalam socmed. Humble dia memang dari dulu minat Fazura!
“She has such a big heart! There’s a reason why I have liked her since I was in school. Moga Faz terus istiqomah menuju redha Allah amin,” antara komen-komen warganet di video tersebut.
Sebelum ini, hijab jenamanya, Tudung Fazura telah tular selepas 80 ribu helai habis terjual dalam masa dua jam selepas dilancarkan pada Ogos tahun lalu.
Sebagai rekod, Fazura dan Fattah telah disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang puteri, Nur Fatima Aisya yang telah dilahirkan pada 2 Oktober 2020.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...