Malam Sabtu adalah hari yang ditunggu ramai. Selain mempunyai lebih banyak masa untuk menikmati hujung minggu, ada juga yang menggunakan peluang ini untuk keluar berjalan bersama pasangan atau keluarga. Tetapi sebaliknya, hujung minggu ini juga boleh menjadi ‘mimpi ngeri’ untuk sesetengah orang terutamanya yang keseorangan.

Bila tengok orang lain menghabiskan malam Sabtu dan anda pula keseorangan, terus jadi sedih dan sunyi! Menurut Psychology Today, terdapat beberapa perkara yang boleh membuat malam Sabtu anda ‘kurang sedih’ daripada yang difikirkan. Tak payah pening nak pergi mana, takperlu pun nak ada pasangan. Jom lihat!

#1 Manjakan Diri

Memanjakan diri sebenarnya baik untuk kesihatan mental anda. Ia juga merupakan tanda yang anda sayangkan diri sendiri. Badan anda akan jadi lebih relaks dan emosi anda akan lebih mudah dikawal. Buat anda yang sering sibuk dengan pekerjaan, gunakan peluang hujung minggu ini untuk melakukan sesuatu yang menyeronokkan untuk diri sendiri.

Contohnya mengunjungi tempat baru, makan makanan yang lazat, membeli kopi, membeli-belah, ataupun duduk di rumah dan manjakan diri dengan melakukan rutin kecantikan. Sarungkan pakaian yang cantik, mandi di tab mandi yang dipenuhi buih, dan baca buku sambil menghirup kopi. Memang tak sempat nak rasa sedih!

#2 Latihan ‘Mindfulness’

Alami ‘Saturday Night Blues’? Habiskan Hujung Minggu Anda Tanpa Rasa Sunyi Dengan Perkara Ini…

Latihan kesedaran ialah cara untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada masa kini supaya anda tidak berpaut pada masa lalu atau hanyut terlalu jauh ke masa depan. Istilah Latihan ‘Mindfulness’ sedang banyak dibincangkan pada masa ini. Ramai orang belajar kaedah ini untuk melegakan tekanan yang berkaitan dengan kebimbangan atau gangguan kecemasan. hijabi juga boleh mengambil peluang ini untuk ber ‘me-time’ deangan Allah SWT.

Artikel berkaitan: Ketika Stres & Emosi Celaru, Cubalah Ambil Peluang Untuk ‘BER-ME TIME’ Dengan Allah

Ads

Bantu diri hijabi menjadi lebih selesa dengan memberi perhatian kepada perkara-perkara di sekeliling, bermula dengan apa yang dialami dan dirasai, baik melalui pancaindera mahupun melalui pemikiran. Selain itu hijabi boleh melakukan yoga, mendengar muzik atau mengikuti kelas tambahan.

#3 Luangkan masa bersama rakan

Alami ‘Saturday Night Blues’? Habiskan Hujung Minggu Anda Tanpa Rasa Sunyi Dengan Perkara Ini…

 

Anda tidak memerlukan pasangan untuk mengelakkan malam Sabtu yang sunyi. Melakukan perkara yang menyeronokkan dengan kawan juga sangat membantu. Contohnya, meluangkan masa untuk pergi makan atau bersembang.

Ads

Interaksi sosial yang wujud dengan rakan anda membantu untuk mengelak rasa sunyi disamping mencipta kenangan. Interaksi ini tidak terhad kepada dunia nyata sahaja. Kemudahan teknologi membolehkan kita untuk berkomunikasi di alam maya. Luahan perasaan, bertegur sapa dengan kenalan lama dan bertanya khabar kepada keluarga mampu mengisi ruang kekosongan di jiwa.

#4 Buat rancangan untuk masa hadapan

Alami ‘Saturday Night Blues’? Habiskan Hujung Minggu Anda Tanpa Rasa Sunyi Dengan Perkara Ini…

Sudah tentu, anda tidak mahu mengulangi malam Sabtu yang sunyi seperti sekarang. Mula merancang hujung minggu yang menyeronokkan yang boleh anda cuba sebelum terlambat. Mungkin ada perkara yang terlepas kerana tumpuan anda tertumpu pada terlalu banyak perkara.  

Ads

Hijabi boleh melakukannya sendiri atau menjemput rakan-rakan untuk menyertai rancangan ini. Mungkin boleh mula untuk membuat perancangan untuk pergi bercuti. Yang penting, jangan teragak-agak untuk meminta peneman apabila anda tidak mahu melakukan aktiviti bersendirian, okay?

Artikel berkaitan: Apabila Malam Sunyi Dan Bagi Mereka Yang Sedang Berduka, Surah Ad-Dhuha Surat Cinta Dari Tuhan Untuk Hamba-Nya

Sumber info dan gambar: Psychology Today, Beautynesia dan Canva

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI